BAB 7

588 60 3
                                    

SENYUMAN  yang dilempatkan pekerja restoran pizza, dibalas seadanya. Buku menu yang dihulurkan padanya juga Amanda sambut dengan senang hati. Mana tak senang hati kalau ada yang sudi belanja dia dan Misya makan pizza hari ni.

“Abang dengan akak, sebelum saya ambil order, boleh tak kalau saya nak ambil gambar dan rakam ucapan dari akak dengan abang?”

Permintaan dari salah seorang pekerja buatkan Hizran dan Amanda sama-sama jongket kening.

“Ucapan apa?” Soal Hizran. Mereka belum sempat buat pesanan lagi. Tak pernah dia dengar kena buat ucapan dan ambil gambar terlebih dahulu sebelum menbuat apa-apa pesanan.

Pekerja itu tersenyum. Jawapan untuk soalan yang diajukan padanya, memang dah siap melekat dalam kepala. Tinggal diluah saja.

“Okey, macaam ni. Actually kan hari ni ulang tahun pertama perlancaran restoran pizza ni. So, kami cari pasangan suami isteri bertuah untuk kami bagi free apa-apa menu pun untuk hari ni. Memandangkan abang dengan akak ni first couple yang masuk sini, so pihak kami berbesar hati nak belanja abang dengan akak makan. Order apa saja, semuanya kami tanggung.” Ramah saja gadis beruniform jingga itu menuturkan ayat buat pelanggannya.

Hizran dan Amanda berpandangan sesama sendiri.

“Abang dengan akak ni suami isteri kan?” Teragak-agak soalan ditanyakan oleh pekerja yang sama. Bimbang dia dan kawan-kawannya yang lain tersalah anggap. Mereka juga yang malu nanti.

Hizran garu belakang kepala.

“Err… sorry. Abang rasa awak dah…”

“Betul!” Amanda tepuk meja. Serentak, beberapa pasang mata terarah kepada dia. Termasuklah mata Hizran yang dah mencerlung cuba memberi amaran untuk dia tak buat sebarang kenyataan gila.

Muka tersenyum penuh makna. Tak dipedulikan dengan apa yang cuba Hizran sampaikan, tubuhnya dianjakkan lebih rapat ke sebelah. Lengannya dilingkarkan pada lengan Hizran. Erat semana yang dia boleh buat. Sesekali kepala dia lentokkan pada bahu lelaki itu.

“Kita orang memang suami isteri pun. Dah lima tahun kahwin. Ni anak kita orang. Comel kan? Macam mama dengan ayah dia.” Amanda senyumkan selebarnya bibir dia. Dipeluk lebih kuat lengan Hizran yang cuba minta untuk dilepaskan. Siap dicubit lagi lengan sasa itu sebagai isyarat dia nak Hizran ikut saja dengan lakonan yang sedang dia mainkan sekarang ni.

Pelayan tadi tersenyum suka. Lega bila dia tak tersalah anggap dengan hubungan pasangan yang ada di hadapannya sekarang.

“Dah agak dah. Akak dengan abang memang nampak sepadan.”

Amanda ketawa. Dibuat tak faham saja dengan gaya muka yang sedang ditunjukkan oleh Hizran.

“Eh, tadi awak cakap nak rakan ucapan kita orang.”

“Oh, ya. Sekejap saya buka kamera.” Kelam kabut pelayan tadi keluarkan kamera dari poket apronnya. Tak lama selepas itu, lensa dihalakan pada Amanda dan Hizran. Sesekali dibawa ke arah Misya yang sudah terlentok lena di riba Hizran.

“Memandangkan tema kami tahun ni ‘eratkan kasih sayang suami isteri dengan pizza’, so akak boleh bagi ucapan untuk suami akak dan apa impian akak.”

Amanda betulkan tekak. Ditegakkan duduknya. Tapi tangan tetap pada lengan Hizran.

“Ucapan buat suami saya yang tersayang, terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk sayang. Sayang sayaaaangg abang. Impian sayang, semoga abang dapat bagi sayang anak nombor dua.”

Uhukk!

Hizran toleh Amanda tak puas hati. Ditahan reaksi mukanya yang dah merah padam menahan marah campur malu. Rasa macam nak saja dipatah-patahkan dua jari Amanda yang naik padanya sebagai simbol anak ke dua yang gadis itu maksudkan tadi.

KITAWhere stories live. Discover now