foreign

30 12 3
                                    

Gelap. Aku hanya nampak gelap. Seakan kegelapan betul-betul sudah menelan aku masuk sedalam-dalamnya. Seakan tidak ada jalan keluar lagi untuk aku. Pelbagai soalan menggigit-gigit minda aku, yeah, curiosity is so hurt.

Aku dah mati ke? Aku kat mana?

Ya, persoalan itu sangat cliche, tahu, tetapi manusia hidup dengan cliche. Manusia selamat dengan cliche. Happy ending. Tidak ke mereka tahu kalau tiada cliche dalam kehidupan ini, mereka akan jadi bodoh? 

Mereka tidak boleh predict masa depan, hidup sentiasa dalam keadaan gelisah, tak tenteram, tak selamat. Jadi mengapa perlu benci cliche?

Sesungguhnya aku nak sangat kehidupan yang cliche. Aku terlalu teringin. Aku tak nak sentiasa hidup dalam sad ending yang tidak berkesudahan.

Ah sudah. Apa pulak yang aku merepek ni? Sepatutnya aku patut fikir sekarang ni sebenarnya aku dah mati atau tidak?

Bangun, Cynthia, bangun. Sedarkan diri kau. Mungkin kau masih hidup.

Tetapi kenapa gelap ini bagaikan tiada hujungnya?

"Cyntherellia."

Kedengaran suara perempuan itu betul-betul berbisik di telingaku. Seakan dia berada di sebelahku. Namun, aku tidak nampak apa apa. Kosong. Gelap.

"Find him."

Familliar sangat suara itu. Sangat. Macam aku pernah dengar banyak kali. Macam tiap-tiap hari aku dengar suara itu. Persoalannya, siapa?

Siapa kau?

"Kill him."

Dup! Kill? Bunuh? Siapa yang kena aku bunuh? Apa yang perempuan ni merepek?! Aku tak nak bunuh sesiapa!

"Cyntherellia." 

Aku berpaling ke arah punca suara itu. Perempuan itu berpakaian sama sepertiku. Mirip. Dan apabila aku melihat wajahnya, aku bagaikan terkaku. Mukanya juga... seiras denganku.

Perempuan tu... aku ke?

Dia menarik senyuman psiko sehingga menampakkan gigi membuatkan aku rasa seram sejuk. Mustahil itu aku kan? Aku tak pernah senyum macam tu.

"Cyntherellia!"

Perempuan itu tiba-tiba berlari menuju aku. Terlalu pantas namun aku masih kaku. Aku tak dapat bergerak. Aku bagaikan dikawal.

"Aaahhhh!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

Bangun, Cynthia, bangun!

"Miss? Miss, wake up."

Aku terus bangun secara mendadak dan menarik nafas dalam menggunakan mulut. Terasa seperti tiada langsung oksigen dalam badan aku. Aku tercungap-cungap seperti baru tamat larian 500 meter. Oksigen berpusu-pusu masuk ke dalam peparu deras menyebabkan aku sedikit terbatuk.

Aku menenangkan diri dan cuba mengawal pernafasan. Mata dipejam serapat yang mungkin. Lelah.

"Miss, are you okay?" Segelas air disua kepadaku dan aku menerimanya sambil mengangguk perlahan.

"Do you need anything, miss?" Aku menggeleng lalu mengangkat wajah. Pandanganku menyapa seorang perempuan berambut pendek paras bahu dan hujung rambutnya diwarnakan ungu neon. Budak swag ni ke yang selamatkan aku?

Pandanganku beralih ke sekelilingku pula. Tempat ini sangat asing bagiku. Bukan ke sepatutnya budak ini perlu hantar aku ke hospital? Kenapa dia bawa aku ke rumahnya pula?

Nights of ShadowWhere stories live. Discover now