30

597 54 9
                                    

Sejak peristiwa Zharfan melepak di koridor depan kelas 4 Sastera 1 haritu, kehidupan aku di sekolah jadi semakin sukar. Boleh dikatakan hampir setiap hari Zharfan dan kawan-kawan dia melepak di koridor itu semasa waktu rehat dan menyukarkan aku untuk balik ke kelas. Memang akan kedengaran namaku meniti di bibir mereka setiap kali aku lalu di situ. Tak tahulah apa motif mereka.

Aku melangkahkan kaki memasuki bilik basuh baju. Di tanganku ada sebaldi baju kotor yang bertimbun. Terdapat beberapa orang pelajar sedang membasuh baju. Biasalah hari Sabtu, bila pelajar asrama tak balik ke rumah, waktu inilah kami akan gunakan untuk membasuh baju kotor yang disimpan dari hari Isnin.

Sedang aku membilas baju yang dipenuhi sabun, telingaku menangkap perbualan dua orang pelajar dari bilik air, bersebelahan dengan bilik basuh baju. Punyalah kuat suara, sampai ke sini boleh dengar.

"Kau ada dengar tak gosip baru?"

"Pasal apa?"

"Alah yang pasal budak laki kelas kita couple dengan budak Form 4 tu."

"Serius lah weh? Aku tak ada dengar pun. Kau dengar dari mana?"

"Aku dengar budak-budak laki borak haritu. Pastu aku terdengar diorang usik Zharfan dengan budak Form 4."

Bilasan aku terus terhenti tatkala terdengar nama Zharfan disebut dalam perbualan itu. Aku menutup kepala paip lalu memasang telinga untuk mendengar perbualan seterusnya.

"What? Zharfan couple dengan budak Form 4? Siapa budak tu?"

"Nailah. Kau kenal tak?"

Aku menelan air liur mendengarkan yang nama aku tiba-tiba disebut dalam perbualan mereka.

"Nailah budak tahfiz tu? Dia makwe Zharfan? Kau serius lah?"

"Ya lah Nailah tu lah. Aku tak tau lah betul ke tak diorang couple. Tapi tu yang aku dengar dari budak-budak laki kelas kita. Lagipun kau perasan tak geng Zharfan selalu melepak kat koridor kelas Form 4 masa waktu rehat?"

"Sebab diorang nak usha Nailah tu ke?"

"Yes aku rasa sebab tu."

"Patutlah Zharfan tak layan pun budak perempuan kelas kita yang suka kat dia. Rupanya dia cari budak yang muda 2 tahun dari dia. Taste junior rupanya ceh."

Dan perbualan antara mereka terhenti. Aku tidak lagi mendengar suara mereka berbual. Mungkin juga mereka sudah keluar dari bilik air. Dari nada suara yang seorang tu kedengaran bengang bila dapat tahu pasal Zharfan dengan aku. Tapi masalahnya bila masa pulak aku dengan Zharfan declare yang kitorang couple? Aku baru sekali je chat dia kat FB haritu untuk tanya pasal coklat. Ke Zharfan pergi cerita kat semua budak batch dia pasal aku chat dia?

Pelbagai persoalan yang tiada jawapan menyesakkan fikiran aku. Malas nak menyerabutkan fikiran, aku kembali menyambung membasuh baki baju yang tergendala tadi. Usai siap membilas, aku memasukkannya ke dalam baldi kemudian berjalan menuju ke ampaian di belakang asrama untuk menjemur baju.

Setelah selesai menjemur, ketika sedang menaiki tangga untuk balik ke bilik, aku terserempak dengan dua orang kakak senior Form 6. Di tangan mereka masing-masing memegang baldi yang dipenuhi baju. Aku cepat-cepat ke tepi memberikan laluan, namun bahuku terlanggar dengan salah seorang dari mereka.

Baru sahaja aku ingin meminta maaf, matanya memberikan jelingan tajam kepadaku sebelum dia menarik lengan kawannya dan mereka berdua melangkah menuruni tangga.

Erk apa yang baru berlaku tadi? Aku rasa aku dah cukup ke tepi dah bagi diorang lalu tapi akak yang seorang tu macam sengaja langgar bahu aku pastu jeling aku macamtu. Apa entah yang dia tak puas hati dengan aku.

Sampai sahaja di bilik, aku menceritakan perbualan yang aku terdengar tadi dan peristiwa di tangga kepada Arina dan Najiha yang sedang duduk di tengah-tengah bilik. Ahli-ahli bilikku yang lain sedang tidur di katil masing-masing, jadi inilah peluang yang terbaik untuk bergosip tanpa mereka yang lain tahu.

"Aku rasa kan dua akak senior yang kau jumpa kat tangga tu, orang yang sama yang kau dengar borak dalam bilik air." Ujar Arina sebaik sahaja aku menghabiskan cerita.

"Eh haah kan mungkin jugak. Tapi apesal sorang tu tak puas hati dengan aku, siap langgar bahu aku pastu jeling aku camtu. Apa salah aku kat dia?"

"Siapa dua orang akak senior tu? Kau kenal tak?" Soal Najiha.

"Sorang tu aku tak kenal. Tapi sorang lagi yang langgar bahu aku tu Kak Diana." Ujarku.

"Oh dia ke. Patutlah." Aku mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata Najiha.

"Jap tak faham. Maksud kau?"

"Aku ada dengar gosip si Diana tu suka kat Zharfan. And Zharfan tau Diana suka kat dia tapi Zharfan tak layan. Tu yang dia bengang bila tau Zharfan tu couple dengan kau." Ujar Najiha.

"Maknanya kak Diana langgar bahu dan jeling Nailah tu sebab sakit hati dengan Nailah?" Najiha yang mendengarkan soalan Arina hanya mengangguk.

Aku menepuk dahi mendengarkan kata-kata mereka.

"Masalahnya aku dengan Zharfan tak couple. Apa yang diorang dengar tu semua salah."

"Memanglah korang tak couple. Tapi diorang dengar dari geng Zharfan sendiri, tu yang diorang percaya. So kau kena tanya Zharfan macam mana boleh timbul gosip yang korang couple." Ujar Najiha.

Aku mengeluh mendengarkan kata-kata Najiha. Haritu gosip aku couple dengan Hazirul, ni timbul pulak gosip aku couple dengan Zharfan. Masalahnya dua-dua lelaki tu aku tak pernah layan atau bagi apa-apa harapan. Diorang berdua tu je yang syok sendiri. Tak boleh ke diorang biarkan aku belajar kat sekolah ni dengan aman damai.

Yang lagi menyesakkan fikiran, habislah lepas ni mesti aku dibanned oleh kakak-kakak Form 6. Semua disebabkan gosip murahan yang tak betul tu. Argh bencinya!

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Where stories live. Discover now