chapter 3:)

32 1 0
                                        

Hajah Saidah menggeleng melihat Qresea yang tidak habis melompat sedari tadi kerana telah mendapat tawaran belajar di UPM antara universiti yang paling popular di malaysia dan juga yang terbaik di malaysia.

"Nenek,saya nak tolak permohonan ni"Hajah Saidah mengerutkan dahinya.bukankah tawaran itukah yang diharapkan oleh cucu angkatnya ini.

"Kenapa ni Qresea?ada masalah ke?"Qresea mula mengambil tempat di sebelah Hajah Saidah dengan wajah yang murung.

"Qresea tak mampu nenek"Qresea mula memainkan peranan dengan memintal rambutnya agar resah di hatinya kian menghilang.

"Kamu dapat biasiswa kan?kalau tak cukup nenek akan tambah apa yang nenek ada"Hajah Saidah mengusap kepala Qresea dengan lembut.

"Tak payah la nenek, Qresea tak nak susahkan nenek lagi!"ucap Qresea dengan kuat.

"Nenek dah banyak tolong Qresea sampaikan nenek kehilangan Nini"Qresea memperlahankan suaranya apabila sampai di penghujung ayatnya.

"Qresea,itu bukan salah kamu,itu pilihan nini sendiri untuk tinggalkan nenek"tubuh Qresea dibawa ke dalam pelukannya.

Qresea masuk ke bilik selepas memberikan ubat kepada Hajah Saidah yang menghidap kanser hati sejak 4 tahun yang lalu.kini hidupnya adalah ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang kerana terlalu fakir.namun dia tidak pernah mengeluh dengan apa yang dilaluinya malah dia bersyukur kerana apa yang diinginkan selama ini sudah dimilikinya walaupun ia bukan dari ibu kandungnya sendiri.

Nini?cucu ketiga kepada Hajah Saidah yang merupakan seorang yang suka bersosial dan mudah bergaul dengan orang luar.Nini mula terjebak dalam kegiatan RGO kerana salah memilih kawan dan mengakibatkan dia lebih mementingkan kekayaan manakala maruahnya melayang ke sana dan sini.

"Mama,kalaulah mama tahu Qresea dah berubah adakah mama akan selalu sibuk?"soal Qresea sendirian di dalam bilik.

"Mama, Qresea selalu mimpikan seorang lelaki yang bernama Tirash tapi muka dia Qresea tak nampak"entah mengapa hatinya merasakan bahagia apabila lelaki itu muncul di dalam mimpinya.

"Adakah dia penting dalam hidup Qresea?"rintih Qresea lagi dengan nada yang sayu..

"Kenapa Qresea tak ingat semuanya  tentang lelaki tu?.tapi Qresea tahu dia suami Qresea"rambutnya yang berserabau dibetulkan dengan anak jari.

Qresea mula mengeluh apabila beberapa helai rambutnya mulai gugur apabila jari jemarinya turun.rambutnya kini semakin nipis dan tidak seperti dahulu.kini dia hidup di dalam pemburuan.namun tiada sesiapa yang tahu kisah hidupnya.

Kecuali engkau yang membaca!!!!!

"Mama, Qresea harap akan jumpa dengan kawan-kawan Qresea yang dulu walaupun Qresea tak ingat wajah mereka tapi nama mereka tetap di hati Qresea"mata dipejam seerat mungkin berharap agar lelaki itu muncul kembali.

"Kau sini!"jerit Qresea pada seorang budak perempuan yang sedang mengunyah roti kosong di hujung kantin.

"Sini la!kau pekak ke?"tengking Qairin pula sambil menarik budak perempuan itu ke hadapan Qresea yang sudah lama memerhatikan budak perempuan itu.

"Apa salah saya?"tangis budak perempuan itu dengan perlahan mengelakkan dirinya menjadi bahan ketawa murid lainnya.

"Kalau aku panggil jangan buat pekak!aku tumbuk juga budak ni"Qairah mula mengajah untuk menumbuk budak perempuan itu namun dihalang oleh Qresea.

"Bagi sini makanan kau!"Qresea mula merampas makanan budak perempuan itu dengan biadap sehingga budak perempuan itu mula menangis dengan kuat.

