Vote duluan
Abaikan typo________________
Selepas menyiapkan report. Soomin mengemas mejanya dan menyusun fail-fail yang berteraburan diatas meja. Kaki nya diangkat dan menuju ke pejabat Mark yang berada tidak jauh daripada tempat duduknya.
Dia memegang dua buah fail itu dengan menggunakan tangan kanannya dan manakala tangan kirinya pula mengetuk pintu pejabat tersebut.
Tiga ketukan namun masih tiada lagi sahutan.Tanpa berfikir panjang, laju sahaja Soomin masuk kedalam dan mendapati bahawa Mark sedang tertidur dikerusinya.
Soomin meletakkan fail itu diatas meja. Dia mendekati diri Mark yang sedang dibuai mimpi itu. Niatnya terbatal apabila dia teringat akan plannya dan Soojin.
Dia keluar semula daripada bilik tersebut dan pergi ke meja nya semula. Nombor Soojin ditelefon.
"Hello? Hello? Soojin. Tadi aku nak hantar fail and aku tengok Mark tengah tidur. Nak buat sekarang ke?" Tanya Soomin dalam nada yang sedang berbisik.
"Hahahaha. Tengah ada masa kan? Kalau tak bila lagi. So ikut plan aku. Buat nice-nice. Jangan sampai kantoi." Kata Soojin disebalik talian. Soomin mengukirkan senyumannya.
"Orait." Panggilan dimatikan. Dia berjalan kembali ke pejabat Mark. Dia melihat sekeliling sebelum dia masuk kedalam pejabat itu. Dia tersenyum apabila mendapati Mark masih sedang dibuai mimpi.
Soomin mendekati diri Mark. Rambut Mark dimainnya seketika dengan senyuman sebelum tangannya ligat membuka butang atas baju kemeja Mark.
Sedang ralit dia membuka butang atas baju Mark. Tiba-tiba seseorang masuk kedalam pejabat tersebut.
Soomin laju menoleh kebelakang dan mendapati orang itu adalah Nara.
"MARK!" Jerit Nara. Bungkusan makanan yang dibawanya tadi terjatuh selepas dia ternampak Mark dan Soomin seperti itu. Habis semua makanan dibawanya itu tumpah.
Mark tersedar daripada tidurnya apabila terdengar suara seseorang yang sedang menjerit.
Mark memandang Soomin yang berada tidak jauh daripadanya dan Nara yang berada dihadapan pintu itu. Dia memandang baju kemejanya yang butang atas baju itu sudah elok terbuka.
"Wait- Wtf. Nara Saya boleh explain." Kata Mark sambil membutangkan bajunya. Nara terus keluar daripada pejabat itu.
Mark merenung tajam kearah Soomin yang berada dihadapannya.
"KAU BUAT APA BODOH" Tengking Mark. Soomin menundukkan wajahnya tidak mampu memandang wajah Mark yang sedang didalam kemarahan itu.
"Sa-Saya-"
"Tepi, aku taknak dengar penjelasan daripada kau."
"Mark!" Soomin memegang pergelangan tangan Mark. Tidak Mahu lelaki itu terus keluar daripada situ.
"Jangan sentuh aku la bodoh." Tangannya direntap kasar dan terus dia keluar daripada pejabatnya.
Segelintir staff memandang kearah Mark yang baru sahaja keluar daripada biliknya itu memandangkan sekarang adalah waktu lunch. Terkejut mereka apabila melihat apa yang sudah terjadi. Ada yang diantara mereka sedang berbisik perlahan.
"Ah bodoh." Carutnya perlahan.
Dia terus lari menuju ke lift. Dan semasa di lift itu dia terserempak dengan Doyoung.
"Mar-"
"Doyoung.. Nara weh Nara." Kata Mark. Doyoung masih keliru dengan apa yang jadi kerana baru sahaja tadi dia terserempak dengan Nara. Niatnya hendak menegur terbatal apabila dia melihat Nara yang sedang mengesat air matanya.
YOU ARE READING
[C] Truly love - Mark Lee
FanfictionPertemuan secara tiba-tiba yang mampu membawa mereka kearah maksud "Cinta Yang Sebenar" Status : S1 & S2 Completed ✓ A Mark Lee Fanfiction, 2020 - All rights reserved -