Bab 6

210 20 2
                                    

Suasana di meja makan sedikit kecoh. Keluarga ini terlalu peramah dan banyak mulut. Aku yang orang luar ni pun sudah sedikit selesa. Ya. Sedikit je. Tahu kenapa sikit? Sebab sikit lagi tu adalah kerana Tengku Zariq. Disetiap ahli keluarga Tengku Aminah, hanya dia saja yang senyap dari tadi. Confuse aku, dia bad mood sebab period ke? Dari tadi ketat aje memanjang. Bukan muka aje ketat. Matanya yang tajam itu, sekejap-sekejap menjeling aku. Kalau tak jeling, pasti dia hadiahkan pandangan maut untuk aku. Lagi-lagi bila aku gelak.

Al maklumlah, aku sejenis yang tak boleh nak cover gelak bila seseorang itu berjaya menggeletek hati aku. Lagi-lagi macam abang sulung kepada Tengku Zariq dan juga Tengku Zahirah, anak keempat Tengku Aminah yang juga adik Tengku Zariq. Oh, tak lupa juga suami Tengku Aminah. Tengku Nasir. Setiap kali mereka membuka mulut, pasti ada saja yang berjaya mencuit hati aku.

Elok-elok aku nervous duduk semeja dengan Tengku Zariq, terus hilang debarannya. Tapi bila lepas habis makan pun dia tetap memandang aku macam nak telan, siapa je tak berdebar kan? Lagi-lagi kami duduk bertentangan. Macam sekarang.

Garfu yang membantu menyuapkan puding caramel masuk kedalam mulut aku letak ke pinggan. Lalu, napkin yang disediakan di sebelah kiri meja aku ambil dan dengan berhati-hati aku suakan ke bibir. Mengelap dengan tertib. Ikutkan hati, nak saja aku tambah lagi puding caramel yang sedap ni! Tapi bila orang depan aku pandang aku macan nak telan, terus rasa berpasir tekak aku.

"So Manda selalulah join aktiviti-aktiviti sukarelawan tu?" Tengku Zaril, Putera sulung Tengku Aminah menyoal aku.

"Yes. Saya selalu join tapi bergantung pada waktu sayalah. Kalau ada free time, bolehlah join selalu." Sopan aku membalas. Mereka angguk faham.

"Manda, tambahlah lagi puding caramel tu, tak sedap ke? Zahra yang buat tau!" Tengku Zahra yang berada disebelah Tengku Zariq sudah mencebik bibir. Ingat aku tak sudi makan makanan dia. Padahal, inilah puding caramel yang paling sedap yang aku pernah rasa!

"Eh, bukan. Sedap. Sedap sangat Tengku buat. Cuma perut Manda dah full sangat." Perut aku yang terlindung aku gosok perlahan. Menunjukkan yang aku betul-betul dah tak boleh telan apa jua makanan. Walaupun itu hanya penipuan semata-mata.

"Kalau macam tu, nanti baki ni Zahra bagi Manda, eh? Bawa balik." Katanya. Belum sempat aku nak jawab, dia sudah memanggil salah seorang pembantu rumah. Pinggan yang berisikan puding caramel itu dicapai lalu diberikan kepada pembantu rumahnya untuk dibungkus dan memberi pada aku.

Namun tak sempat pembantu rumah itu nak bergerak, ada suara yang menahan.

"No. Abang nak. Siapa suruh suka-suka aje bagi dekat orang lain?" Tengku Zariq bersuara tegas memandang Tengku Zahra. Terkebil-kebil Tengku Zahra memandang abangnya.

Keadaan di meja makan yang tadinya kecoh dengan bunyi sudu dan pinggan berlaga kini sunyi. Masing-masing mata tertala ke Tengku Zariq yang sudah berdiri. Dia kemudian bergerak menuju dimana pembantu rumah berdiri dan puding caramel yang berada di tangan pembantu rumahnya diambil lalu dibawa kembali ke meja makan. Dengan muka tidak bersalah, satu persatu suapan masuk ke dalam mulutnya. Wajahnya masih sama. Ketat.

"Erk, since when abang makan puding caramel? Bukan dulu abang kata puding caramel ni ma.."

"Since last year." Potong Tengku Zariq mendatar. Satu suapan dimasukkan lagi ke dalam mulutnya. Aku hanya mampu telan liur memandangnya. Puding Caramel ku...

Mungkin rasa diperhatikan, matanya kini berlaga dengan aku. Tatap tajam sebelum dia memeluk tubuh.

Aku telan liur lagi. Entah kenapa nampak seksi dia buat gaya begitu. Dengan tshirt putihnya. Rambut yang sedikit lembut menutupi separuh dahinya. Kacak!!

Cinta Dan BenciWhere stories live. Discover now