Kita

639 13 3
                                    

“Jangan diam macam ni je, Manda. Aku tahu aku salah. Semalam tu aku terlepas cakap. Aku tak maksudkan kau bodoh pun.” 

“Kalau kau tak fikir aku bodoh, kenapa kau tak nak satu kumpulan dengan aku?” Soal Amanda perlahan. Dilap lagi air matanya dengan sapu tangan Hizran tadi. 

Hizran tarik nafas dalam-dalam. Kalaulah Amanda tahu puncanya, pasti gadis itu tak akan buat keputusan untuk merajuk macam ni sekali. 

“Aku kena menang kuiz semalam. Kak Hayra ugut aku.” 

Amanda mencebik. Pandai pula kawan dia ni nak petik nama Kak Hayra. Dia kenal siapa Kak Hayra. Kak Hayra tu baik. Pasti Hizran sekadar buat cerita. Siaplah nanti dia tanya Kak Hayra sendiri. 

“Habis tu kau ingat kalau kau satu team dengan aku, kita tak boleh menang ke? Belum cuba lagi dah mengalah. Nampak sangat kau memang nak kata aku tak pandai.”

Hizran kecilkan matanya. 

“Selama ni kita pernah menang ke? Belum cuba? Sejak kita masuk sekolah menengah, tiap-tiap tahun kita cuba.” 

Amanda menjeling. Terkena pula dia. 

“Kau jangan merajuk lagi macam ni, Manda. Aku tak tenang tahu tak?” Hizran cuba memujuk. Dia tak tipu. Sejak semalam lagi hidup dia rasa tak tenang. Nak bernafas pun dia rasa bersalah. Amanda jarang-jarang merajuk dengan dia. Tapi bila kali ini gadis itu berkecil hati dengannya, tak dapat dihapus rasa bersalah dalam diri. 



Agak2 Amanda maafkan tak? Yang belum ada ebook KITA ni, boleh dapatkan sekarang. Hanya serendah RM10 😅

Dalam ebook KITA ni ada part dorang masuk darjah satu, masuk sekolah menengah, ada part dorang bergaduh sampai pecah cermin kelas, ada part Amanda rehat sorang2 sebab Hizran dating dekat padang sekolah, ada part dorang outing masa dekat universiti. Ada part dorang bercinta juga. Lepas kahwin pulak, ada part dorang.... hmmm kena baca sendirilah baru boleh tahu 😂😂😂

Berminat? WhatsApp di nombor
011-3393 2873 😉


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITAWhere stories live. Discover now