٢

3.5K 222 1
                                    

Puteri Layla duduk bersimpuh di anjung biliknya sambil melihat gelagat rakyatnya di kawasan bandar. Melihat suasana itu membuatkan hatinya sebak.

Bagaimana jika mereka semua dijadikan sebagai hamba Kerajaan Laith. Dia tidak sanggup membayangkannya. Dia terlalu sayangkan rakyatnya. Disebabkan itu, dia memilih untuk mengorbankan dirinya kepada Kerajaan Laith. Biarlah dia sahaja yang menderita asalkan bukan rakyatnya.

"Tuanku. Maaf menganggu. Tuanku Raja Yunus ingin bertemu dengan Tuanku di bilik bacaan." Muncul Dayang Su daripada belakang.

Puteri Layla lantas menyeka air mata di pipi. Dia lantas mengangguk dan bergerak pergi ke bilik bacaan di tingkat bawah.

"Anakanda Puteri Layla Sophia datang mengadap Tuanku Raja Yunus," ujarnya sebagai tanda hormat kepada seorang Sang Raja.

Raja Yunus lantas mengarahkannya untuk duduk di sebelahnya. Tetapi Puteri Layla memilih untuk bersimpuh di lantai.

Raja Yunus hanya tersenyum melihat sikap anakanda puterinya yang lemah lembut. Sungguh jarang dia melihat anakandanya itu melawan atau tidak menghormati dirinya. Jadi bagaimana dia ingin mengorbankan anakanda puterinya kepada Kerajaan Laith.

"Apa hajat ayahanda ketemu dengan anakanda?" soal Puteri Layla setelah melihat ayahandanya termenung.

"Ayahanda tidak akan menghantar anakanda ke Kerajaan Laith," ujarnya dengan tegas.

Perkara itu memberi kejutan kepada Puteri Layla.

"Apa yang dimaksudkan oleh ayahanda? Itukan sudah dipersetujui oleh Raja Fateh."

"Ayahanda akan tukarkan anakanda dengan orang lain. Anakanda tidak perlu mengorbankan masa depanmu di kerajaan sana."

Balas Raja Yunus sambil memegang erat tangan anak gadisnya itu.

"Ayahanda...jika itu rancangan ayahanda, anakanda tidak bersetuju," ujar Puteri Layla dengan lembut.

"Ayahanda tidak mahu anakanda menjadi boneka di kerajaan sana. Patuhlah pada rancangan ini," pinta Raja Yunus.

Tidak sanggup dia melihat puteri tunggalnya dipergunakan dan diperlekehkan di sana.

"Ayahanda jangan risau. Anakanda sudah 20 tahun. Anakanda sudah pandai menjaga diri sendiri. Ayahanda tidak perlu risau, anakanda sanggup korbankan diri untuk Kerajaan Baiqi yang tercinta. Jika Raja Fateh sedar akan pertukaran anakanda, rakyat dan ayahanda akan berada dalam malapetaka yang besar. Anakanda tidak mahu rakyat dan keluarga anakanda terseksa disebabkan sikap pentingkan diri anakanda. Jadi ayahanda usahlah bimbang. Anakanda janji akan menulis surat setiap bulan kepada ayahanda, bonda dan kakanda," jelas Puteri Layla sambil mengucup lembut tangan Raja Yunus.

Tanpa diminta Raja Yunus memeluk anakanda puterinya dengan air mata yang bercucuran. Perasaan bersalah kepada puterinya sangatlah tinggi.

Dia merasakan sudah gagal menjadi pemerintah. Anaknya sendiri digunakan untuk meredakan keadaan. Dia cukup malu untuk bertemu dengan rakyatnya.

Tetapi, dia juga bangga dengan keberanian anakanda puterinya itu. Puteri Layla hanya mengusap lembut belakang ayahandanya yang sedang menangis. Dia reda dengan segala yang berlaku.

👑

Seluruh rakyat Kerajaan Baiqi sudah menunggu kehadiran kerabat diraja itu di kawasan bandar. Mereka semua ingin mengucapkan selamat tinggal kepada puteri kesayangan Kerajaan Baiqi. Suasana hiba mula menerjah.

"Kakanda, jagalah ayahanda dan bonda dengan baik. Andai adinda dapat pulang semula, nescaya tugas ini adinda akan galas kembali. Doakan keselamatan adinda," ucap Puteri Layla kepada Putera Yussuf.

HIKAYAT PERMAISURI LAITH Where stories live. Discover now