43

455 40 8
                                    

Sekelip mata sahaja tahun ini sudah merupakan tahun kelima aku bergelar pelajar di sekolah agama ini. Dari aku tak suka sekolah kat sini masa Form 1 dulu, tak sangka aku mampu jugak bertahan sampai Form 5.

Sebenarnya lepas dapat result PMR dulu, hati aku ada terdetik nak mohon ke SPBI. Tapi entah kenapa aku berat hati nak isi borang permohonan. Mungkin sebab aku dah semakin selesa belajar di sekolah agama ni dan sayang nak tinggalkan kawan-kawan di sini. Lagipun bagi aku, belajar di mana-mana pun sama, yang penting rajin belajar dan usaha untuk dapatkan result yang baik. Kalau student SBPI tapi malas belajar pun tak guna jugak kan.

Seperti kebiasaan, Tingkatan 5 merupakan tahun yang paling penting bagi para pelajar rakyat Malaysia kerana peperiksaan SPM yang bakal dihadapi. Oleh sebab aku sekolah agama, subjek yang wajib diambil bagi pelajar Sains dan Akaun adalah 11 subjek termasuklah Bahasa Arab, Pendidikan Quran Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiyah manakala 9 subjek bagi pelajar Sastera. Sudah semestinya aku target untuk dapat 11A dalam SPM nanti.

Namun, baru sahaja beberapa minggu bergelar pelajar Tingkatan 5, aku sudah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan iaitu Pengerusi Persatuan Sains & Matematik, Setiausaha Badan Penulisan & Penerbitan, Setiausaha Kelab Rumah Hijau, Bendahari Persatuan Bulan Sabit Merah, Penolong Ketua Kelab Tahfiz dan Exco Study Aspuri.

Kesemua jawatan yang disandang sedikit sebanyak menggugat keyakinan aku untuk target Straight A SPM. Macam mana nak bahagikan masa untuk buat homework, ulangkaji, pergi meeting segala kelab & persatuan, buat paperwork, kawal budak asrama semasa prep, dan tidak lupa juga tanggungjawab sebagai pelajar tahfiz iaitu menghafaz Al-Quran. Fuh mencabar betul bila dah Tingkatan 5 ni.

Itu belum lagi bab aku diuji dengan soal hati dan perasaan. Walaupun Zharfan dah tak ada lagi di sekolah ini, tapi setiap kali balik rumah, aku pasti akan habiskan masa untuk chat dengan dia. Aku dah cuba kawal perasaan aku, tapi susah. Aku masih kalah dengan hati aku sendiri. Aku masih gagal mengawal nafsu sendiri. Apa lah nak jadi dengan aku ni.

Gosip aku dengan Hazirul? Macam biasalah, mana pernah hilang. Walaupun aku dah reject dia terang-terangan kat FB haritu, dia masih mengganggu ketenteraman hidup aku di sekolah ni. Mungkin dia fikir dia ada peluang sebab Zharfan dah tak ada di sini, entahlah.

"Hoi termenung!"

Aku tersentak apabila seseorang mencubit lenganku.

"Ish kau ni, sakitlah." Aku menggosok lenganku sambil memandang Fitriah geram. Dia yang duduk di sebelahku hanya ketawa.

"Siapa suruh kau termenung. Dah sampai planet mana tadi? Ke teringatkan pakwe yang dah tak ada kat sini?" Fitriah mengenyitkan mata.

"Siapa?"

"Zharfan lah siapa lagi. Takkan Hazirul pulak."

"Hey sejak bila pulak Zharfan tu pakwe aku. Kitorang tak pernah declare yang kitorang couple pun. Aku dengan dia kawan je lah."

"Memanglah korang tak pernah declare. Tapi kalau dah asyik chatting berdua sampai ke tengah malam, tu bukan kawan namanya cik kak."

Aku terdiam. Ada betulnya apa yang Fitriah cakap. Dah tu apa hubungan aku dengn Zharfan? Teman istimewa mungkin.

"Eh kau dah siap belum homework Kimia?"

"Eleh tiba-tiba tukar topik pulak. Malu lah tu." Usik Fitriah.

Aku hanya menjulingkan mata ke atas. Malas layan minah senget ni.

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Where stories live. Discover now