"Okay. Kalau cerita kau tak tarik langsung minat aku, then I guess I have to kill you, human."
"Then if my story entertains you, Your Highness, kau kena lepaskan aku."
"You really think that you can escape yourself from me huh?"
"I don't care even if it costs life."
Lelaki itu menarik senyum terhibur.
"This is getting more fun."
"Aurora!"
Aurora berpusing tatkala namanya dipanggil. Senyuman ceria terbit di wajahnya tatkala melihat gerangan yang mengejarnya ketika itu. Tahun ini, umurnya sudah menjejak 18 tahun, seiring dengan kecantikan rupanya yang menarik perhatian ramai jejaka.
Namun, hanya satu jejaka sahaja yang berjaya memikat hatinya, Philip. Rambutnya berwarna brunette, beralun lembut di bawah cahaya matahari apabila lelaki itu berlari mendekatinya. Di tangan lelaki itu terdapat sejambak bunga khas untuk kekasih hati.
"Awh, terima kasih!" Ceria wajah Aurora menerima kuntuman itu daripada sang jejaka yang diminatinya.
Philip tersenyum riang apabila bunga pemberiannya itu dikucup oleh gadis cantik di hadapannya itu.
She is indeed, an angel.
Aurora, seorang puteri malang yang terkenal dengan sumpahan yang dikenakan kepadanya oleh seorang pari-pari jahat. Ya, semua mesti pernah dengar kisahnya.
Aurora yang naif, Aurora yang lemah.
Aurora yang hanya mengharapkan sang putera merawat sumpahannya dengan sebuah ciuman true love.
Ya, Aurora yang itu yang menjadi kisah jajaan cerita orang.
"Let's meet again, Aurora!" Philip melambainya dari jauh sebelum melangkah pergi, meninggalkan Aurora bersendirian di malam hari itu. Aurora yang tersenyum tiba-tiba berubah wajah.
Namun, mereka tidak tahu, seusai tibanya malam, wajah naif itu seakan hilang. Senyuman semanis madu itu seakan pudar di wajahnya.
Mata biru lautnya pula kosong, seakan tiada sinar.
Mereka tidak tahu, Aurora versi yang ini. Semanis-manis cerita, sudah tentu ada pahitnya.
Not all stories are perfect.
Bunga pemberian Philip yang diterimanya tadi dicampak ke tanah kemudian dipijaknya dan dia melangkah masuk ke dalam hutan itu, bertemu dengan seseorang.
Maleficent. Pari-pari yang menyumpahnya supaya tidur selama 100 hari. Mereka ingat dia tidak tahu bahawa dia telah disumpah? Bodoh.
Keluarga diraja mereka tersangatlah bodoh apabila terang-terangan mereka menunjukkan kasih sayang yang berlebihan kepadanya untuk menutup takdir bahawa dia akan mati tidak lama lagi.
Tersenyum sinis Aurora apabila melihat cahaya hijau menari-nari di sekeliling pokok yang merimbun di dalam hutan itu.
Dia sering sahaja cemburu dengan kelebihan Maleficent, mempunyai kuasa yang tidak terjangkau dek akalnya.
Sedangkan dia di sini, dilahirkan sebagai manusia yang lemah dan hanya mengharap seorang putera raja yang kacak untuk menyelamatkannya. Tch, bullshit.
Aurora memutarkan bola matanya apabila berfikir tentang sumpahan bodoh itu.
Sikap Aurora yang periang dan ceria sewaktu siang, namun tidak malam. Kini seperti dia menjadi seorang psychopath yang sentiasa mengintip musuhnya dari jauh.
YOU ARE READING
Nights of Shadow
Romance°I'll see you amongst the stars° "Wahai sang pemilik jiwa ini, Pada saatnya ketika musim berganti, Dan gugusan mendung yang ranum, Menitiskan titisan hujan pertama, Dalam leleh cahaya bulan melumuri langit, Bersaksikan bintang cakerawala lukisan ind...