green eyes

44 16 6
                                    

"If you are testing my waters, you better know how to swim."

"Azalea! Pergi dari sini!" Azalea berpaling mendengar suara ibunya yang kedengaran sayup-sayup. Ibu?

Mustahil ibu ada di sini. Ibu mana pernah pergi prom, dan ibunya sendiri tidak pernah membenarkan dirinya turut serta.

Tetapi dia suka prom. Dia suka menari. Sangat suka. 

Sebab itulah dia senyap-senyap keluar rumah dan membeli sebuah gaun prom yang sangat cantik, hasil daripada penat lelah dia mencari duit. Motifnya hanya untuk membeli gaun prom yang dia sangat inginkan dari dulu lagi.

"Azalea!"

Azalea melilau-lilau memandang sekeliling. Sekali lagi dia mendengar suara ibunya menjerit entah dari mana. Bulu roma terasa tegak dan serta-merta badan Azalea menggigil sedikit. Mungkin imaginasi dia. Mungkin kerana dia takut nanti apabila ibunya tahu keberadaan dia, ibunya akan marah.

Sejujurnya, dia tidak pernah melanggar satupun peraturan yang ibunya sudah aturkan. Tidak boleh keluar lewat malam, tidak boleh bergaul dengan lelaki, tidak boleh pergi ke prom, dan banyak lagi.

Dia tidak tahu kenapa ibunya sangat tegas dengan hidupnya, tetapi dia hanya anggap bahawa ibunya terlalu sayangkan dia. 

Tetapi kali ini, dia melanggar salah satu daripada peraturan tersebut, dan dia takut menghadapi kemarahan ibunya selepas ini.

Keluhan dilepaskan dan kepala digeleng perlahan, mengusir jauh-jauh fikiran negatifnya itu.

Bibirnya mengukir senyuman girang melihat keadaan sekeliling yang tidak pernah dilihatnya itu. Tidak dia sangka bahawa majlis prom seseronok begini. Kalau dia tahu, sudah lama dia turut serta dari dulu lagi biarkan ibunya menghalang.

"My lady. Grant me a dance?" Seorang lelaki kacak menghulurkan tangan kepadanya. Azalea tersenyum sekilas sebelum menyambut huluran itu.

"Gladly."

Mereka terus menari dan menari, bertukar-tukar pasangan sebelum lagu tiba-tiba terhenti membuatkan Azalea menjadi hairan. Masa seakan-akan terhenti. Apa yang terjadi?

Dia sendiri tidak tahu.

Seorang perempuan bergaun biru menghampirinya dan memegang bahunya, membuatkan dia terperanjat.

Apabila dia memandang mata gadis itu, serta-merta dia rasa mahu lari. Mata gadis itu hitam sepenuhnya. Tiada pupil atau apa-apa. Hanya hitam. Dia menepis tangan gadis itu yang berada di bahunya namun tepisan itu tidak berjaya.

Malah, bahunya dicengkam kuat seakan tidak mahu lepas.

"He wants to see you."

"Huh?" Apa perempuan ini katakan? Dia langsung tidak faham.

"He wants to see you."

Baru Azalea perasan, kini semua orang di dalam dewan itu memandangnya. Dan mereka berkata lagi dengan serentak,

"He wants to play."

Nafas Azalea terasa tersangkut di esophagus. Dia rasa seperti mahu mati. Ni semua imaginasi!

Ni semua mimpi! Dia mahu bangun dari mimpi ini!

"Let's play, Cyntherellia."

Mereka semua berjalan perlahan-lahan menghampiri, mengerumuni Azalea.

"Ni semua mimpi! Bangun Azalea!" Azalea menampar pipinya berkali-kali.

This is not a dream, Cyntherellia, bisik suara itu dari dalam mindanya.

Nights of ShadowWhere stories live. Discover now