Kau Dalam doaku

242 21 17
                                    

Tatkala senja berlabuh, malam menjelma.
Hatiku terdetik, jiwaku merintih.
Apa yang aku cari, apa yang aku nanti..
Sesuatu yang tak pasti.

Saat kau pergi, sungguh aku tak peduli.
Ah..kejamnya aku.
Adakala aku merobek hatimu dengan egoku.
Sungguh, tinggi benar egoku.
Namun aku biarkanmu berlalu demi bahagiamu.
Demi hakikat sebenar.

Aku tetap disini. Masih disini. Yang tersakiti dek salah sendiri.
Maafkan aku kerana menyakitimu.

Maafkan aku kerana mengabaikanmu.
Sesungguhnya bukan layak buatmu.
Aku hanya insan lemah yang terlalu berpura-pura dihadapanmu. Betapa hipokritnya aku.

Maafkan aku..
Doaku semoga kau bahagia sentiasa walau dimana kau berada.

AnneFiq

Kaki PuisiWhere stories live. Discover now