4

1.3K 118 11
                                    

Seminggu sudah berlalu. Aku masih belum dapat menyesuaikan diri untuk belajar di sekolah ini.

Bayangkanlah, di sini, subjek yang wajib diambil ada 18 subjek. 9 subjek akademik ditambah dengan 9 subjek Buuth atau dipanggil subjek agama seperti Hadis, Tafsir, Tauhid, Feqah dan banyak lagi. Semua subjek agama dalam bahasa arab pula tu!

Boleh dikatakan, bahasa arab itu bahasa asas untuk sesiapa yang bergelar pelajar sekolah agama. Nak tak nak, kau kena belajar bahasa Arab untuk fahamkan subjek agama.

Dah lah sekolah rendah aku tak ada bahasa arab. Aku tahu bahasa arab sikit-sikit pun, waktu Fardhu 'Ain dulu. Tu pun banyak main je.

Jadinya, bayangkanlah sehari tu aku kena belajar berapa subjek. Subjek akademik plus subjek agama. Boleh tepu otak kalau macam tu.

"Nailah, jom balik." Suara Arina mengejutkan aku.

"Eh dah boleh balik ke?" Aku mengerutkan dahi.

"Dah lah. Tu lah termenung lagi. Tengok jam tu dah pukul berapa." Bebel Arina.

Aku mengerling ke arah jam dinding kelas. Lah dah pukul 1.50 petang rupanya. Waktu balik sekolah.

Aku mengemas beg lalu melangkahkan kaki mengikut Arina keluar kelas. Kami melangkah menuju ke surau asrama untuk solat Zuhur berjemaah.

Kehidupan sebagai pelajar asrama, setiap waktu solat, diwajibkan untuk solat berjemaah di surau. Sesiapa yang solat sendiri, memang kena denda lah jawabnya.

Usai solat Zuhur, aku dan Arina naik ke bilik untuk letak beg yang sarat dengan buku-buku. Kemudian kami pergi ke dewan makan untuk makan tengahari.

Selepas siap makan tengahari, kami perlu turun ke prep petang sehingga azan Asar. Dan waktu prep petang ini selalunya kami akan ambil kesempatan untuk tidur atau merehatkan mata setelah seharian penat belajar di sekolah. Tidur duduk pun lena tau!

Selalunya selepas solat Asar berjemaah dan bacaan Ma'thurat, pelajar aspura akan beriadah di perkarangan asrama mereka. Main bola tampar, badminton, bola sepak. Sementara kami pelajar aspuri, lebih memilih untuk mandi, berehat dan bergosip hahah. Pukul 6 petang, kami semua ke dewan makan untuk makan malam.

Apabila azan Maghrib berkumandang, kami semua diwajibkan ke surau untuk solat Maghrib berjemaah. Selepas Maghrib, kami akan dengar ceramah dari ustaz sekolah ini. Kalau ustaz tak ada, warden akan bagi khidmat nasihat. Kalau warden pun tak ada, hah apa lagi Exco asrama lah yang akan ambil alih terutamanya Exco Ibadah.

Kami disuruh baca Al-Quran masing-masing atau selawat dan berzikir bersama-sama. Perkara yang sangat jarang dilakukan di rumah. Tapi di sini, semuanya terdidik.

Usai solat Isyak berjemaah, kami digesa untuk ke prep malam pula. Dilarang sama sekali untuk berada di bilik ketika prep kecuali pelajar yang sakit. Selalunya prep malam lah waktu untuk kami semua pulun menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Apabila jam menunjukkan pukul 10.45 malam iaitu waktu prep habis, kami semua dihidangkan dengan minum malam yang disediakan di dewan makan.

Setelah itu, barulah kami boleh balik ke bilik masing-masing untuk tidur sebelum perlu bangun pagi seawal jam 5 pagi, berebut bilik air untuk mandi dan bersiap ke surau untuk solat Subuh berjemaah, sarapan, dan ke sekolah.

Begitulah kehidupan aku setiap hari sebagai seorang pelajar asrama di sekolah ini.

Pergi sekolah, balik sekolah, solat, makan, prep, tidur.

Benda yang sama setiap hari.

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Where stories live. Discover now