PEMBUKA KISAH

9.6K 290 6
                                    

1513,

Sejambak bunga ros dihulurkan kepada seorang gadis. Perlahan-lahan gadis itu mengambil dan mencium aroma bunga ros tersebut. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya selepas menghidu aroma yang indah itu.

"Kanda akan pulang dengan selamat. Jadi Tuanku jangan risau. Kanda harap Tuanku akan menunggu dan mendoakan kejayaan kanda," ujar jejaka yang berdiri di hadapan Tuan Puteri itu.

"Beta akan setia menunggu kepulangan kanda," balasnya sambil mengukir senyuman manis.

"Jika kanda pulang dengan sebuah kemenangan, sudikah Tuanku menjadi peneman hidup kanda?" lamarnya dengan suara yang lunak.

Tuan Puteri yang mendengarnya seakan-akan tidak percaya akan lamaran tersebut. Dengan segera beliau mengangguk setuju. Air mata mula bergenang di tubir mata kerana sebak.

Jejaka itu dengan segera memeluk Tuan Puteri selepas lamarannya diterima. Tiada apa di dunia ini yang diinginkannya selain menjaga Tuan Puteri kesayangannya itu untuk selamanya.

👑

Kisah dongeng yang tak semua tahu

HIKAYAT PERMAISURI LAITH Where stories live. Discover now