BAB 4

536 54 1
                                    

BUNYI tolakan kuat pintu bilik, membangunkan Hizran yang tadinya dalam mimpi. Terpisat dia cuba celikkan mata yang masih lagi terasa berat.

“Hizran!”

Dengar namanya dijerit, automatik kepala dia menegak. Sikit lagi nak tergeliat tengkuk bila dia buat tolehan maut ke arah pintu bilik.

Nampak siapa yang sedang berada di dalam biliknya sekarang, bibir Hizran mengeluh lemah. Digaru kasar kepalanya sebagai tanda protes bila tidurnya diganggu.

Amanda! Apa lagi yang budak tu nak dari dia? Hari Ahad macam ni, tak boleh ke bagi dunia dia aman sekejap? Baru saja dia bercadang nak tidur puas-puas lepas solat subuh tadi.

“Hizran…” Tanpa dipelawa, Amanda bergerak terus ke arah katil. Didaratkan punggung di atas lantai berdekatan birai katil itu.

Hizran terus bangun dari perbaringan. Tak selesa bila Amanda menerpa begitu saja ke arah katil miliknya.

“Amanda, asal kau main masuk aje dalam bilik aku ni?”

Amanda monyokkan muka bila disoal begitu. Seolah-olah Hizran tak suka dengan kedatangan dia.

“Kenapa pula tak boleh? Kan aku selalu je masuk bilik kau ni. Kau pun selalu lepak dalam bilik aku.”

"Tu masa kita kecik lagi. Sekarang ni dah lain!” Sepantas kilat Hizran berdiri. Kemudian dia berjalan laju ke arah pintu bilik.

Pintu yang tertutup rapat itu, dibuka seluasnya.

Amanda buat tak peduli. Kedatangan dia ke sini bukan sebab nak bertikam lidah dengan Hizran.

“Aku dah putus dengan Naufal.” Ujar Amanda perlahan. Disembamkan mukanya pada cadar tilam. Dari rumah tadi lagi dia menahan diri daripada menangis lepas Naufal menghantar pesanan WhatsApp yang mahu mereka berpisah.

Hizran garu belakang kepala. Tak tahu nak bagi respons yang bagaimana memandangkan otak dia masih lagi beku lepas dipaksa bangun dari tidur tadi.

Tanpa pedulikan Amanda yang makin rancak menangis di sisi katilkan, Hizran begerak menuju ke almari. Dicapai pantas tuala untuk keluar mandi.

“Aku mandi dulu. Lepas aku mandi, aku nak kau dah duduk dekat ruang tamu. Jangan masuk bilik aku lagi.” Amaran diberi bersama langkah yang sudah diatur semula ke arah pintu bilik.

Tapi baru beberapa tapak dia keluar, Hizran pusingkan tubuh. Diambil sekali pakaiannya. Takut kalau-kalau Amanda masih ada di dalam bilik selepas dia selesai mandi nanti.

Mana sanggup dia salin baju di depan Amanda.

Sesudah mengambil segala keperluannya, Hizran keluar semula. Waktu dia berjalan untuk menuju ke bilik air, terserempak pula dengan ibunya, Puan Maria.

“Manda datang?” Soal Puan Maria.

Hizran angguk dalam gaya serba salah. Tahu yang emaknya itu tak berapa berkenan dengan kelakuan Amanda yang ada masanya melepasi batas.

Puan Maria mengeluh. Dia sebagai ibu, dia percaya dengan Hizran dan Amanda. Malah dia juga tak pernah melarang anaknya itu rapat dengan Amanda memandangkan dia sendiri sudah menganggap Amanda sebagai anak sendiri. Cuma ada ketikanya, dia bimbang dengan tanggapan orang lain tentang hubungan rapat antara Amanda dengan Hizran.

“Hiz dah besar. Hiz sendiri tahu mana yang baik, mana yang salah. Tak elok biar anak dara orang masuk bilik lelaki macam tu. Hiz dengan Manda tu tak ada apa-apa hubungan.” Halus saja Puan Maria cuba beri nasihat. Nak marah-marah, anaknya itu sudah besar.