"Kenapa kau menangis?"kepala budak perempuan itu ditolak dengan kuat sehingga budak perempuan itu terjatuh ke lantai.

"Aku pinjam bekas makanan kau kejap aku nak bagi kau rasa apa yang aku rasa"Qresea memberikan senyuman sinis kepada budak perempuan itu.

Budak perempuan itu menangis apabila bekalan yang dibuat oleh ibunya kini sudah dimakan oleh Qresea yang tiada belas kesihan kepadanya yang hidup susah dan merempat.

"Apa nama kau?!"rahang budak perempuan itu dipengang erat oleh Qresea manakala Qairin,Qairah dan murid lain hanya menjadi penonton untuk drama itu.

"Sara"ucap sara dengan tergagap-gagap akibat terlalu takut dengan Qresea yang dapat diibaratkan sebagai singa lapar.mata hitam milik Qresea mula menikam anak mata coklat milik sara.

Sara dengan beraninya menentang mata dengan Qresea yang ditakuti ramai.ramai yang berkata bahawa tiada sesiapa yang dapat melawan panahan mata milik Qresea yang amat tajam.namun bagi sara tiada sedikit ketakutan baginya untuk melawan panahan mata Qresea.

Tanpa sengaja Mata coklat sara mula memainkan peranan untuk membaca isi hati Qresea.namun ditangkap pantas oleh Qresea.Qresea mula mengalihkan anak matanya apabila dia dapat mengatahui yang sara sudah dapat menangkap perbuatannya.

"Qresea,awak dah lama pendam semua ni?"terkejut bukan kepalang Qresea.malah Qairin dan Qairah jugak terkejut dengan ayat yang keluar daripada mulut sara.

"Kau!"kantin mulai senyap apabila mendengar suara nyaring milik Qresea.sara pula sudah menggigil apabila melihat Qresea naik hantu.

Qresea melemparkan bekas makanan yang diambil dari sara tadi ke dada sara dengan kuat.rahangnya sudah diketap sehabis mungkin,matanya kini sudah merah manakala bibirnya pula digigit sehingga mengeluarkan cecair merah.sara menyambut bekas makanannya dengan takut.Qresea melepaskan cengkamannya lalu berlaku meninggalkan sara dengan suasana yang tegang.

"Jangan takut,selagi kau tak bocorkan rahsia Qresea,kau akan terselamat"bisik Qairah di telinga sara dengan perlahan.mereka berdua turut berlalu pergi mengikut Qresea dari belakang.

Mata Qresea terbuka luas apabila memori lama datang kembali.bibirnya mula memainkan peranan untuk mengucap.mukanya diraut dengan kasarnya.perbuataanya dulu amat melampau namun satu persatu memorinya kembali semula.

"Kenapa ia datang saat aku tak memerlukan penjelasan?"teka Qresea dengan hairan.jam di dinding dilihat sudah pukul 5.30 pagi.

Dengan semangatnya yang ingin awal ke universiti Qresea terus bangun sambil tersenyum riang.Hari yang paling mengembirakan dia adalah dimana hari yang dapat mengubah hidupnya.

Qresea mula melangkah dengan laju ke bilik Hajah Saidah yang hanya bersebelahan dengan biliknya sahaja.senyuman semakin mekar saat melihat muka tua Hajah Saidah yang selama ini bersusah payah menanggung pembelajaran di sekolah menengah sehingga sekarang.

"Nenek bangun,kita solat sama-sama"namun saat badan Hajah Saidah ditolak langsung tiada respon daripada tubuh tua itu.

"Nenek penat sangat ni"Qresea mula menilik wajah Hajah Saidah yang sudah berkedut seribu akibat dimamah usia.

Qresea menyediakan sarapan pagi seperti biasa walaupun di hatinya terbit rasa hairan apabila Hajah Saidah masih belum bangun dari tidurnya.setahu Qresea Hajah Saidah tidak pernah bangun selewat ini.hatinya mula dipaut rasa risau.

"Nenek,bangunlah jangan tinggalkan Qresea seorang kat sini"tangis Qresea apabila badan Hajah Saidah kaku tidak bergerak.

Hoho came back!

Kalau sedap ok kalau tak sedap maaf.

Vote and commen.




Cinta si cacatWhere stories live. Discover now