T W O

224 51 2
                                    


—7 years later—

"Pindah? Ke mana?" tanya Helena. Yuta mengemaskan baju-baju dan segala barang. Rambut anak perempuan nya diusap perlahan. Helena hanya terkebil-kebil melihat tindak tanduk ayah nya. Doktor Kwon tiada masalah jika mereka berdua menumpang lama dirumah nya.

"Ini rumah orang lah. Lagipun, ayah dah beli rumah. Kita tinggal dekat rumah kita jelah." kata Yuta. Helena memandang ayah nya lama. Usaha Yuta untuk menyara hanya seorang anak perempuan itu amat hebat. Berperah keringat untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

"Yah, ppalliwa. Habis kemas kita makan." kata Yuta. Helena mengangguk faham. Dia lantas bangun lalu membuka almari baju nya. Segala beg galas nya dibawa keluar untuk meletakkan buku dan baju.

"Spek mata." Helena meraba-meraba meja belajar nya mencari kaca mata nya. Bende sekecil itu merupakan sesuatu yang wajib ada dalam hidup nya. Jika tidak, bagaimana dia mahu melihat dengan jelas?

"Alamak!" Helena secara tidak sengaja terpijak beg besar milik Yuta. Sebuah kotak kecil terkeluar daripada beg itu. Beberapa helai kertas yang dilipat di dalam itu bertaburan disini sana. Helena mengeluh lemah lalu mengutip kertas-kertas itu.

"Wow, surat cinta daripada siapa ni?" ujar Helena. Yuta menceroboh masuk lalu memandang ke arah anak perempuan nya. Kertas di tangan Helena dirampas.

"Siapa bagi tu? Nak bacaaaa." omel Helena. Yuta menggeleng laju. Kota kecil itu terus di kunci oleh Yuta. Kunci kecil ditangan Yuta itu dipandang lama. Helena merengus kasar.

"Tak boleh tengok. Jangan mengada selongkar barang orang." kata Yuta. Helena mengangguk sambil memuncungkan bibirnya tanda protes

"Cepat kemas."

✴✴

"Helena. Kau dah kemas kini borang kaunseling tu ke?" tanya Goo Hyun. Helena menggeleng. Daripada semalam soalan di dalam kertas itu dibiarkan. Bukan apa, semua nya berkaitan masa depan. Masa depan nya pun tidak dapat dilihat, bagaimana mahu tulis. Lagipun, dia masih belum tahu apa yang dia mahu buat di masa depan.

"Bukan apa. Borang tu kena kutip hari ni. Harap kau bagi kerjasama lah." kata Goo Hyun. Helena mengeluh lemah lalu meletakkan kepala nya diatas meja. Telefon pintar di dalam poket nya dibawa keluar.

"Aku nak balik.." ujar Helena. Bunyi hiruk pikuk di dalam kelas nya dihiraukan. Tidak sah jika suasana kelas nya tidak bising. Pasti ada sahaja sesuatu yang dibualkan.

"Cikgu datang!" Para pelajar mula berlari masuk ke dalam kelas. Helena berdiri lalu membetulkan skirt nya. Seorang budak lelaki yang tinggi dan berhidung mancung di berkulit sawo matang dipandang lama. Rata-rata pelajar perempuan mula berbisik antara satu sama lain.

"Selamat tengah hari semua. Hari ni ada pelajar pertukaran daripada Malaysia. Kenalkan diri awak." pelajar lelaki itu mengangguk. Lesung piput lelaki itu menaikkan aura lelaki itu.

"Saya Daniel Kim. Selamat berkenalan." kata lelaki itu. Goo Hyun dan rakan-rakan nya menepuk tangan penuh semangat diikuti pelajar lain. Helena menguap perlahan.

"Harap kamu beri kerjasama kepada Daniel. Daniel, jemput duduk di situ." kata Tuan Ryu. Helena dihujung belakang kelas hanya memerhatikan pelajar lelaki itu yang duduk di sebelah Goo Hyun.

"Helena. Jangan lupa hantar borang kaunseling." pesan Tuan Ryu. Helena mengomel kecil. Kenapa semua orang memaksa nya untuk menghantar borang kaunseling kerjaya itu. Dia masih belum ada cita-cita. Sudah semestinya guru kaunseling akan memanggil nya.

"Such a mess."

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now