S E V E N T E E N

147 47 16
                                    

"Laju-laju makan ni nak ke mana?" tanya Ryumin. Daniel termati kata. Pinggan diletakkan ke dalam sinki. Sang ibu memandang anak lelaki nya tajam. Siapa saja tidak takut.

"Nak pergi kerja lah." jawab Daniel bersahaja. Ryumin bangun lalu memegang tangan anak lelaki nya. Daniel menepis tangan ibu nya kasar.

"Ouh, sudah besar kan. Nak jumpa pompuan sundal tu ke?" tanya Ryumin. Kening Daniel berkerut pelik.

"Ibu. Kenapa ibu cakap dia macam tu? Dia hanya perempuan biasa. Ibu siapa nak panggil dia macam tu." kata Daniel.

Zzzup! Hati kecil Ryumin terasa dihiris-hiris.

"Daniel, tolong jangan dekat dengan perempuan macam tu. Ibu tak percaya kan dia. Daniel carilah perempuan lain asalkan bukan perempuan tu." kata Ryumin. Mata anak beramak itu merenung antara satu sama lain.

"Perempuan lain? Selama ni, ramai perempuan yang Daniel jadikan teman wanita..ada ibu layan dengan baik? Takde kan! Sampaikan Daniel dianggap playboy oleh masyarakat. Itu semua salah ibu! Ibu suka kan tengok anak ibu hidup macam ni?!" jerit Daniel.

Ryumin bertambah marah. Daniel tidak sesenang itu mahu memujuk. Dia mengambil beg nya lalu melangkah keluar. Air mata yang ditahan mengalir jua.

Ryumin merengus kasar. Telefon nya diambil lalu mendail nombor seseorang. Dia berhasrat mahu menyiasat asal usul Helena.

"Tolong. Cari keluarga Rośe."

✴✴✴✴✴✴✴

"Tak mahu makan tengah hari ke?" tanya Daniel. Aku berfikir sejenak. Perlu ke aku makan?Masih banyak kerja yang aku belum selesaikan.

"Ahhh. Tinggalkan je kerja tu. Jom, kita makan samgyeopsal." kata Daniel. Aku termati kata. Bagaimana aku mahu terangkan kepada Daniel ye?

Sejak...aku tahu agama asal aku, Eric mengatakan aku tidak boleh makan samgyeopsal. Jadi, aku cuba untuk ubah diri perlahan-lahan.

"Kita makan tteokbokki jelah. Saya tahu satu tempat." kata aku. Daniel mengangguk setuju. Aku mengemas barang-barang lalu melangkah keluar dariada pejabat bersama Daniel.

Cuaca panas ditambah dengan asap kenderaan yang banyak. Ramai yang keluar pada waktu ini. Ada yang sudah pulang ke rumah dan ada yang keluar berjalan-jalan.

Restoran yang aku mahu pergi tidaklah terlalu jauh. Kami berdua perlu berjalan kaki selama 15 minit. Aku dan Daniel berhenti dihadapan jalan raya untuk melintas. Banyak kereta lalu lalang di jalan raya yang besar itu.

Mata aku terarah keada seorang lelaki yang sangat aku kenali. Lelaki itu melambai-lambai lalu melangkah melintasi jalan. Mata aku terbeliak apabila melihat sebuah kereta sedang memecut laju. Aku terus berlari untuk menghalang lelaki itu.

"Eric! Kereta!"

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now