02

511 62 13
                                    

Nara memasuki perkarangan rumah dengan berhati-hati. Pintu ditutup dengan perlahan supaya tidak menghasilkan apa-apa bunyi.

Baru dia hendak menoleh kebelakang, dia dijergah oleh suatu suara.

"Woi"

"Oi makcik hang." Nara mengusap dadanya perlahan. Terkejut apabila dia disergah secara tiba-tiba.

"Yah kau ni dah kenapa sergah akak macam tu? terkejut tahutak. Kau tak tido lagi pahal?" Kata Nara dengan nada yang agak tinggi.

"Patutnya aku yang tanya kau, kau pegi mana ha? dah tengah malam baru reti nak balik?" Nara diam. Dia terfikir-fikir sama ada nak bagitahu atau tidak kepada adiknya itu.

"Kawan aku ajak jumpa lah tadi tapi tengok-tengok dia pulak yang tak datang."

"Heh alasan." Laju kepala Jeno diketuk oleh Nara.

"Eh diamlah kau, cakap macam kau ni mama pulak. Erm weh dik, aku nak ceritani"

"Ha ceritalah" Kata jeno.

"Tapi jomlah masuk dalam bilik aku dulu, Takkan nak bagitahu kat sini, kang mama bangun mati aku."

Nara dan Jeno pun terus masuk kedalam bilik. Sampai sahaja dibilik Jeno terus memaksa kakak sulungnya itu untuk memulakan cerita.

"Oi kak, cepatlah cerita aku dah ngantuk ni." Jeno mengosok matanya yang terasa pedih itu.

"Ha tadi kan, aku pegi 7E tau patu kan ada sorang laki ni dia potong barisan aku-"

"Laki tu hensem macam aku tak?"

PUK!

Lagi sekali kepala Jeno menjadi sasaran untuk dipukul. Kalau hari-hari kena boleh benjol kepala.

"Yah sakitlah bongok." Jeno mengusap-ngusap kepalanya yang terasa sakit itu.

"Balasan. Time aku cerita jangan menyampuk. Dah diam aku nak sambung."

"Hm"

"Pastu time aku nak balik tadi kan, ade sorang laki ni dia kacau aku. Serious aku takut gila siot. Menangis aku dibuatnya"

"Hah? pastu camne kau boleh balik ni?"

"Laki yang aku jumpa kat 7E tadi tu datang tolong aku." Jeno menghembuskan nafas lega.

"Fuh nasib kau selamat do kak. Kalau tak haih taktaulah apa jadi." jeno menggelengkan kepalanya.

"Eleh sayang jugak kau dekat aku kan?" Nara tersengih apabila melihat jeno yang sudah membuat muka meluat itu.

"Takde makna aku nak sayang kau kak. Nanti kalau kau takde sapa nak belanja aku makan? sapa nak gaduh dengan aku?" Untuk kali yang ketiga kepala Jeno diketuk lagi.

"Oh tahi. Sakit lah hawau."

"Dahlah kau pegi masuk tido sana, dah pukul 1 dahpun. Esok aku ade class pagi." Nara menghalau Jeno keluar daripada bilik tidurnya lalu dia pun mengunci pintu bilik itu.

❄︎❄︎❄︎

"Weh doy. Tadi kan aku jadi hero" Doyoung yang sedang melihat televisyen itu terus memandang muka Mark. Lama. Lalu dia pun tergelak.

"Yah kau gelak pahal sengal."

"Takdelah, kau jadi hero? hero ape pulak ni? Budak pendek jadi hero hurm agak kelakar ya bunyinya."

"Dasar duyung. Dont judge a book by its cover okay."

"Walawei, datang dah speaking dia. Okay fine. Kau jadi hero untuk apa ni?"

Mark pun menceritakan peristiwa yang terjadi semasa dia menyelamatkan Nara tadi.

"Wah hebat eh kau. Gentle la Lee Mark ni." Doyoung menepuk-nepuk bahu Mark sehingga Mark merasa rimas dengan tepukan itu.

"Eh sana tangan kau, rimas aku."

"Tadi kau cakap nama dia Lee Nara kan?" Soal Doyoung. Mark dengan perlahan menganggukkan kepalanya.

"Macam penah dengar tapi tak sure dekat mana."

"pernah dengar? Satu kolej dengan kita ke?" Doyoung diam, masih memikirkan nama yang disebutkan oleh Mark tadi.

"Hurm ntahlah aku pun tak ingat. Dah aku nak tidur esok class pagi tahutak? Nanti kang mengamuk pulak si Taeyong tu sebab kita lambat." Doyoung bangun daripada sofa yang empuk itu, dia menutup televisyen yang terpasang itu lalu terus masuk kedalam bilik tidur.

Mark juga masuk kedalam biliknya. Duduk dekat depan tu bukannya ada apa-apa pun baik tidur je.

❄︎❄︎❄︎

"ANAK DARA OO ANAK DARA BANGUNLAH WOI DAH PUKUL BERAPA NI." Puas Jeno mengetuk pintu bilik Nara yang berkunci itu, namun masih tiada sahutan daripada orang dalam. Lena betul tidur perempuan ni.

"Tahilah dia ni." Jeno mendengus geram lalu dia mengambil kunci pendua bilik itu. Apabila pintu bilik sudah terbuka, terkejut Jeno dibuatnya melihat Nara yang masih dibuai mimpi itu. Pintu yang diketuk macam nak tercabut pun dia boleh tak sedar? mengantuk lain macam.

"Woi kak, bangunlah ngek. Dah pukul 8.30 bodo, semalam kau cakap kau ada class pagi kan?" Jeno menggoncangkan badan Nara yang diselubuti didalam kain selimut itu.

"8.30?! PAHAL KAU TAK KEJUT AKU AWAL-AWAL NJIK" Gelabah Nara bangun daripada katilnya dan terus masuk kedalam bilik air.

"Nenek kau lah kak. Macam nak roboh dah pintu tu aku ketuk tahutak?" Kata Jeno daripada luar.

"Oi sepet, nenek aku nenek ko jugak. Dah pegi turun bawah nanti kalau kawan aku datang kau suruh dia tunggu kejap." Jeno tidak membalas kata-kata Nara lalu dia terus turun kebawah.

❄︎❄︎❄︎

Setelah selesai semuanya, Nara pun bergegas turun kebawah. Ada lagi 15 minit sebelum class start.

"Morning Nara. Taknak breakfast dulu ke?" Tegur Puan Lee yang sedang menjamah nasi goreng kimchi itu.

"Morning. Erm takpelah ma, Nara dah lewat sangat ni takut tak sempat." Nara sempat mengambil sekeping roti yang sudah disaluti dengan jem coklat itu, buat alas perut sikit nanti kang kebulur pulak.

Pintu dibuka daripada luar lalu terpampam lah wajah Jeno.

"Ha nasib dah siap aku baru nak panggil" Nara memberikan senyuman yang terpaling manis kepapa Jeno. Namun Jeno hanya membuat muka meluatnya. Ceh dasar adik tak guna.

"Lambat nau Nara, kau meneran ke apa?" Soal Hyunjung sambil memandang Nara yang sedang mengeluarkan motorsikalnya itu.

Nara dan Hyunjung pergi ke kolej bersama-sama dengan menaiki motorsikal. Acah-acah minat rempit jap.

"Banyaklah kau meneran, dah jom lewat sangat dah ni." Pedal minyak ditekan, laju Nara mendahului  Hyunjung yang terpinga-pinga dibelakang.

"Eh hanat sabarlah njik."

-Bersambung-

[C] Truly love - Mark LeeWhere stories live. Discover now