PART 7

57 10 0
                                    

Tegang. Canggung. Itulah dua perkataan yang mungkin sesuai untuk menggambarkan keadaan di dalam ruang tamu ini. Yuju seperti biasa, duduk di atas sofa bujang tersebut dengan riak yang kekal tenang walaupun sekarang, di hadapannya, orang tua Younghoon tidak lepas memandang ke arahnya. Inilah kali pertama dia bersemuka dengan keluarga Younghoon sepanjang dia menjadi pengawal peribadi lelaki itu.

"Dah berapa tahun awak buat kerja ni?", akhirnya Tuan Kim terlebih dahulu melontarkan soalan dan tanpa teragak-agak, Yuju menjawab soalan tersebut.

"Dah nak masuk 2 tahun"

"Younghoon ni client awak yang ke berapa?", Tuan Kim menyoal lagi dan Yuju memandang wajah Younghoon. Lelaki itu duduk diam sahaja di sofa yang lain bersama dengan kakaknya. Wajah Tuan Kim kembali dipandang.

"Yang ke-3 sebab client pertama sambung kontrak saya selama 7 bulan"

"Awak tak pernah gagal?", kali ini Puan Kim pula yang menyoal. Kalau tadi Tuan Kim bertanya dengan tenang, Puan Kim pula menyoal dengan riak yang jelas kerisauan. Wajah wanita itu, Yuju pandang dan tersenyum yakin.

"Tak. Mereka semua kekal selamat dalam jagaan saya sampai kes mereka selesai"

"Dah berapa kali awak berdepan dengan situasi yang hampir buat awak mati macam haritu?", suara Taeyeon kedengaran. Sangat dingin sehinggakan Younghoon langsung memandang wajah kakaknya itu dengan wajah yang bertukar geram.

Yuju memandang Taeyeon. Membalas renungan dingin Taeyeon itu dengan berani. Bukan setakat itu sahaja, hujung bibirnya naik membentuk satu senyuman senget. Dia tahu maksud di sebalik soalan Taeyeon itu. Wanita itu masih meragui kebolehannya.

"Dah banyak kali sebenarnya dan setiap kali itu juga saya survive. Let's just say, it's part of my life."

"Tapi. Kalau adik saya tak selamatkan awak haritu, awak akan mati", Taeyeon membidas lagi. Yuju tersenyum nipis.

"Well. Thanks to him. Kalau saya betul-betul mati haritu, there's nothing to do with him sebab orang seperti kami sanggup mati untuk selamatkan klien kami and agensi kami akan hantar bodyguard baru untuk mereka. As long as they're willing to continue the contract"

"Yuju"

Younghoon tiba-tiba bersuara membuatkan mata Yuju langsung terarah kepadanya. Dia menggelengkan kepalanya dengan rahang bergerak-gerak menahan rasa. Sungguh, dia tak sanggup membayangkan perkara seperti itu berlaku kepada Yuju.

"Semuanya dah tertulis dalam kontrak, Younghoon ssi. Between bodyguard and client, they're strictly bussiness sebab tu kitorang tak dibenarkan untuk create any connection with our client", ada maksud tersirat yang terkandung di dalam penjelasan Yuju itu yang membuatkan Younghoon diam.

Diamnya dia bukan sebab dia mengalah tapi sebab tak mahu terlepas cakap di hadapan orang tuanya sekarang ini. Belum masanya lagi untuk ayah dan ibunya tahu tentang perasaannya terhadap Yuju. Yuju kembali memandang Tuan dan Puan Kim.

"Saya minta maaf kalau apa yang dah jadi sebelum ni buatkan Tuan dan Puan hilang keyakinan dengan saya dan saya akui, saya hampir lemas atas kecuaian saya sendiri tapi saya takkan pernah cuai dalam tugas saya melindungi Younghoon. He's my priority."

Dengan penuh keyakinan, Yuju menaburkan janji buat Tuan dan Puan Kim. Tidak gentar langsung sedangkan Younghoon yang mendengar kata-katanya itu sudah tidak senang duduk. Dia terharu sebenarnya bila dia menjadi keutamaan buat wanita itu tapi dia tetap risau dan takut tentang apa yang bakal menimpanya dan ketika itu Yuju takkan pernah teragak-agak untuk berkorban deminya.

Lain pula reaksi yang Yuju terima dari Tuan dan Puan Kim. Masing-masing melemparkan nafas lega. Penjelasan Yuju tadi telah dapat meyakinkan mereka semula terhadap Yuju. Atau lebih tepat lagi kepada White Sword Guard. Mereka sendiri pernah mendengar betapa hebatnya agensi yang baru dibuka itu dan Younghoon sememangnya tidak salah pilih.

BEAUTY SHADOW [Completed✔️]Where stories live. Discover now