"Mana airnya?"soal Rayyan pabila Isterinya masuk tanpa Air
"Tadi ada orang kacau. lepastu saya sembang sekejap dengan Ryaz"mulutnya mencebik apabila teringatkan peristiwa tadi
"Ohh. Aisya mehh sini sebelah aku"panggilnya
Aisya memandang pelik kearah Rayyan sebelum bergerak kearahnya dengan teragak-agak.
"Kenapa?"soalnya apabila dia sudah berada disebelah Rayyan
Rayyan dengan tiba-tiba menarik pinggang Aisya supaya duduk diatas pahanya.
Muka Aisya membahang. Aduh Rayyan ni.
"Awak.....
Shuhhhh
Rayyan menyandarkan kepala Aisya pada dadanya. Aisya terdiam sebelum memulakan bicara
"Awak"
"Ehem Abang"
Rayyan perbetulkan panggilan Aisya. Dah berapa kali bagitau. Suka lupa.
"Emm abang,"soal Aisya sambil hujung tudungnya dimain
"Emm"
Aisya tersenyum lebar. Dia mempunyai permintaan kepada Rayyan.
Melihat Rayyan yang tiada reaksi dengan senyumannya itu mendengus geram. Aisya berfikir. Kali ini perut rayyan yang keras pula dimainkan
"Ehemmmm nak—
"Nak apa? Nak makan? Ehh mana boleh sekarang aku kerja. Balik rumah nanti ehh. Makan aku je lah"pintasnya
Aisya menampar perlahan lengan suaminya itu.
"Gatal"
"Gatal dengan kau je"
Rayyan yang geram dengan pipi tembam Aisya mula menggomol
"Emmm geram. Geramm"
"Tak bernafas saya abang buat"
Mukanya memerah
"You know what, kita ni ibarat pokok dan semua benda hidup. Saling memerlukan. Pokok perlukan karbon dioksida dari manusia, haiwan dan benda hidup perlukan oksigen dari tumbuhan macam aku, kau adalah oksigen bagi aku. Kalau kau takde aku tak boleh hidup"
"Auchh so sweet"
"Dengan kau je"
"Awak—
Shuhhh
Rayyan menepuk perlahan belakang badan Aisya seperti menyuruh Aisya tidur. Bukan dia tidak tahu Aisya mengantuk sebab semalam layan nexflix sampai 3 pagi
Beringatlah wahai anak muda jangan terlalu leka dengan gajet, sanggup menghabiskan masa tengok nexflix.
"Siapa suruh Louise Partridge handsome sangat. Gua cair"
Rayyan yang sedang menepuk belakang Aisya itu hanya menggeleng kepala.
"Mengigau kalau puji aku takpa lah juga. Ni mat saleh mana tah"
Terselit nada cemburu di situ.
'Apalah tu pon nak cemburu'
📖📖📖
"Kenapa pandang saya macam tu?"soal Aisya apabila dia perasan ada mata yang memerhati
"Ni ha ada nasi dekat pipi"Rayyan membuang nasi yang melekat di pipi Aisya.
Aisya termalu, aduhh macam mana boleh tak perasan. Dalam malu dia teruskan suapannya
"We need to go back home now"
"Oh ok"
Aisya mencapai beg tangan lalu mengikuti langkah Rayyan.
"Abang esok saya nak pergi pasar boleh tak?"
"Emm buat apa"
"beli barang sikit kan barang dapur dah nak habis. Tu sekali masak lagi habis lah"
"Abang ikut"
"Are you sure? Nanti takut abang geli pulak nak masuk ye lah nanti busuk lah apa lah"soal Aisya
"Alah rilek dah lah kalau busuk abang tunggu lah dalam kereta?"dahinya berkerut, dia memperlahankan kelajuan kereta, nak menikmati pemanduanlah kononnya
"Takpa lah kalau ada abang handsome atau pakcik yang ngorat Aisya abang bukannya tahu pon kan"
Mata Rayyan sedikit terbutang.
"Tak kisah lah hanyir ke tak abang ikut sekali"jelas nada cemburu, Aisya menahan senyumannya daripada terus melebar.
'Apa-apa jelah abang oii'desis hatinya
Bersambung
Pendek sikit part ni.
YOU ARE READING
Jodoh Untuk Dia
Azione(Known as Jodoh Untuk mafia) Aisya Satu nama yang menyimpan pelbagai kisah. Bertemu dengan Rayyan ketika sedang melarikan diri daripada Wafiy yang kebetulan lalu di situ. Bagai anugerah Allah menghadirkan seseorang untuk menolongnya. Bertemu dengann...