34

579 55 10
                                    

Hari ini merupakan hari pertandingan MASISUPA. Semua pelajar yang menyertai pertandingan sama ada acara sukan atau ilmiah sedang berkumpul di sebuah sekolah agama di Raub, Pahang.

Pertandingan MASISUPA merupakan pertandingan peringkat zon. Semua sekolah agama yang ada di negeri Pahang dibahagikan kepada 4 zon dan setiap zon ada 4 buah sekolah agama yang para pelajarnya akan bertanding untuk merebut gelaran juara. Pelajar yang mendapat johan untuk setiap zon pula akan bertanding ke peringkat lebih tinggi iaitu MASISUMA dan akan bertanding dengan pelajar daripada sekolah-sekolah agama negeri lain. Kira MASISUMA ni pertandingan peringkat negeri lah.

Sekolah aku termasuk dalam Zon 4 bersama dengan tiga buah sekolah agama yang berada di daerah lain. Jadi, pelajar yang menjadi johan di peringkat sekolah dari keempat-empat buah sekolah berkumpul di sini untuk bertanding sesama mereka, untuk mewakili Zon 4 ke peringkat MASISUMA.

Aku merupakan johan acara Syarahan Bahasa Arab (P) peringkat sekolah. Walaupun aku masuk hanya untuk cabar diri aku, tak sangka aku menjadi juara dan mewakili sekolah aku dalam acara itu. Ini pertama kalinya aku ke peringkat MASISUPA untuk bertanding dalam acara Syarahan Bahasa Arab.

Jarum jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Masa berbaki lagi 30 minit sebelum Pertandingan Syarahan Bahasa Arab bermula. Aku berjalan mundar mandir di koridor hadapan kelas yang akan menjadi tempat pertandingan itu berlangsung. Teks syarahan di tangan yang dah hampir lunyai aku tatap buat yang keseratus kalinya. Antara syarat untuk menjadi johan, peserta tidak boleh membawa teks dan membacanya. Teks syarahan mestilah dihafal.

"Nailah, kau dah hafal semua ke?" Suara Saiful yang merupakan wakil sekolah aku bagi kategori (L) mengejutkan aku. Entah dari mana dia datang, tiba-tiba dah berdiri dekat dengan pintu masuk kelas.

"Dah. Tapi aku takut aku terlupa. Nervous weh." Ujarku.

"Insya Allah kau boleh. Cuba baca Alam Nashrah banyak-banyak. Insya Allah boleh hilang nervous."

"Thanks Epul. Good luck weh."

"Good luck to you too. Semoga kemenangan milik kita."

"Aamiiin insya Allah."

Aku dan Saiful melangkah masuk ke kelas lalu melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan untuk para peserta. Tidak lama kemudian, seorang demi seorang peserta dari sekolah lain masuk ke kelas.

Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 9 pagi, pertandingan Syarahan Bahasa Arab dimulakan dengan peserta lelaki dahulu. Aku menanti dengan debaran di dada. Mulutku tak berhenti membaca rabbi yassir wa la tu'assir. Mohon semoga Allah permudahkan.

"Peserta seterusnya, Nailah Al-Farafishah."

Akhirnya tiba giliran aku. Aku bangun dari kerusi lalu berjalan ke depan. Loceng berbunyi menandakan aku sudah boleh mulakan syarahan. Aku menarik nafas perlahan-lahan kemudian menyampaikan syarahan dengan lantang.

Setelah siap, aku kembali ke tempat dudukku. Alhamdulillah aku berjaya habiskan syarahan dengan jayanya walaupun ada part yang aku tergagap. Ya lah nak bercakap fully Arab dengan lancar dalam masa 5 minit bukan suatu yang mudah. Tanpa tengok teks pulak tu.

Setelah selesai kesemua peserta menyampaikan syarahan masing-masing, maka tibalah masa untuk para juri mengumumkan keputusan. Alhamdulillah aku dan Saiful berjaya menjadi johan sekaligus melayakkan kami untuk ke peringkat MASISUMA. Aku pun tak sangka aku boleh jadi juara sedangkan aku rasa syarahan aku tak cukup perfect pun tadi. Tapi apa pun, segalanya dah ditentukan Allah.

🌸🌸🌸🌸🌸

Petang ini kami semua pelajar perempuan berkumpul di padang sekolah untuk menonton pertandingan bola sepak antara sekolah aku dan sekolah tuan rumah. Biasalah, semua pakat nak sokong sekolah masing-masing. Semangat kesukanan tinggi.

