09

272 46 3
                                    

baru perasan yg banyak gila typo dalam ff ni gdjwbdh im sorry 😂

///

Nara membuka matanya apabila cahaya samar daripada matahati terjah masuk kedalam bilik tidurnya. Selimut ditolak perlahan sesekali dia mengeliat malas.

Nara tersenyum sendiri apabila mengingati bahawa hari ini adalah 2/9 . Hari bahagia buat dirinya, hari dimana seketul Lee Nara dilahirkan.

Suis dimatikan. Telefon yang sudah di isi 100% itu diambil. Punat button ditekan. Terdapat banyak message melalui kakaotalk. Rata-rata nya mengucapkan 'selamat hari lahir' kepadanya.

Usai membalas message-message tersebut, Nara mengemas tempat tidurnya dan terus menyiapkan diri untuk pergi ke college.

❄︎❄︎❄︎

"Good morning and happy birthday dear." Tegur Puan Lee yang sedang menghidangkan sarapan pagi itu. Nara meleretkan senyumannya.

"Morning ma. Thankyou. Nara mengambil tempat duduk berhadapan dengan Puan lee. Sekeping roti bakar diambil lalu dimasukkan kedalam mulutnya.

5 minit kemudiannya, turunlah Jeno dengan pakai seragam sekolahnya.

"Happy birthday kakak taguna." Kata Jeno dengan senyuman.

Nara mencebik. "Ouh, ingatkan kau lupa."

"Mana boleh lupa, nanti kau merajuk dengan aku macam semalam, dah satu hal nak kena pujuk."

Nara tersengih. "Hee, hadiah takde ke?"

"Nah." Jeno memberikan Nara sepeket casing phone yang berwarna biru laut dengan corak bunga-bunga yang berada dibahagian tepi casing itu.

"Waa serious ah? Aku dah lama nak beli do casing macam ni, tapi tak kesampaian." Kata Nara teruja, dibelek-belek casing itu, lalu laju sahaja tangannya membuka casing yang lama berada di telefonya dan ditukar dengan hadiah pemberian Jeno tadi.

"Kau lambat. Aku sedih tengok casing kau, macam nak mati dah."

"Hehe. Thankyou sepet."

❄︎❄︎❄︎

"Kau rilek kejap boleh tak?" Kata Doyoung kepada Mark yang sedang tidak senang duduk itu. Kejap berdiri. Kejap duduk.

"Macam mana nak rilek? Aku nervous teruk ni."

Doyoung memegang tapak tangan Mark. "Gila barbie, pahal sejuk sangat tangan kau ni?" Mark menggelengkan kepalanya.

"Serious la aku kena palau dia harini? Nanti kalau dia marah macam mana weh." Mark masih dalam kerisauan. Banyak benda yang berlegar didalam kepala otaknya.

"Haih dia ni, dah takde-takde. Jom Pi collage nanti lambat pulak. Jangan lupa bawak hadiah tu."

Mark mengangguk.

❄︎❄︎❄︎

"Happy birthday Nara!" Sesampai sahaja Doyoung, Mark dan Taeyong, mereka terus menyapa Nara yang sedang berbual dengan Hyunjun itu.

[C] Truly love - Mark LeeWhere stories live. Discover now