boo-busted

22 6 0
                                    

"Thiaa... Macam mana awak boleh berani sangat?" Lenganku digoncang-goncang oleh Ivy penuh teruja. Aku pula sudah kemurungan habis. Berani-berani aku nilah yang menyebabkan satu keluarga mati. Agak-agak kalau aku try nak bunuh dia mungkin selepas ini satu kampung pula terkorban disebabkan aku.

Keluhan berat dilepaskan. Rasa bersalah semakin menyesakkan dada. Aku tidak suka berperasaan begini. Rasa macam kau nak robek hati kau dan bersihkannya sebersih-bersihnya supaya kau tak rasa perasaan ini lagi.

Jalan yang berbonggol-bonggol menggegarkan kami namun aku masih dibelenggu dengan fikiran aku. Aku tak tahu kenapa Ivy masih boleh berbangga dengan aku kerana aku orang pertama berani menentang Emperor jahanam itu sedangkan aku di sini, tertanam dengan berjuta-juta penyesalan di dada.

Sekarang ini kami sedang dalam perjalanan ke Emperor's Castle, menaiki kenderaan yang memang lembab betul. Sudah beberapa hari perjalanan, namun masih tidak sampai-sampai. Emperor syaitan itu naik jet pula, membuatkan aku rasa tidak puas hati yang teramat.

Kau patutnya layan tetamu rumah kau dengan penuh kasih sayang, bukannya layan macam ni! Patutnya kau sediakan satu-satu jet untuk penduduk kampung ni, termasuk aku, walaupun aku bukan penduduk.

"Aku bukan rakyat dia, jadi buat apa aku hormat dia kalau dia layan rakyat dia macam tu?" balasku kepada Ivy yang masih menunggu jawapanku. Dahi Ivy tiba-tiba berkerut menarik perhatian aku. Reaksi dia agak... pelik.

"Merepeklah awak ni. Semua dalam dunia ni rakyat dia.." gumam Ivy perlahan. Aku pula seakan tersedar dengan apa yang aku katakan tadi.

Oh damn. Mereka tidak tahu lagi aku ni bukan salah satu dari mereka kan? Aku bermain jari, tiba-tiba aku rasa resah.

Macam mana kalau mereka tidak dapat terima aku? Yelah aku ni kan manusia, fragile, lemah, mesti mereka tidak perlukan aku kan? Jantung tiba-tiba berdebar. Aku memandang Ivy dari sisi. Apa reaksi Ivy kalau dia tahu aku ni manusia?

Aku akan ditinggalkan?

Pantas aku menggelengkan kepala, cuba mengusir fikiran-fikiran negatif yang bermain dalam serebrum mindaku. Langkah selamat ialah, aku perlu diam. Jangan beritahu apa-apa langsung kepada mereka. Dengan itu, mereka pun tidak akan menghalau aku.

"Oh haah. Lupalah." Aku tergelak janggal sambil menggaru leher. Damn, aku ni memang tak pandai menipu. Membesar dengan mak menyebabkan aku langsung tidak tahu cara nak menipu. Sekali aku menipu dengan mak, besar ganjarannya. Boleh berbekas kat tubuh badan aku ni. Dah macam seni bercorak kat badan aku.

Apa-apapun, kira hebatlah aku sebab Ivy seakan percaya dengan alasan aku tu. Tapi tak bermakna alasan itu diterima atas sebab keberanian aku bertentang dengan Emperor mereka. Eee, aku tak puas hati betullah!

Tak boleh ke lucutkan jawatan dia tu? 

Terhentak lagi aku tatkala kenderaan bergegar hebat membuatkan aku mendengus geram. Langit yang mulai cerah aku pandang lama. Kau boleh describe kekejaman mereka apabila mereka hanya bagi kami satu keping roti sahaja selama beberapa hari ini. Boleh bayangkan tak?

Satu keping! Tu belum campur lagi air yang kena berkongsi-kongsi dengan orang lain. Serius ini raja paling teruk pernah aku jumpa seumur hidup aku. Pemimpin yang tidak reti jaga kebajikan rakyatnya. Aku rasa dia ni kena belajar semula pendidikan sivik lah.

Takpun, biar dia masuk maktab tentera, rasa kesusahan orang lain pula. Aku teringin sangat nak tengok Emperor tak guna itu menderita, walaupun sekarang ini aku kedengaran sangat psiko. Ah lantak! Dia lagi psiko. Dia pembunuh.

"Open the gates!" 

Laungan itu membuatkan fokusku tertumpu ke hadapan kenderaan ini. Pintu gerbang yang sangat besar dan tinggi itu terbuka dan mataku menyapa banyak bangunan- bandar. Ya, kami sudah memasuki bandar Emperor. Capital city. Bermakna sekejap sahaja lagi kami akan sampai ke istananya.

Nights of ShadowWhere stories live. Discover now