chapter 7:)

14 0 0
                                    

Di tempat yang tidak dikenalinya.Dengan hanya bersumberkan lampu yang ada ditangannya Qresea memerhati sekeliling tempat itu.Qresea mula meraba-raba jikalau terdapat pokok mahupun ranting kayu yang terjatuh namun tiada satu pun kehidupan yang ada di tempat tersebut.Dirinya mula terdengar tangisan seseorang yang berada di penjuru hujung ruang gelap itu.Dengan bantuan cahaya lampu Qresea menyuluh orang tersebut.

"Awak,kenapa menangis di sini?kita ada di mana?dan hanya kita berdua sahaja kenapa?"bertalu talu soalan yang diberikan oleh Qresea.Orang itu tidak langsung menjawab malah memandang Qresea.

"Tirash sayangkan Qresea!Tirash tak nak jauh dengan Qresea!"teriak orang yang bernama Tirash itu.

"Qresea bukan pilihan yang tepat untuk kamu Tirash!lupakah kamu apa yang dia buat semasa kamu dengan dia?"soal wanita tua di belakang Qresea.

Qresea tidak faham apakah semua ini.Tirash?nama ini selalu muncul didalam ingatannya.adakah ini separuh daripada ingatanku?.Qresea cuba untuk mendengarkan dengan lebih teliti malangnya suara mereka agak kabur dan hanya amarah dendam jelas kedengaran.

"Aku akan kutip balik Qresea Az-Zahra dan seksa kau macam mana kau seksa aku dulu"

"Allahuakhbar!"Qresea tersentak apabila bunyi guruh yang sangat kuat diluar sana.

Angin bertiup dengan kencang sehinggakan pokok pokok di luar halaman hampir tumbang dan rapat ke tanah.Tirash Zafran!.Suami aku!.

"Tirash Zafran"itulah nama yang berada di fikirannya.Kini ingatannya pulih kembali walaupun tidak sepenuhnya.

"Maafkan Qresea"tangisan Qresea meluncur laju menuruni pipi cengkungnya.

Qairin dan Qairah tiba di sekolah seawal jam 8.30 pagi kerana terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan oleh mereka walhal itu adalah tugas tikus mondok bertiga itu.Saat Qairin melihat biodata setiap orang dia terjumpa sebuah biodata yang agak pelik iaitu Qresea binti Ahmad.

"Qairah,cuba kesini"

"Kenapa?"

"Kau tak rasa pelik ke dengan biodata dia ni?"Qairah meneliti biodata yang ditunjukkan oleh Qairin dan dirinya jelas dirinya juga terkejut.

"Seakan dia"

Biodata milik seseorang diteliti dengan penuh tanda tanya.Qresea Binti Ahmad.kenyataan yang paling mengejutkan adalah dia  ialah salah seorang pengusaha sekolah Q&Q highschool.Sudah terbukti bahawa orang ini adalah rakan mereka yang hilang suatu tika dulu.Qairin dan Qairah saling berpelukkan apabila mereka akhirnya menemui sang pemilik hati Tirash Zafran.

"Tapi,kita tak boleh bagitau diorang"ucap Qairin dengan nada pilu.

"But why? Dia masih lagi isteri yang sah dan Dia  masih lagi kawan kita kan?!"bantah Qairah tidak faham dengan apa yang difikirkan Qairin.

"Kau sure Kasyar dengan Akram boleh terima dia?and Tirash?"soal Qairin.Qairah merenung Qairin

"Kita dengan Qresea dah macam adik beradik Qairin tapi kau lebih takut kehilangan seorang lelaki"Qairin terdiam.

"Ah sudahla!Buat apa yang kau mahu!Aku tak nak masuk campur hal korang dan jangan pernah libatkan aku!"

Qairah merenung biodata di tangannya dengan renungan kerinduan.Biodata Si Dia dipeluk erat seakan memeluk empunya nama.Aku takkan jauh dari kau .Itu janji aku dulu dan sekarang.Namun tidak disangka kini Qairin berubah sebegitu rupa hanya disebabkan oleh Dia.Dia pernah terlepas cakap soal ibu bapa Qairin saat Qairin kehilangan ibu bapanya.

6 tahun yanag lepas

Qairin menangis di atas kuburan kedua ibu bapanya yang baru sahaja selamat dikebumikan selepas asar sebentar tadi.Tangisan yang tidak pernah kering amat merisaukan hati Qresea dan Qairah.Mereka cuba untuk meredakan hati Qairin akan tetapi Qairin sekan tidak redha dengan pemergian kedua orang tuanya.

"Kau kena terima qada'dan qadar allah Qairin"tangan Qairah mengusap belakang Qairin.

"Kau ingat mereka suka tengok kau menangis macam ni?"soal Qresea sambil berteriak memandangkan cuaca pada petang itu agak mendung menandakan ingin turunnya hujan.

