PART 9

52 8 1
                                    

TOK! TOK! TOK!

Terus tegak 90 darjah tubuh Yuju bangkit dari pembaringannya dengan mata yang sedikit celik. Semuanya gara-gara ketukan yang kedengaran bertalu-talu pada pintu biliknya. Jam yang melekat pada dinding bilik dipandang. Baru pukul 7 pagi. Apa pula yang lelaki ni nak pagi-pagi macam ni?

"Yuju ssi!", namanya dilaung Younghoon dari luar.

Yuju merengus kasar. Rambut panjangnya yang serabai menutup bahagian wajahnya dikuak. Wajahnya pula diraup sebelum dengan malasnya, dia turun dari katil dan melangkah ke arah pintu bilik. Pintu yang masih lagi diketuk itu dibukanya dan hampir-hampir sahaja tangan Younghoon mengetuk dahinya jika tidak kerana lelaki itu cepat-cepat menurunkan tangan kembali.

"Kau nak apa pagi-pagi ni?", Yuju menyoal dingin dengan mata yang tajam menikam wajah ceria Younghoon yang sedang tersenyum lebar.

Younghoon sedikitpun tidak pedulikan reaksi Yuju itu. Sesungguhnya dia sudah lali dengan kedinginan Yuju itu. Sudah tidak lagi merasa gerun seperti mula-mula mereka bersama dulu. Lagipun, sikap Yuju yang satu inilah yang buat dia rasa tertarik. Dia rasa senang untuk menjadi dirinya sendiri dari menjadi orang lain.

"Jom keluar dating", ajak Younghoon membuatkan mata Yuju langsung membulat. Hilang terus rasa kantuk yang dirasainya tadi.

"Kau dah kenapa? Buang tabiat?"

"Tak. Saya ok je. Saja nak dating dengan awak sebab saya jealous awak keluar dating dengan Hyunsuk kelmarin", Younghoon dengan jujurnya menjelaskan. Hilang sudah senyuman pada bibirnya. Digantikan dengan muncungan sedepa.

Yuju menghela nafas. Kepala yang tidak gatal, digaru lalu rambutnya dirapikan sedikit.

"Younghoon ssi. Berapa kali aku nak cakap supaya kau faham? We don't have time for this", kata Yuju yang sudah mula serius. Tangan disilangkan ke dada menunjukkan betapa seriusnya dia sekarang.

Younghoon mengetap bibirnya. Sisi kiri tubuhnya disandarkan pada sebelah dinding muka pintu bilik Yuju tersebut sambil tangan juga turut disilangkan ke dada seperti wanita di hadapannya. Anak mata Yuju direnungnya dalam serupa menganalisa reaksi wanita tersebut. Puas merenung, barulah dia kembali bersuara membalas kata-kata Yuju tadi.

"Boleh tak kalau awak jangan serius sangat? Saya tahu awak mungkin rasa saya main-main dengan keadaan saya sekarang ni tapi sebenarnya saya tak. I know what I am dealing with. My life is on the line. Bila-bila masa je nyawa saya akan diancam tapi saya tak patut terus bersembunyi macam ni. Saya tak patut tunjuk pada dia yang saya takut. Benda tu cuma akan buat dia rasa puas. Awak faham kan?"

Penuh kelembutan dalam kata-kata Younghoon itu disertai dengan senyuman manis walaupun sekarang dia berkata tentang sesuatu yang agak mengerikan dalam hidupnya. Yuju yang mendengarnya juga terus terdiam. Ketegangan pada wajahnya mula mengendur. Sedikit sebanyak dia mula terpujuk dengan kata-kata Younghoon itu dan terlepas keluhan ringan dari mulutnya.

"Perlu ke pergi pagi-pagi macam ni? Kau nak bawa aku pergi mana?", soal Yuju sekaligus menyatakan persetujuannya. Younghoon kembali tersenyum. Senyuman yang penuh dengan makna.

♚♚♚♚♚

"Pantai? Seriously?"

"What? What's wrong with beach? Saya dah lama tak pergi pantai, tahu tak"

Yuju memegang dahinya dan menggeleng perlahan dengan mata yang terpejam. Tak pernah dia sangka yang dia akan menjejakkan kaki ke sini. Pantai. Tempat yang sudah lama dia tidak jejak. Kali terakhir dia pergi ke sini pun mungkin ketika orang tuanya dan Yeonjun masih lagi hidup. Itupun jarang sekali dan mungkin sudah lama tapi sekarang, dia ke sinj bersama dengan Younghoon. Atau lebih tepat lagi, lelaki itu mengheretnya ke sini.

BEAUTY SHADOW [Completed✔️]Where stories live. Discover now