BAB 6

550 57 3
                                    

INILAH yang orang kata ‘terpaksa dalam rela’. Tapi dalam kes dia ni, yang paling sesuai adalah ‘rela dalam terpaksa’. Disebabkan emaknya keluar mengajar kelas membuat kek, jadi terpaksalah dia angkut dua orang manusia yang agak menjengkelkan ini keluar untuk memenuhi permintaan mereka.

Hizran bawa mata menjeling sekali lalu pada Amanda dan Misya yang dari tadi berkepit tak sudah. Sakit hati bila dia diperlakukan seolah-olah tak wujud oleh mereka berdua.

“Kak Manda, kalau Misya nak beli anak patung, boleh tak? Anak patung Misya dah kena curi dengan kawan Misya.” Mata bundar Misya berkelip pandang Amanda. Gaya biasa yang ditunjukkan untuk meminta simpati seseorang.

Amanda terkebil. Bukan dia tak nak belikan Misya anak patung seperti yang diminta, cuma sekarang ni gaji dia belum masuk lagi. Tapi nak menghampakam permintaan Misya, dia tak sampai hati.

Hizran yang cuma sepi di sebelah, Amanda jeling sekilas lalu sebelum matanya kembali menunduk memandang Misya.

“Boleh! Kita suruh paksu belikan. Jom…” Macam biasa, Amanda petik nama Hizran. Tanpa menunggu balasan dari lelaki itu, lengan Misya terus ditarik masuk ke salah sebuah kedai menjual pelbagai jenis anak patung dan alat mainan kanak-kanak.

Hizran di belakang sudah tak terkata apa-apa. Balik-balik dia sajalah yang terkena. Nak tak nak, dibawa juga badan mengekori langkah Amanda dan Misya yang sudah jauh meninggalkan dia.

“Misya nak yang ni. Paksu belikan tau?” Misya tunjukkan patung Hello Kitty di hadapannya kepada Hizran. Bak kata Kak Manda, nak pujuk paksu kena cakap elok-elok. Tak boleh sombong dengan paksu.

“Kalau paksu belikan Misya patung Hello Kitty ni, paksulah pak cik Misya yang paling handsome.” Tambah Misya dengan senyuman manis.

Kak manda juga kata, nak lembutkan hati paksu, kena bodek lebih sikit.

Hizran ketap gigi. Nasib baiklah dia sayang anak buah dia ni. Kalau tak, memang tak kuasa dia nak melayan.

“Cakap sayang paksu dulu.” Arah Hizran sambil tangan capai patung Hello Kitty yang dimaksudkan Misya tadi.

“Saaaaayang paksu.” Berharakat ‘sayang’ Misya. Gembira dia capai huluran patung Hello Kitty kegemarannya dari Hizran.

Hizran senyum. Nampaknya kena selalulah dia tunaikan permintaan Misya untuk dia dengar lagi ayat keramat itu dari anak buahnya.

“Tapi Misya lagi sayang Kak Manda.” Misya tayang sengih tak bersalah. Bila nampak muka paksunya sudah berubah keruh, cepat-cepat dia larikan diri ke arah promoter yang sedang menunggu tak jauh dari mereka.

Hizran berdecit sakit hati. Tu mesti perangai belajar dari Amanda juga. Hisyhhh… geram betul dia!

Amanda kemam bibir. Tahan diri dari ketawa. Tengok muka Hizran yang tengah menahan marah, tak sampai hati pula dia nak lukakan lagi hati pakcik sorang tu.

"Kau lah ni ajar dia bukan-bukan.” Hizran jeling Amanda di sebelah.

“Mana ada aku buat apa-apa. Dah memang Misya sayang aku lebih dari kau, nak buat macam mana.” Di bawah nafas Amanda berbisik dengan harapan Hizran tak dengar apa yang dia duk gumamkan. Susunan anak payung di hadapannya, diperhatikan satu persatu penuh minat. Kalaulah gaji dah masuk sekarang, memang dia sanggup melabur untuk beli salah satu anak patung itu untuk diri sendiri.

“Nak?”

Amanda toleh ke sebelah. Keningnya terjongket pandang Hizran.

“Kalau nak, ambillah.”

Amanda senyum nipis. Kepalanya menggeleng perlahan.

“Tak nak lah.”

“Naufal tak pernah bagi kau anak patung? Teddy bear ke?”

Geleng lagi. Bibir berdesis tawa halus.

“Jangankan teddy bear. Segelas air pun dia berkira dengan aku.” Rasanya inilah sebab kenapa setiap kali hujung bulan duit gaji dia tak cukup. Sebab selama ni setiap kali keluar dengan Naufal, dia sajalah yang kena buka dompet.

Hizran ketawa mengejek. Dia tahu kenyataan bahawa Naufal lelaki yang berkira dengan teman wanita sendiri. Dia kesian pada Amanda. Impian Amanda untuk dapat anak patung dari teman lelaki, tak tercapai lagi.

Patung monyet yang berada di atas rak, diambil. Kemudian diserahkan pada Amanda tanpa sedikit pun pandang ke muka gadis itu.

“Nah. Hadiah sebab putus dengan si Nopal tak guna tu."

Kelam kabut Amanda menyambut. Patung monyet yang ada dalam pelukannya, dipandang dengan hati yang dah mula berbunga gembira.

“Betul ke ni? Tapi ni monyet. Aku tak nak monyet. Aku nak beruang tu.” Tak padan dengan orang bagi, dia banyak songeh pula minta yang lain.

Hizran mencebik. Tak dilayan permintaan Amanda. Memang tak reti bersyukur betul!

“Ambil ajelah yang ni. Monyet yang aku pilih ni comel apa? Dia Siap pegang pisang lagi. Kau tengok tulisan dekat pisang ni. Dia tulis…” Tak jadi Hizran nak habiskan ayatnya  bila mata dia sendiri terpandang apa yang tertulis pada pisang tersebut.

"I love you?

Hizran telan liur. Payau! Dia tersalah ambil anak patung ke?

Arghh, parah!

“Hisyhh… tak naklah yang ni. Kau belikanlah aku yang beruang tu.” Amanda masih mencuba nasib. Rasanya beruang lagi comel dari monyet. Bulu-bulu beruang tu pun nampak lagi gebu dari monyet yang dia tengah peluk sekarang.

Hizran jengilkan mata.

“Ambil ajelah yang ni, cerewet. Kalau kau tak nak, pulang semula.” Hizran capai patung monyet dari tangan Amanda dan diletakkan semula pada tempat yang diambil tadi. Sesudah itu, dia terus berjalan ke arah Misya yang sudah menunggu di hadapan kaunter.

Amanda mula tak keruan. Menyesal pula dia minta yang bukan-bukan padahal Hizran dah berbaik hati mahu belikan untuk dia. Daripada berputih mata tak dapat dua-dua, Amanda capai semula patung monyet tadi.

“Monyet pun monyetlah!”
.
.
BERSAMBUNG 🌼

KITAWhere stories live. Discover now