E I G H T

164 46 4
                                    

"Siapa lagi yang belum? Yuta dengan budak perempuan tu?" tanya Ryumin. Doyoung mengangguk. Apa yang dia mahu ialah tidak mahu rahsia 17 tahun lepas terbongkar. Jika tidak, dunia akan tahu apa yang dia buat.

"Daniel akan tahu satu hari nanti. Perangai dia pun sama macam awak." Doyoung merenung isteri nya tajam. Ya, Daniel mempunya sedikit ciri-ciri yang diturunkan kepada nya. Bersikap panas baran.

"Takpe. Saya sudah tahu dimana anak perempuan awak tu." kata Ryumin. Doyoung memandang isteri nya tidak percaya. Secalit senyuman sinis tercalit diwajah Ryumin.

"Nama anak awak Helena. Saling tidak tumpah seperti awak cuma agak sedikit selekeh. Hm, nampak gaya nya begitulah." kata Ryumin. Kening Doyoung berkerut aneh.

"Helena? Helena Kim?" tanya Doyoung. Ryumin mengangguk laju. Fikiran Doyoung terimbau keada seorang pelajar perempuan yang sama sekolah dengan anak nya.

"Saya tahu dia dekat mana. Huh"

✴✴✴✴✴✴✴

"Eh, ayah nak pergi mana ni? Kenapa kemas-kemas ni?" tanya Helena pelik. Yuta dalam keadaan pucat dan berpeluh-peluh. Habis berselerak segala barang di dalam bilik.

"Sayang. Cepat kemas semua barang sekarang! Tolong, dengar cakap ayah sekarang." arah Yuta. Helena terkebil-kebil memandang ayah nya. Dia mengangguk lalu melangkah ke bilik.

"Kwon Woo ah dan Kwon Juhyung ditemui mati di rumah mereka tepat jam 8.30 minit malam semalam. Mangsa ditoreh dibahagian badan dan wajah. Kes ini dikira sebagai kes pembunuhan yang telah dirancang."

"Ayah..Doktor Kwon." Helena rebah ke lantai. Yuta memeluk anak nya erat. Menggigil tangan Helena menerima apa yang berlaku sekarang.

"Kita cepat. Lepastu kita pergi. Ayah akan terabgkan segala nya nanti!" kata Yuta. Helena mengangguk lalu bangun perlahan. Pintu bilik nya dibuka lalu ditutup rapat.

Helena mengeluarkan segala isi baju di dalam almari. Setiap satu barang disumbat ke dalam beg yang besar. Secara tidak sedar, seorang lelaki masuk ke dalam bilik Helena melalui celah tingkap.

"Good by Helena. This is for you." sebuah botol arak yang berisi api dan alkohol dicampak tepat ke wajah Helena. Perempuan itu menggelupur akibat terkena api yang panas dimuka nya. Api mulai marak membakar segala isi di dalam bilik itu.

"Ayah!" Yuta meluru masuk. Bau asap tebal menyukarkan Yuta untuk mencari Helena di dalam Yuta terus merluru masuk tanpa memakai apa-apa.

"Helena!" anak perempuan nya diangkat keluar. Bunyi siren ambulans menandakan seseorang telah membuat panggilan kecemasan. Helena sudah terbaring tidak bernyawa. Yuta menangis kesal.

"Helena. Bangun. Tolong. Maaf, ayah tak cerita semua bende." kata Yuta. Helena dibawa ke hospital dengan pantas. Yuta setia menemani anak nya sehingga ke wad kecemasan.

"Yuta!" seorang wanita berlari-lari pantas ke arah nya. Termegah-megah wanita itu mencari nafas. Yuta terduduk dikerusi menunggu.

"Macam mana boleh jadi begini?" Yuta menggeleng tidak tahu. Nampak gaya Doyoung sudah mengetahui keberadaan anak perempuan nya. Sudah semestinya dia akan mencari sehingga ke lubang cacing.

"Macam ni lah. Apa kata kau balik ke Malaysia dengan Helena. Helena perlu tahu semua bende. Dia makin besar. Sama dengan kembar dia dekat sana. Nek Salmah pun menunggu Helena dekat sana." kata Nini. Yuta mengeluh lemah.

Selama ini, kembar Helena dijaga oleh Nini. Masih belum mati lagi. Nini sempat melarikan diri ke Malaysia. Doyoung masih tidak tahu perbuatan Nini itu sehingga kini.

"Pembedahan muka Helena tu, jangan risau. Ada kawan aku sponsor harga pembedahan. Jangan risau." kata Nini lagi. Yuta hanya menunduk sambil mengeluh lemah.

"Terima kasih Nini. Terima kasih."



blood debt. dy✔Where stories live. Discover now