"Eric dalam keadaan yang baik. Dia kuat orang nya. Jadi, jangan risau." kata Doktor. Helena mengucap perlahan. Hampir gugur jantung nya menantikan kata-kata daripada doktor. Penat juga menunggu selama 1 jam di hospital.
"Terima kasih." ucap Helena. Setelah semua selesai, dia masuk ke dalam wad yang menempatkan Eric yang terbaring lemah. Helena memandang adik nya sayu.
"Kenapa...awak tipu nama awak masa temu duga dengan syarikat?" tanya Daniel. Helena hanya diam. Otak nya ligat memikirkan sebuah alasan yang munasabah.
"Awak tgk isi dalam loket ni." rantai yang dipakai Helena dibuka. Daniel membuka loket kecil itu. Terdapat sebuah gambar pasangan yang memakai baju perkahwinan. Mata Daniel terbeliak.
"Ini ayah saya. Bagaimana awak jumpa gambar ni? Siapa perempuan kat sebelah ni?" tanya Daniel. Helena menunduk lemah.
"Itu ibu saya. Dia dah takde." kata Helena. Daniel semakin pelik. Selama ini, dia tidak tahu apa yang berlaku. Kenapa segala ini perlu disembunyikan?
"Sudahlah Daniel, balik saja. Saya..kusut. Cakap dekat ayah awak yang saya mahu ambil cuti—"
"Ayah kita berdua kan?" kata Daniel. Helena menggenggam penumbuk dikedua belah tangan nya. Dia tidak mahu dengan perkataan jijik itu.
"Saya takde ayah yang bunuh ibu saya. Saya cuma ada adik saya dan seorang ayah yang saya sayang." kata Helena.
✴✴✴✴✴
"Ini mesti kerja Ryumin! Helena sudah agak yang dia dah tahu pasal semua ni!" jerit Helena. Nini mengeluh lemah lalu mengurut kecik dahi nya.
Helena sudah di amuk dengan api kemarahan. Jika Ryukin sudah tahu, mesti Doyoung sudah tahu juga!
"Mustahil. Kamu berdua sudah tinggal jauh daripada mereka. Identiti kamu berdua pun sudah disembunyikan. Siapa yang bagitahu?" tanya Nini. Helena mengusutkan kepala nya.
"Helena, kamu kena sabar. Selawat banyak-banyak. Ibu awak mesti tak suka kamu begini—"
"Ibu dah mati! Itu semua salah Doyoung! Disebabkan lelaki tua tulah, aku tak hidup normal seperti orang lain! Aku hidup dalam keadaan tidak terurus! Semua salah Doyoung!"
" Helena!" tangan Helena dipegang erat oleh Yuta. Nini yang menyaksikan tindakan Yuta itu terkejut. Helena hanya mampu menangis sambil menunduk.
"Helena akan hidup normal. Ayah janji. Eric dan kita berdua akan selamat." kata Yuta. Lelaki itu sudah agak yang Helena akan buat perkara sebegitu. Nini sudah menjelaskan segala nya.
Sudah tiba masa, Helena kena tahu segala nya. Dia bukan budak lagi.
"Kajja. Eric mesti dah tunggu dekat hospital." kata Yuta. Helena bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Muka sembam nya dibasuh dengan air.
"Aku kena teruskan."
YOU ARE READING
blood debt. dy✔
Fiksi PenggemarEGO S3 "Dendam si anak masih kekal selama-lama nya. Satu dunia akan tahu apa kau buat, Doyoung."