PART 8

64 9 0
                                    

"Joel Han. Itulah identiti yang dia guna sekarang ni"

Akhirnya, setelah seminggu sejak dia mencadangkan Soobin untuk melakukan pengecaman wajah terhadap Juyeon, kini keputusannya sudah ada di tangan. Soobin telah berjaya melakukannya. Kertas yang diserahkan Soobin kepadanya tadi dibaca satu-persatu dengan teliti. Maklumat tentang identiti Juyeon yang satu ini amat mengejutkannya.

"Patutlah senang je dia nak buat identiti baru, noona. Isaac Han. Dia pemilik Han Airways di California dan juga Hope Airways yang ada di sini. Juyeon adalah anak angkat dia dan satu-satunya pewaris bagi Han Airways. I would say, Juyeon hidup dalam lombong emas sekarang ni. No one dare to touch him and it'll be not so easy to take him down"

Keluhan paling berat terlepas dari mulut Yuju. Kertas tersebut diletakkan kembali di atas meja kafe ini dan kedua tangannya menopang dahinya. Mata dipejam sambil kepala ligat memproses segala maklumat yang baru dia terima tadi. Seperti yang dikatakan Soobin tadi, sukar untuk dia menewaskan Juyeon dan Younghoon mempunyai musuh yang tersangat besar. Tak tahulah kenapa dendam sekolah tinggi boleh sampai ke tahap ni.

"Noona nak buat apa lepas ni?", soal Yeonjun yang turut berada di situ. Yuju menghela nafas dan kembali mengangkat wajahnya. Tubuh disandar pada kerusi.

"Noona pun buntu tapi tugas tetap tugas. Noona kena terus lindungi Younghoon. Itu je yang noona patut fokuskan sekarang ni. Pasal hal lain, noona serahkan pada polis untuk sattlekan.", jawab Yuju lalu memandang wajah Soobin dan Yeonjun silih berganti.

Kedua anak muda itu mengangguk serentak. Yuju adalah seorang pengawal peribadi jadi tugasnya hanya melindungi Younghoon dari segala bahaya. Dia tak punya kuasa untuk menarik Juyeon ke muka pengadilan. Semua itu tugas pihak berkuasa yang lebih berpengalaman.

"Anyway. Younghoon mana, noona?", Yeonjun bertanya sambil kepalanya meliar mencari kelibat Younghoon di kafe itu.

"Macam biasa. Dia ada dekat ofis. Adalah kerja dia tu. Kalau tak, dia akan ada kat dapur takpun duduk dengan noona", Yuju menjawab bersahaja lalu menghirup caramel latte yang setentunya dihantar oleh Mashiho tadi.

"Oh. Kalau macam tu, kitorang balik dululah noona. Eomma Soobin ajak Yeonjun makan kat rumah diorang"

"Haah. Kitorang pun kena pergi barang sikit. Eomma kirim", Soobin menyambung setelah Yeobjun bersuara untuk meminta diri.

Terjongket kedua kening Yuju. Gelas diletakkan di atas meja. Bukanlah perkara mengejutkan bila mak Soobin mengajak Yeonjun makan di rumah mereka. Sedangkan dia sendiri pernah dijemput. Kalau Soobin sudah dianggap seperti adik-beradik mereka, mak Soobin pula sudah seperti ibu mereka yang sentiasa mengambil berat tentang mereka dua beradik. Untungnya mereka kerana berjumpa dengan orang sebaik Soobin dan maknya.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Pergilah. Nanti lambat. Soobin, sampaikan salam noona pada eomma tau"

"Ok noona"

Tanpa berlengah, Yeonjun dan Soobin berdiri sambil menyandang beg masing-masing. Kemudian, mereka pun beredar dari kafe tersebut. Yuju menghela nafas dan dia tunduk. Kembali memandang ke arah kertas yang berisi maklumat peribadi Juyeon tadi. Wajah Juyeon yang ada di sudut kertas tersebut direnungnya tanpa berkelip. Otaknya sekarang ligat memikirkan sesuatu.

"Joel Han..."

♚♚♚♚♚

Wajah Younghoon yang sedang berkerut membaca kertas yang dia serahkan kepada lelaki itu tadi, Yuju renung tanpa sedikitpun mengalihkan pandangannya. Selepas makan malam tadi, Yuju menyerahkan kertas berisi maklumat peribadi Juyeon itu kepada Younghoon untuk dibaca oleh lelaki itu. Reaksi Younghoon amat serupa dengan reaksinya tadi. Terkejut dan tergamam.

BEAUTY SHADOW [Completed✔️]Where stories live. Discover now