devil-wolf

35 15 1
                                    

"Wargh, nenek ngantuklah pulak. Esok sambunglah." Nenek Anne menguap, matanya kelihatan berair. Aku memuncung.

"Alaaaa. Apa jadi kat Cyntherellia tu? Dia jumpa lelaki tu lagi ke? Siapa lelaki tu?" Bertubi-tubi soalan aku tanya dekat dia.

Pelik kenapa nama heroin dia macam nama aku? Heh, sebab aku yang mintak. Baru rasa feeling-feeling seperti dalam cerita sikit. Feeling-feeling dapat kahwin dengan hero handsome. Kan best kalau cerita nenek ni aku bukukan jadi novel. Mesti laku sebab cerita nenek Anne sangat unik. 

Aku suka setiap heroin dalam cerita nenek. Selain daripada nama heroin sama dengan aku, jalan cerita dia pula memang tak masuk akal. Gempak. Imaginasi nenek memang hebat, dan sesungguhnya aku kagum.

"Nenek ngantuk ni. Kita sambung besok ya?" pujuk nenek Anne apabila aku masih berkeras untuk mendengar cerita itu sampai habis.

"Okay, okay. At least bagitahulah nama lelaki tu. Baru Thia dapat tidur lena." pintaku selembut mungkin. Aku dapat rasakan cerita kali ini lebih seronok dari cerita sebelumnya yang pernah nenek ceritakan.

Tsk. Tak, semua cerita nenek best. Tak ada satu pun yang tak best. Aku rasa nenek dulu ni pernah jadi novelis lah. Takpun jadi pengarah filem. Tak pernah pula aku tanya nenek Anne apa pekerjaannya semasa dia muda dahulu.

"Yelah-yelah. Nama dia..." Nenek Anne cuba mengingat. 

"Nama dia?" Dengan sabar aku menunggu jawapan nenek.

"Cicero. Yaa... Cicero."





Aku memandang siling dengan kedua-dua tangan direhatkan di belakang kepala. Terkelip-kelip mata aku memandang kipas yang berpusing-pusing di siling.

"Cicero... Cicero." Nama itu aku sebut. Suka. Nenek memang pandai bagi nama. Langsung aku tidak kekok apabila menyebut nama itu. Bibir mengukir senyuman lebar. Gedik lah kau ni, Thia.

Sejujurnya, aku dah jatuh suka dengan semua main character cerita nenek. Bermula dari kali pertama aku dan nenek Anne berjumpa sehinggalah sekarang, main character dalam setiap cerita nenek tak pernah menghampakan aku. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang psiko, ada yang misteri, dan banyak lagi. Semuanya menarik minat aku.

"Cicero, Oleander, Nicholas, Elijah." Aku menyebut satu persatu nama main character cerita nenek yang pernah aku ingat. Nama mereka kesemuanya magical. Enchanted.

Sedang aku termenung, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu berkali-kali, sayup-sayup sahaja pada pendengaranku. Aku terus terbangun dari pembaringan dan turun dari katil.

Pintu bilik dibuka dan aku terus pergi ke ruang tamu. 

"Cynthia! Buka pintu ni! Aku tahu kau ada kat dalam!" Jantungku seakan mahu terkeluar dari badan apabila mendengar suara itu disebalik pintu. Kelibat tubuh nenek yang menghampiriku aku pandang.

"Nenek, takut." bisikku kepadanya. Jelas tanganku menggigil. 

"Pergi masuk bilik." arah Nenek Anne namun aku membalas dengan gelengan walaupun takut-takut.

Nanti kalau nenek cedera macam mana? Kalau mak cederakan nenek, aku tak tahu apa yang akan aku buat. Aku tak nak nenek cedera.

"Pergi." 

"Tak nak." Pegangan aku di lengan nenek semakin kuat tatkala ketukan pintu semakin kuat kedengaran.

"Woi, bodoh! Kau bukak pintu ni sekarang! Aku bunuh kau!" Mak masih menjerit di luar, mengugut 'bunuh', membuatkan bulu romaku merinding hebat. 

Aku memejamkan mata, setitis air mata mengalir tanpa sedar di pipiku. Aku terlalu takut. Aku kenal sepenuhnya siapa mak. Kalau mak cakap, dia akan buat. Dia takkan ragu-ragu langsung untuk lunaskan apa yang dia mahu. Aku takut mak cederakan nenek. Aku takkan biarkan.

Nights of ShadowWhere stories live. Discover now