Aku, Arina dan Najiha hanya duduk di tepi dewan yang menghadap padang sekolah. Kami hanya memerhatikan perlawanan dari jauh. Aku yang ajak diorang duduk sini, sebab aku takut terkena bola haha.

Wisel berbunyi menandakan perlawanan separuh masa pertama tamat. Mereka diberikan masa selama 15 minit untuk rehat sebelum separuh masa kedua bermula. Masing-masing pergi ke gerai yang menjual pelbagai minuman untuk membeli air bagi menghilangkan dahaga.

"Weh cuba korang pandang sana." Arina bersuara, menyebabkan aku dan Najiha memandang ke arah gerai minuman yang berada berdekatan dengan dewan.

"Okay aku nampak." Aku mengerutkan dahi mendengarkan kata-kata Najiha.

"Nampak apa ni?"

"Ish kau ni. Cuba tengok siapa tengah berdiri kat depan gerai air tu." Ujar Najiha.

Aku kembali memandang ke arah gerai yang menjual pelbagai jenis minuman. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki yang memakai baju sukan sedang berbaris untuk membeli air. Mataku tertancap pada satu figura yang sedang berdiri dalam kalangan mereka. Aku menelan air liur.

"Err Zharfan tengah pandang sini ke?" Soalku kepada Arina dan Najiha.

"Ya. Dari tadi lagi. Tu lah kau lain kali pakai spek, kan dah tak nampak." Bebel Arina.

Aku ada rabun jauh yang teruk. Jadinya, bila aku tak pakai kacamata, aku memang tak nampak muka sesiapa yang berada jauh dari aku walaupun jaraknya hanya 50 meter.

"Ish aku tertinggal kat bilik lah. Malas nak patah balik pergi ambik. Dia antara wakil sekolah kita eh?"

"Ya Nailah sayang. Dia lah antara yang duk main bola kat padang tu. Aku ingatkan kau dah nampak dia masa perlawanan tadi." Ujar Najiha.

"Oh ye ke. Alah aku kan tak pakai spek, mana lah aku nampak siapa yang duk main tadi. Aku cuma nampak diorang berlari sana sini je." Sengihku. Arina dan Najiha hanya menggelengkan kepala. Fed up agaknya dengan aku yang nak tengok orang main bola tapi tak nampak sebab tak bawa kacamata.

"Ni kak Nailah ke?" Seorang budak lelaki datang ke arah kami. Aku, Arina dan Najiha masing-masing memandang sesama sendiri. Budak mana pulak ni tiba-tiba tau nama aku?

"Ya akak kak Nailah. Kenapa?" Tanyaku.

"Ni abang kat situ suruh bagi akak." Ujar budak lelaki itu sambil menghulurkan satu cup air kelapa. Aku mengerutkan dahi.

"Abang yang mana satu? Boleh adik tunjuk?" Najiha pula menyoal.

"Tu yang dekat tepi gerai tu."

Kami bertiga memandang ke arah yang ditunjuk. Kelihatan Zharfan sedang berdiri di situ sambil turut memandang ke arah kami. Tangannya memegang secawan air milo yang dibeli dari gerai. Dia mengukirkan senyuman kepadaku sebelum pergi ke arah kawan-kawannya.

"Okay terima kasih ya adik. Cakap kat abang yang bagi air ni, kak Nailah cakap terima kasih belanja." Ujarku kepada budak lelaki itu yang kemudiannya berlari ke arah Zharfan untuk menyampaikan pesananku. Zharfan memandangku sambil membuat tanda 'okay' dengan tangannya. Bibirnya mengukirkan senyuman. Kedengaran kawan-kawannya bersorak nakal ketika menyaksikan perbuatan Zharfan itu.

Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Terasa mukaku kebas menahan malu. Air kelapa di tangan aku minum sambil turut berkongsi dengan Arina dan Najiha.

Tak ku sangka betapa beraninya tindakan Zharfan. Dahlah tiba-tiba belanja aku air kelapa, suruh entah anak siapa pergi bagi kat aku. Lepastu pergi buat macam tu depan kawan-kawan dia pulak tu. Huwaaa malunya!

🌸🌸🌸🌸🌸

To be continued

[C] Perjalanan Hijrah (Kisah Benar)Where stories live. Discover now