"Terima Kasih Imani, Aisya sebab sudi belanja saya"kata Irfan kepada mereka
"Ehh tak ada hal lan. Harini saya terlebih baik Hahahah. Bukan selalu kami nak belanja orang. Saja nak kongsi rezeki bersama"balas Imani
"Kenapa awak kedip-kedip, sakit mata ke"
"Saja nak try test mana tau sangkut"
"Tak ada maknanya. Hati aku ni sudah dimiliki"kata Imani sambil memegang dadanya
"Gurau je la. Saya pedih mata sikit"
"Oh Faham. Tapi saya pun gurau je"
Irfan tersenyum lega. Bagus tak ada orang salah faham dengannya.
"Tapi kan Iman kau nak yang mana satu? Abang aku? Atau Sir Umar?"soal Aisya sambil mengangkat sebelah keningnya
"Ishh kau ni jangan lah cakap kuat sangat"kata Imani sambil melihat sekeliling. Takut ada yang mendengar
"Uu tak lama lagi makan nasi minyak eh untuk batch kita ni. Tak sangka kau suka sir Umar"
"Jangan lupa datang kalau aku jemput"balasnya yang malu-malu itu
"Mesti lah datang"
Aisya hanya mendiamkan diri apabila dia bertentang mata dengan Wafiy yang memandangnya tajam. Cemburu dengan Irfan. Mungkin.
"Weii aku tengok Wafiy seram lah pulak. Aisya kenapa kau tak terima je dia. Rimas pula sebab dia asyik tengok kau"soal Irfan
"Ishh kau ni. Pasal dia seram sangat lah aku tak terima"balas Aisya
"Begitu pon boleh ehhh?"kata Imani pula
"Ye lah kau bayangkan eh kalau dia psyco kau nak tak. Bini kau psyco"
"Boleh jugak aku kan suka attention"
Aisya dan jugak Imani menepuk dahi mereka
"Weii macam mana kau nak balik nanti?"soal Imani sambil menyedut minumannya
"Naik grab je lah"
"Kenapa pulak abang kau tak ambil?"soal Irfan
"Dia ada meeting. jadi dia tak dapat ambil aku harini"
"Ohh nak aku hantar kau tak?"soal Imani.
"Tak pe lah aku naik grab je"tolak Aisya
"Ok. Orang offer taknak"
"Bukan selalu. Lagipon I taknak susahkan korang"kata Aisya sambil mengelap air mata palsunya itu. Sama saja abang dengan adik.
"Ye lah tu."
"Elok lah abang pon kuat drama. Adiknya lagi over berdrama"kata Irfan
"Ishhh mana ada over. Aku rasa tak lah over sangat"
"Tak over konon"
"Weii aku rasa aku kena gerak dulu lah. Abang aku suruh pergi office dia"kata Aisya
"Betul ni tak nak aku hantar"soal Imani lagi sekali
"Tak pe. Aku balik naik grab. Bye"kata Aisya
"Byee!"
Aisya pergi meninggalkan Imani dan Irfan tengah dating.
Aisya menuju ke pondok bas untuk menunggu grab yang tadi ditempahnya dalam apps grab ditelefonnya
Sedang dia berjalan seorang diri. Aisya merasakan ada orang mengekorinya dari belakang. Kebetulan jalan itu ketika itu sunyi sepi tiada orang.
"Aduhhh dah lah aku keseorangan ni"kata Aisya
Mulut Aisya terkumat-kamit membaca ayat kursi. Bunyi tapak kaki itu semakin dekat. Aisya melajukan lariannya.
Apabila Aisya ternampak sebuah kereta dia menahan kereta tersebut. Nasibnya baik apabila kereta itu berhenti.
Aisya cepat-cepat masuk ke dalam kereta tersebut tanpa meminta izin dari tuan kereta itu. Bahaya lah Aisha oiii
"Sapa benarkan kau masuk kereta aku?"soalnya
"Encik saya nak tummpang boleh tak?"soal Aisya dalam nada bergetar tanpa menghiraukan soalan pertama tadi
"Kau nak pergi mana"soal lelaki itu
"Hantar saya dekat syarikat ni boleh?"Aisya menghulurkan kad perniagaan abangnya yang ada alamat syarikatnya.
"Hmmm"
Dia menggerakkan semula kereta itu.
"Sial. Dia lari pulak"
📖📖📖
"Terima kasih sebab hantar saya dekat sini. Encikk....
"Rayyan"
"Terima kasih Encik Rayyan. Saya turun dulu"kata Aisya tersenyum sedikit pada Rayyan"Sama-sama"walaupun kedengaran dingin tetapi suaranya cukup mengancam. Acewahhh
Aisya keluar dari kereta dan berjalan masuk kedalam syarikat itu. Sempat dia melihat Muka kacak Rayyan sebentar
"Abang!!!!"terjahnya
"Ehhanakaku"latahnya
Aisya ketawa terbahak-bahak
"Abangg!! Kenapa suruh adik datnag sini? Boleh je adik balik rumah terus"kata Aisya
"Tak boleh nanti adik alone. Hahahaha"ejeknya
"Mana ada adik alone tak nampak Bodyguard dekat luar tu ramai. Kami boleh main masak-masak"kata Aisya
"Elehhh"
Tok tok tok
"Masuk"arahnya
"Tuan Saya nak bincang dengan tuan pasal kewangan syarikat"kata Farha yang merupakan PA nya.
"Silakan"
"Tadi saya tengok fail ni. Saya perasan macam ada tak kena sikit. Saya harap Tuan boleh tengok kan"kata Farha sambil menunjukkan fail itu
"Baik. Awak boleh tinggalkan dekat atas meja"balasnya dingin
Arfan memang seorang yang dingin apabila dengan orang selain keluaganya
"Saya keluar dulu"kata Farha
Arfan menganggukkan kepalanya. Farha terus keluar dari pejabat bossnya itu. Lama-lama dalam tu boleh lemas dia.
"Abang buat lah kerja dulu. Adik nak masuk bilik abang. Nak tidur. Byeee"kata Aisya
Bilik itu memang disediakan jikalau Arfan penat pada waktu kerja
"Okk.. Good ninght"katanya sedikit ketawa
"Good nighttt sangat"balas Aisya pula
Aisya memasuki bilik didalam pejabat abangnya itu. Maka, tinggallah Arfan berseorangan membuat kerjanya.
Bersambung
YOU ARE READING
Jodoh Untuk Dia
Acción(Known as Jodoh Untuk mafia) Aisya Satu nama yang menyimpan pelbagai kisah. Bertemu dengan Rayyan ketika sedang melarikan diri daripada Wafiy yang kebetulan lalu di situ. Bagai anugerah Allah menghadirkan seseorang untuk menolongnya. Bertemu dengann...