T W E N T Y S I X

150 43 0
                                    

"Kau ok?" tanya aku. Eric mengangguk. Terpaksa Eric bermalam di hospital lagi 2 minggu. Sepatut nya boleh balik pada minggu depan.

"Siapa buat kau macam ni?"

"Aku tak ingat." balas Eric. Helena mengeluh lemah. Bagaimana kes ini mahu selesai? Eric perlu ingat semula jika tidak makin rumit kes ini.

"Eric rehat dulu." kata aku. Langkah aku diatur keluar daripada wad. Aku menghembuskan nafas lemah. Semua jadi kucar kacir. Aku tahu, mesti ini angkara Ryumin. Jika tidak, siapa lagi kan?

"Adu." aku mengetuk kepala aku berkali-kali. Terasa mahu pecah otak ini akibat berfikir terlalu banyak. Perasaan marah dan sedih itu bercampur baur.

"Eh, ayah. Buat apa kat sini?" tanya aku. Yuta datang dengan membawa makanan.

"Balik lah dulu. Biar ayah tengok Eric..Anak perempuan ayah terlalu penat." kata Yuta. Aku terasa bersalah. Yuta yang tua jadi dia perlu banyak berehat.

"Balik lah dulu. Pergi berehat." arah Yuta. Aku mengangguk. Kunci kereta dan beg tangan aku di ambil lalu keluar.

******************

"Ahh!" rambut aku gugur dengan banyak. Kehidupan aku agak tidak terurus sekarang ini. Tidak sempat aku ingin menjaga kesihatan diri. Ini lah akibat nya.

"Ting!" telefon pintar aku berbunyi menandakan message masuk. Ada message daripada Nini. Kata nya dia mahu datang ke rumah untuk menghantar makanan.

"Ah, bolehlah. Lagipun aku tengah lapar." kata aku. Setelah itu, aku melangkah ke dapur untuk membuat air kopi.

"Ting!" sekali lagi bunyi telefon berbunyi. Pelik, tiada sebarang notifikasi pun di telefon aku. Mungkin telefon ayah?

Nini
Buat apa yang sudah di suruh
Aku pergi dekat Helena
Kau uruskan Eric.
Kalau kau tak buat
Kau dengan keluarga aku..mati

Mata aku membuntang luas. Tepat pada masa itu juga, loceng rumah aku berbunyi. Aku lihat Nini berdiri tepat di hadapan pintu rumah aku. Jadi...adakah dia dalang semua ini.

"Helena—buk!" Nini ditarik ke dinding. Sebilah pisau diacukan kepada Nini. Wanita yang berumur 30-an itu ketawa kecil. Nini senyum sinis.

"Bangang nya Yuta sebab tinggalkan telefon dia. Sekarang, kau sudah tahu?" tanya Nini. Urat-urat hijau mula timbul di leher aku. Perasaan marah itu amat mendalam. Lagi-lagi jika dapat tahu orang yang kita percaya ialah orang yang tikam belakang kita.

"Kenapa! Ryumin arah kau buat begini kan! Kau yang tikam aku selama ni!" jerit aku. Nini ketawa kecil sekali lagi. Aku mula rasa menyampah.

"Kenapa? Aku sudah berkawan lama dengan Ryumin. Ryumin mahu pembelaan atas kematian kakak dia. Semua salah Aryna." perut Nini ditikam berkali-kali. Muka Nini ditoreh sehingga koyak rabak. Kepala Nini ditendang berkali-kali.

"Kau manusia yang bodoh!" jerit aku. Mayat Nini yang tidak bernyawa itu dipandang lama. Apa aku sudah buat? Apa aku mahu buat selepas ini.

"Aku tak buat."

"Bukan aku yang buat.

BUKAN AKU!








blood debt. dy✔Where stories live. Discover now