Haii! Sorry Ian dah lama tak update sebab busy dengan sekolah tambah-tambah baru habis trial. So, ada someone tanya soalan ni lama dah, cuma baru sekarang Ian ada kesempatan nak jawab.
Maaf tauu syeqarl :(
Okay, so apa tu penanda dialog??
Penanda dialog ni bukan yang (") atau (') tetapi penanda dialog ni ialah kata kerja untuk menyedapkan atau mengramatiskan sesuatu novel atau dialog yang digunakan selepas dialog.
Readers : Maksudnya?
Okay, macam ni contoh dia.
" Eh, kau ni dah kenapa? " soal Tia kepada Kayla yang ke hulur-hilir di hadapan matanya.
Yang Ian BOLDKAN tu ialah penanda dialog.
TAPII!
Selalu writers akan buat kesalahan kecil dalam dialog ni dari segi tanda baca dan hukum dalam menulis dialog.
Here's the example.
" Aku rasa kita tak serasi. " Ujar Hannan kepada Lia yang sedang tertunduk itu ❎
" Aku rasa kita tak serasi, " Ujar Hannan kepada Lia yang sedang tertunduk itu ❎
" Aku rasa kita tak serasi. " ujar Hannan kepada Lia yang sedang tertunduk itu ❎
" Aku rasa kita tak serasi, " ujar Hannan kepada Lia yang sedang tertunduk itu ✅
Got it?
And ada satu lagi bentuk lain dalam hukum dialog ni.
Tiada Penanda Dialog
" Aku rasa kita tak serasi. "
Lia tertunduk lemah mendengar pernyataan yang keluar dari bibir Hannan itu.
KALAU DALAM KES MACAM NI BARU DITITIKKAN DIALOG TU SEBAB TAK ADA PENANDA DIALOG :)
KALAU ADA PENANDA DIALOG WAJIB LETAK KOMA KALAU AYAT DIA PERNYATAAN DAN STATEMENT SAHAJA TAPI KALAU DIA MARAH OR TANYA SOALAN BOLEH TERUS LETAK "?" DAN "!"
YANG PENTING HURUF KECIL BESAR KENA BETUL :)
And here Ian jumpa contoh penanda baca yang menarik dan ian kreditkan dekat kelab Inkfinity Book Club.
Any question? Just ask ^^
YOU ARE READING
[OG] Writing Tips
AléatoireNewbie? Masih baru dalam dunia oren ni? Nak story gempak macam penulis lain? ------------------------ Kick the read button^^ ------------------------