Hizran diam kemam bibir. Mengiakan apa yang emaknya itu kata. Dia yang selalu sangat biarkan Amanda betindak ikut suka hati tanpa mempedulikan batas. Malah, dia juga ada waktunya bertingkah tanpa sedar dengan hukum.

“Hiz tu lelaki. Mak lagi harapkan Hiz untuk ubah semua ni dari Manda sendiri. Sebelum mak tegur Manda, mak nak tegur dulu anak mak sendiri.” Sambung Puan Maria.

“Nanti Hiz cakap dekat Manda.” Ujar Hizran. Nak cakap apa pun dia tak tahu sebenarnya.

Tak mungkinlah dia nak putuskan hubungan persahabatannya dengan Amanda.

Ah... Nantilah dia fikirkan.

Puan Maria kebilkan mata pandang satu-satunya anak lelaki yang dia punya.

“Tak salah rapat, Hiz. Tapi pergaulan tetap kena jaga.” Lagi sekali Puan Maria berpesan sebelum dia berjalan meninggalkan Hziran di situ.

Hizran haanya memerhatikan pergerakan si ibu sebelum dia sendiri meneruskan langkah masuk ke dalam bilik air.

Sesudah mandi, bilik dituju dengan harapan Amanda sudah tiada di situ.

Pintu bilik ditolak. Tak sempat lagi dia nak masuk, dari luar jelas kelihatan tubuh Amanda sedang enak berbaring di atas tilamnya dengan mata yang rapat terpejam. Tak cukup itu, selamba saja berselubung dalam selimutnya. Bantal dia juga elok diletakkan pada celah lengan kecil itu.

Hizran mengeluh. Nak bangunkan Amanda, dia rasa serba salah. Lebih-lebih lagi bila dia maklum dengan keadaan Amanda yang agak tak stabil sekarang. Jadi, pilihan yang dia ada cumalah membiarkan gadis itu lena seketika.

Tapi jangan panggil dia Hizran kalau tak ada niat jahat dalam kepala otak. Suis aircond dipadam. Biar Amanda kepanasan dan akhirnya terjaga sendiri nanti.

“Mak nak cuba kejut tadi. Tapi Manda macam nyenyak sangat tidur. Tu yang mak biarkan. Selesa betul dia tidur atas tilam Hiz.” Di ruang tamu, Puan Maria bersuara.

Hizran hanya diam. Emaknya memang selalu begitu. Selalu sangat lembut hati bila hal yang melibatkan Amanda. Samalah macam dia.

“Nanti Misya nak datang. Tolong tengok-tengokkan dia. Mak ada kelas mengajar buat kek sekejap lagi.” Pesan Puan Maria.

Hizran tayang muka bosan terus bila emaknya sudah menyebut satu nama itu.

“Kenapa pula Hiz yang nak kena…”

“Habis tu? Nak biarkan aje dia terkontang-kanting dalam rumah ni?” Laju Puan Maria memintas ayat anaknya yang dia pasti cuba mengelekakkan diri.

Muka Hizran monyok. Ingatkan Ahad dia cuma diganggu oleh Amanda saja. Rupanya makin tak aman dengan kedatangan Misya.

“Jaga Misya elok-elok. Mak tak nak dengar dia mengadu pasal Hiz. Hiz tu selalu sangat buli dia.” Peringatan Puan Maria berikan.

“Mana ada Hiz buli. Mulut budak tu kan memang suka berceloteh bukan-bukan. Apa Hiz buat mana dia nak suka. Baru empat tahun tapi mulut mengalahkan makcik empat puluh tahun. Kuat membawang!”. Geram saja Hizran bila si emak lebih menangkan cucu berbanding anak sendiri.

“Mak tak kisah lah tu. Yang penting Hiz jaga Misya elok-elok. Kak Long dengan Abang Long ada urusan penting katanya. Tu yang dia orang suruh jaga Misya sekejap sampai malam.”

Hizran meengeluh perlahan. Sekejap. Tapi sampai malam. Bukan sekejap namanya tu.

Bersambung 🌼

KITAWhere stories live. Discover now