12

266 44 5
                                    

Dua bulan sudah berlalu, nak dekat dua bulan jugalah Mark dan Nara menjalankan hubungan.

Tinggal lagi seminggu semua mahasiswa dan mahasiswi akan menduduki final exam.

"Jom balik Nara, aku dah penat ni, mengantuk." Ajak Hyunjun, dia memandang Nara yang sedang mengemaskan buku-buku itu.

"Ha jom, aku pun penat dah ni." Nara dan Hyunjun bangun dan mula mahu keluar daripada dewan kuliah, tetapi sebelum itu, sempat dia menegur Mark yang sedang merehatkan kepalanya diaatas meja.

"Awak tak balik lagi ke? Doyoung dengan Taeyong dah keluar tadi."

Mark mengangkatkan kepalanya lalu memandang Nara.

"Hm kejap lagi saya balik. Saya nak rehat kejap."

"Okay." Sepatah Nara menjawab lalu mereka pun terus keluar daripada dewan kuliah.

Kepalanya yang berasa sakit, dipicit pelahan. Tiba-tiba je pening kepala datang.

Mark mengemas semua barang-barang lalu berjalan ke pintu dewan.

Tak sempat dia nak keluar, tiba-tiba Soojin datang memanggilnya.

"Mark!!" Mark memandang Soojin yang sedang tersenyum itu.

"Apa kau nak lagi?"

"Nothing, i just want you baby." Soojin mendekatkan badannya dengan Mark, dengan itu juga Mark berundur kebelakang.

"Cukuplah tu, aku dah ada Nara, jangan kacau aku boleh tak? Dah aku nak balik, nak rehat."

Soojin menyekat perjalanan Mark lalu dia berbuat yang dia sedang pengsan (weh ayat 😭)

Dengan tidak semena-mena, Mark memeluk Soojin.

"Mark.."

Mark terkejut apabila ternampak Nara yang sedang berdiri dihadapan pintu dewan itu. Air mata Nara sudah mula bertakung.

"Tak Nara, saya boleh explain."

"Diam Mark." Nara tidak dapat menahan perasaannya, lalu dia terus keluar daripada dewan itu. Tujuannya untuk mengambil buku yang tertinggal terbatal juga.

"Shit! Kau tengok apa kau dah buat?! Kau saje je kan?" Mark mendengus geram lalu terus meninggalkan Soojin yang sedang terbaring diatas lantai itu.

"Plan A done."

︎❄︎❄︎❄︎

"Eh Nara kau asal nangis ni?" Terkejut Hyunjun apabila melihat Nara yang sedang menangis tu.

"Mark.."

"Lee Nara!" Serentak mereka berdua memandang Mark yang sedang memanggil Nara itu.

"Aku balik dulu." Nara berjalan meninggalkan Hyunjun yang terpinga-pinga itu.

"Weh apa dah jadi sia, kau buat apa?"

"Aku.. Aish! Soojin buat-buat pengsan tadi lepastu aku tak sengaja pegi peluk dia, taknak bagi dia jatuh, lepastu tetiba Nara datang."

Mark memicit pelipisnya perlahan, sakit kepala tadi pun tak hilang lagi, dah timbul masalah.

"Serious la kau? Lepastu macam mana ni? Nara tu tak boleh dibiar lama."

"Maksud kau?"

Hyunjun diam. Dia teragak-agak mahu memberitahu Mark ataupun tidak.

[C] Truly love - Mark LeeWhere stories live. Discover now