Melepaskan atau bertahan

79 11 2
                                    

Melepaskan atau bertahan?

Kadang, kita terlalu takut akan sebuah kehilangan. Kerana kesan daripada kehilangan tersebut, akan meletakkan diri dalam bersendirian dan kelukaan yang berpanjangan.

Kemudian bertahan adalah satu-satunya pilihan. Tanpa menghiraukan perasaan serta hati sendiri walau akan terluka sekalipun.

Sebenarnya kedua-dua kesannya tetap sama; iaitu sanggup terluka dalam mempertahankan kerana takut akan kehilangan.

Bahkan kehilangan dalam melepaskan juga sama. Hanya meninggalkan luka-luka.

Akan tetapi, tidak semua kehilangan dalam melepaskan itu adalah keburukan buat diri. Kerana, tanpa kelukaan tiadalah kita mengenali erti berjuang untuk menyembuhkan setiap lara agar kembali pulih semula.

Jangan takut pada sebuah kehilangan. Tapi melangkahlah dan berani mengambil risiko walau akan terluka parah sekalipun. Perlahan-lahan pasti akan membaik pulih.

Sebaliknya syukuri serta nikmati setiap peluang yang ada. Apa yang telah terjadi, ianya akan jadi sebuah pengalaman serta pedoman kita dalam menjalani kehidupan.

Belajar menerima hakikat bahawa melepaskan ada kalanya ialah jalan dan pilihan terbaik untuk diri. Cubalah melangkah. Keluar dari tembok luka. Bina semula tembok bahagia.

Tidak mencuba, tidaklah kita ketahui hasilnya. Doa dan fikirkan yang baik-baik, Insya-Allah segalanya akan baik-baik sahaja.

Dan mengapa harus merasa ketakutan andai masih bersendirian...

Bukankah ada Dia senantiasa di sisi; setia menemani walau dalam apa jua keadaan kita sekalipun.

limaaksara

Shared by AnneFiq

Kaki PuisiWhere stories live. Discover now