BAB 8

550 41 0
                                    

BADAN direbahkan ke atas sofa. Melepaskan lelah setelah seharian berjalan melayan kerenah Amanda dan Misya.

“Pertama kali mak tak dengar Misya mengadu pasal Hiz.” Puan Maria ikut sama duduk di ruang tamu selepas menghantar kepulangan Misya dan anak menantunya barusan tadi.

Hizran senyum saja. Bukannya senang nak puaskan hati si anak buah. Kena kopakkan poket dia dulu baru dia nampak berguna pada mata Misya.

Tapi apakan daya. Sayang punya pasal, haruslah diturutkan saja segala kemahuan Misya.

“Hiz, ni mak nak cakap sikit.” Puan Maria anjakkan duduknya lebih rapat pada Hizran. Ditepuk perlahan paha anak lelakinya itu.

“Tadi mak pergi kelas buat kek, mak ada bincang sesuatu dengan Cik Siti taman sebelah. Cik Siti tu mak Nazira. Hiz kenal kan Nazira tu? Sepupu Manda.”

Hizran pasang telinga dengan apa yang emaknya katakan. Mata masih kekal fokus pada skrin televisyen. Tiap-tiap kali emaknya pulang dari mana-mana kelas, memang ada saja cerita yang dibawa untuk dia dengar. Jadi, dia dah tak pelik sekarang ni. Ceritalah pasal apa pun, dia tetap akan menjadi pendengar setia buat Puan Maria kesayangannya itu.

“Hmmm, kenal.”

“Nazira tu rajin juga join kelas-kelas yang mak mengajar. Rajin dia tu.” Tambah Puan Maria.

Hziran sekadar mengangguk. Nazira rajin? Jadi apa kaitannya dengan dia? Takkanlah emaknya nak kata yang dia ni pemalas? Eh, dia dengan Nazira mana boleh disamakan.

“Macam ni, mak dengan Cik Siti dah bincang. Mak ingat nak jodohkan Hiz dengan Nazira.”

Mendengar ayat terakhir Puan Maria, kepala Hizran automatik menoleh ke kanan memasung pandang tepat pada wajah si emak.

“Mak…” agak tak puas hati suara Hizran cuba menegur.

Puan Maria sekadar buat tak peduli. Dia sudah nekad.

“Nazira tu budak baik, Hiz. Mak pun baru tahu dia suka Hiz dah lama. Belajar terima dia. Dia tu baik sangat, mak jamin.”

Hizran sebak kasar rambutnya. Otak dia mula serabut.

“Bukan masalah baik ke tak baik, mak. Mak sendiri tahu Hiz tak boleh terima dia.” Hizran makin tak keruan. Dadanya rasa berangin. Telinganya rasa panas. Nak marah, yang ada di hadapannya itu emak.

Puan Maria hela nafas.

“Sampai bila Hiz? Mak nak Hiz kahwin dengan perempuan yang baik-baik. Yang boleh terima diri Hiz. Walaupun Hiz tu lelaki, tapi mak tetap nak tengok anak mak ni ada yang jaga. Ada teman hidup.” Puan Maria pandang tepat ke mata anak bujangnya.

Lagi sekali Hizran ramas kasar rambutnya.

“Hiz tak boleh terima nazira. Hiz tak cintakan dia.”

“Cinta boleh datang bila-bila masa. Bila Hiz dah hidup berdua dengan dia, mak yakin cinta akan muncul dalam diri Hiz untuk Nazira.” Pintas Puan Maria. Dia tak nak alasan serupa itu keluar dari mulut Hizran.

“Hiz tak boleh, mak.” Hizran tahan suara yang mula nak meninggi. Masih dipupuk kesabaran buat si ibu.

Puan Maria raup muka. Dia memang dah agak Hizran tak akan mudah-mudah bersetuju dengan rancangannya. Tapi dia tak sangka semudah itu Hizran menolak.

Lihat raut kusut Puan Maria, hati Hizran dipagut rasa terkilan. Bukan niat dia untuk kecewakan emaknya itu. Tapi permintaan Puan Maria terlalu berat untuk dia turuti.

Bahu Puan Maria dirangkul. Ditepuk perlahan dengan harapan dapat memujuk hati wanita itu.

Tahu. Besar pahalanya andai dia menurut kemahuan wanita yang sudah melahirkannya ini. Tapi untuk ikhlas melakukan semua itu, Hizran tak rasa dia mampu.

“Hiz minta maaf, mak. Hiz memang tak boleh terima Nazira. Mak sendiri tahu tu.” Hizran lepaskan pelukan sebelum dia bangun dan berjalan menuju ke pintu bilik.

“Bagi tahu dia Hiz. Jujur dengan dia.”

Langkah Hizran mati bila mendengar suara emaknya dari ruang tamu. Badan tak berpaling sedikit pun. Respons lagilah jangan harap nak diberi.

“Mak bagi Hiz masa tiga hari. Lepas tiga hari tak ada keputusan dari Hiz, mak hantar rombongan meminang Nazira.” Keputusan Puan Maria buat. Hanya itu cara yang dia punya.

Hizran tolak pintu bilik tanpa pedulikan amaran dari Puan Maria. Sumpah sekarang ni dia tak ada jawapannya. Jadi, lebih baik dia diam saja berbanding memberikan sebarang harapan pada emaknya.

Masuk ke dalam bilik, badan direbahkan ke atas tilam. Otak dia makin serabut. Tak pernah terfikir Puan Maria nekad dengan rancangan yang tak disangka-sangkakan ini.

Bersambung 💜

Sorry lambat update cerita KITA ni. Ingatkan nak bagi laluan dulu pada pre-order novel Terlajak Jatuh Cinta. Tapi sebab rasa macam lama sangat terbiar kisah Hizmanda ni, tu yang update juga hari ni.
.
Kalau ikutkan, KITA ni saya buat dah nak habis pun. Tinggal final bab je yang masih draft lagi. Tapi saya akan up perlahan-lahan untuk fokus lebih pada Pre-order novel TJC. Esok saya up next bab pulak.
.
Yang nak beli novel Terlajak Jatuh Cinta pun boleh. RM35(sm)/RM39(ss) termasuk pos. WhatsApp 011-3393 2873 🤗

 WhatsApp 011-3393 2873 🤗

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KITAWhere stories live. Discover now