Okay saya faham perasaan awak. Sesetengah orang payah nak dapat idea lagi-lagi writer block. Rasa macam nak sumbat kepala dalam jamban.
1. Huraikan lebih banyak tentang emosi or pergerakan.
Yup, banyak huraikan tentang emosi dia. But, jangan tunjuk direct yang dia sedih/marah/gembira/malu
Contoh ::
Marah.
Melihatkan Zayn yang bermesra dengan Raisha membuatkan darah aku menggelegak. Seluruh badankuberpeluh menyebabkan tubuhku menjadi lencun. Dahi aku berkerut-kerut menahan rasa. Tanganku dikepal kuat. Bila-bila masa saja laharberapi aku akan keluar dari mulut aku.
See? Baru marah. Belum 'aku' tu nak pergi serang Zayn dan Raisha.
...
Gembira.
Melihatkan Kayl menghulurkan coklat Hershey kegemaranku membuatkan aku terkedu. Mata aku terkelip-kelip memandang wajahnya tidak percaya. Betulkah semua ini? Aku meneguk air liur beberapa kali kerana terliur. Namun, Kayl hanya menggoncang-goncangkancoklat itu di hadapan wajahku.
Ok, ini emosi dan perbuatan sebelum minah tu ambil coklat.
...
Sedih.
Aku terkedu mendengar Leman menceraikan aku dengan talak tiga. Mata aku terkedip-kedipterkaku. Aku menggigit bibir menahan emosi. Tanganku mengepal-ngepalkekok. Kolam mataku mula bertakung dan bila-bila masa untuk tumpah. Aku mengalihkan pandangan apabila aku tak mampu memandang anak mata Leman yang dingin. Perlahan, air mataku menitisjua.
♩✧♪●♩○♬☆
Okay, that's it. Menulis ni actually tak susah sangat cuma kadang ii masalah seperti writer block dan vote yg tak bnyak ni yang mematahkanemosi kita.
Don't worry. Believe me. Awak akan berjaya juga nanti. Okey tchao! Adios!