Petang itu, Nara menyiapkan dirinya untuk berjumpa dengan si pemilik yang telah memberi hadiah itu kepadanya. Setelah siap, dia pun turun kebawah.
"Nara? Kamu nak kemana?" Tanya Tuan Lee yang sedang membaca surat khabar diruang tamu itu.
"Ah, Nara nak pergi jumpa kawan sekejap."
"Kawan? Kawan ke nak jumpa Mark?" Sengaja Tuan Lee mengusik.
"Ish, takdelah. Nara keluar kejap ye, sebelum pukul 7 Nara balik." Terus Nara keluar daripada rumahnya dan pergi ke taman yang selalu dia pergi.
❄︎❄︎❄︎
"Kau rasa dia datang ke?" Soal Mark gelisah.
Doyoung yang sedang berbual dengan Hyunjun itupun terus memandang kearah Mark. "Dia datang, kau rilek je takyah nak gelabah."
"Barang kau semua dah ready eh? guitar kau semua okay?" Tanya Taeyong.
"Erm d-dah."
"Siot, pahal kau gagap ni? Aduh masalah sia jantan ni" Hyunjun menepuk dahinya. Sedih tengok Mark yang macam kematian kucing itu.
"Argh entahlah nervous lain macam. Nasib harini orang tak ramai, kalau tak malu aku dorang tengok aku nyanyi macam orang tak betul nanti." Mereka bertiga menggelengkan kepala.
❄︎❄︎❄︎
Sesampai sahaja Nara di taman, dia mencari kelibat lelaki yang memberinya hadiah itu. Namun dia tidak menemuinya, dia duduk berehat disebuah kerusi yang berdekatan, mungkin lelaki itu tak sampai lagi? Setengah jam menunggu, masih dia tidak muncul.
"Aish, mana ni? Takkanlah aku kena tipu kot" Nara melihat sekeliling taman namun masih tiada orang, baru sahaja dia ingin bangun dan pulang tiba-tiba dia terdengar seperti bunyi petikan tali guitar dan nyanyian dari seseorang.
♫︎ Imagination - Shawn Mendes
In my dreams, you're with me.
We'll everything I want us to be.
And from there, who know's?
Maybe this will be the night that we kiss for the first time.
Or is that just me and my imagination.
"Hai Lee Nara."
Nara terdiam, dia masih tidak memalingkan wajahnya kebelakang kerana dia takut. Suara itu, suara yang amat dikenalinya.
Dengan keberanian yang ada, dia terus menoleh kebelakang dan ya. Jangkaannya tepat.
"M-ark.." Mark berjalan mendekati Nara. Nara sudah kelihatan seperti patung yang tak mampu berbuat apa-apa.
"Terkejut?" Soal Mark dengan suara yang perlahan dan suara itu mampu menjeritkan hati Nara.
Nara diam. Menahan perasaan yang bergelora.
"Since the first time we meet Nara. Tapi masa tu saya nafikan perasaan ni sebab saya tak pasti dan yakin dengan diri sendiri."
Nara masih diam,mahu memberi Mark meneruskan kata-katanya. Jujur kata dia masih terkejut dengan apa yang jadi dan tipulah juga kalau dia kata dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan Mark.
"Makin lama perasaan tu makin membuak sebab itulah saya bawak awak pergi jumpa omma. Semangat saya ada balik lepas awak hadir Nara."
"Be my girlfriend please?" Nara menoleh kearah lain apabila anak mata Mark tajam memasuki anak matanya.
"Pandang saya." Dengan perlahan, Nara memandang kearah Mark. Penuh harapan dimukanya.
"S-saya"
"Mulut boleh menipu tapi mata tidak." Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh Mark memang mampu mendiamkan dirinya.
Ayat yang sama dikatakan oleh Hyunjun tadi.
"Yes i will." Nara tidak kuat, dia terus memandang kearah tanah yang dipijaknya. Perasaan malu mula menyelebunyi dirinya.
"WOOOOO MEMBER KITA DAH TAKEN BAIIIII" Mark dan Nara terus memandang kearah semak yang berdekatan. Lalu keluarlah Doyoung,Taeyong dan juga Hyunjun daripada semak itu.
Bersorak mereka apabila Mark dan Nara sudah rasmi menjadi pasangan kekasih.
"Apa ni, semua dah taken. Tinggal aku sorang-sorang." Mark pelik dengan ayat Taeyong. Sorang? Mark memandang Doyoung dan Hyunjun yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu.
"Oh shit, patutlah selalu berkepit je korang ni, rupanya ada kucing disebalik miyau." Kata Mark sambil memandang kearah Doyoung dan Hyunjun.
"Sampai hati kau tak bagitau eh? Dahla tipu aku." Sambung Nara.
"Hehe sorry lah, aku ikutkan je plan diaorang ni, pasal aku dengan Doyoung pun baru je lagi sebenarnya." Cerita Hyunjun.
"Alah lagipun korang punya drama ni haih, kemain lama. Baik aku potong dulu." Sambung Doyoung.
Mark hanya menggulingkan matanya keatas.
"Apalah nasib aku sebagai Lee Taeyong ni. Takpelah geng aku chaw dulu, adik aku sorang-sorang kat rumah tu nanti dia bising pulak sebab aku keluar lama-lama. Bye!" Kata Taeyong kemudian terus berlari pulang kerumah meninggalkan mereka berempat.
"Okay aku dengan Hyun pun nak chaw jugak sebab aku nak beli barang sikit, so jumpa esok. Mark kau jangan balik lambat sangat, tahulah first date." Sempat Doyoung memerli.
"Tch."
"Thankyou" Bisik Mark pada Nara.
Nara tersenyum. "Tak sangka awak pandai main guitar eh? Siap pandai nyanyi lagi."
"Saya ni pandai macam-macam laaa awak je taktahu. Bak kata orang saya ni "talented boy" Kata mark dengan penuh bangga.
"Eleh."
Selepas itu, mereka pun berjalan sebentar disekitar taman kemudian pulang kerumah.
-bersambung-
HAHAHA taktahu la jadi ke tak part yang bersemut but i have try my best 😭 hope you guys sukalah huhu 🥺.
votements diperlukan! ❤️
YOU ARE READING
[C] Truly love - Mark Lee
FanfictionPertemuan secara tiba-tiba yang mampu membawa mereka kearah maksud "Cinta Yang Sebenar" Status : S1 & S2 Completed ✓ A Mark Lee Fanfiction, 2020 - All rights reserved -