"Kau tak rasa apa aku rasa!sedapla korang cakap!"Qairin menggengam tanah yang masih lagi merah.

"Aku dengan Qairah bukan tak faham perasaan kau cuma tolong la bagi mak ayah kau tenang kat sana dengan bacakan Al-Fatihah untuk diorang bukannya kau menangis macam ni"

"Aku bersyukur Qairin sebab tak ada sesiapa dah yang berani pukul kau macam mana arwah buat dekat kau selama ni,cukuplah kau dah maafkan perbuatan diorang"bisik Qresea sendiri namun malangnya ucapan itu turut didengari oleh Qairin

"Apa maksud kau Qresea?"Qresea malas mahu memanjangkan cerita dia hanya senyap merenung 'rumah baru'arwah ibu bapa Qairin sambil sedekahkan Al-Fatihah.Lalu melangkah pergi ke tempat parking kereta diikuti oleh Qairin dan Qresea.

Qairin memandang Qresea berdiri bertentangan dengan dirinya.Leher baju Qresea ditarik oleh Qairin.Tiada gentar dihatinya melihat kelakuan Qairin saat itu.

"Kau jangan pernah keluarkan nama arwah dari mulut puaka kau!jangan kau sesekali ungkit apa arwah buat!Hal tu aku je yang tahu dan kau tak layak nak persoalkan apa yang diorang buat dekat aku!".

Qairah yang masih dalam kenangan dahulu lantas terkejut apabila bahu kirinya ditepuk oleh seseorang.Qairah menjulingkan matanya ke atas,siapa lagi kalau bukan Kasyar Amin iaitu jejaka yang paling kuat perasan.

"Rindu aku eih?"

"Tak kuasa aku!"ucap Qairah sambil menyimpan biodata Qresea ke dalam begnya.

"Mana Qairin?"tanya Tirash.Mana taknya selalu Qairin dah Qairah ni tak boleh berpisah itulah mengapa Tirash mengajukan soalan tersebut.

"Dia pergi tandas rasanya"ujar Qairah acuh tak acuh.

Mereka bertiga dapat menghidu bau-bau pergaduhan disitu sepertinya 20 minit yang lalu.Kasyar mengembangkan hidungkannya dengan kerap untuk mencari bukti yang masih tersorok.Akram pula berjalan ke luar dan masuk kembali sambil melakukan aksi pelik.Manakala Tirash dan Qairah hanya melihat gelagat keanak-anakan mereka.

"Bukan member aku"Tirash menggelengkan kepalanya apabila beberapa orang lecturer melalui bilik kuliah mereka.

Qairah menutup mulut menahan tawa yang ingin terburai.Qresea Az Zahra nama itu kerap kali meniti di bibirnya entah kali ke berapa.











Ingatan yang kini semakin pulih menyedarkan dirinya betapa ramainya orang dan pelajar yang dianiayainya sebelum ini.Qresea bernekad untuk mencari dan meminta ampun atas kezalimannya dahulu.Entah mengapa dirinya seperti tidak senang jika ada seseorang yang berdendam dengannya.Dan salah satunya mangsa adalah Qairin.Adakah Qairin akan memaafkan dirinya?Kenalkah Qairin dengan dirinya kini?.Qresea tidak sedar bahawa dia sedang menuturkan kata di  setiap langkah yang dilalui.

"Durhakakah aku terhadap suamiku?"soalnya pada diri sendiri.

Kasyar yang sedari tadi memerhatikan Qresea secara tidak sengaja telah menangkap perkataan yang dituturkan oleh Qresea.

"Sia sia "Kasyar mengukirkan senyuman ngeri.

Pembelajaran pertama langsung tidak menarik perhatian Qresea malah matanya kini sedang ralit melihat ketampanan Tirash yang sudah banyak berubah selepas 5 tahun terpisah.Tapi malangnya kini Tirash bukan lagi miliknya dan dia tiada hak untuk cemburu jika Tirash didekati oleh wanita lain.

Ms Shiela yang perasan akan pelajar kesayangannya itu termenung terus bertanyakan soalan tentang pembelajarannya hari ini.

"Qresea!"

Qresea tersentak.Semua mata seakan menuju tepat kearahnya.Qresea tertunduk takut.

"Apakah peranan menjadi seorang rakan kongsi dalam perniagaan?"

"Eem...eem aa..supaya dapat memperluaskan ilmu pengetahuan?"jawabnya dengan ragu.

"Good Qresea"

"Ok guys saya harap awak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.Ingat buat yang terbaik kerana ini adalah last semester untuk korang ye!"

"Baik miss!"bergema seluruh dewan kuliah dengan ucapan dari Ms shiela.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta si cacatWhere stories live. Discover now