*Di rumah Tok Abah*
Sedang Boboiboy bermain PUBG di dalam biliknya, tiba-tiba ...
(BEDEBANGG!!)
"Opocott!!"latah Boboiboy sehingga tanpa sengaja terlemparkan 'phone'nya ke dalam tong sampah.
"Waa!! Phone aku!!"teriak Boboiboy dan langsung bangun dari katilnya menuju ke arah tong sampah, mengambil 'phone'nya.
"Ish!! Bising betul!! Ni mesti atuk buat onar lagi ni ..."gumam Boboiboy bengang kerana aktiviti bermain 'game'nya terganggu dan terus berjalan keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku.
Boboiboy berjalan ke arah bilik tok Abah dan membuka pintu. Terkejut dino Boboiboy apabila melihat bilik tok Abah yang bersepah dengan baju-baju yang berterabur di atas lantai. Boboiboy mengambil beberapa langkah ke hadapan dan dapat lihat tok Abah sedang melipat baju kemudian di masukkan ke dalam sebuah luggage besar.
Boboiboy hairan.
"Atuk ... Atuk nak pergi mana?? Atuk nak lari rumah ke?!!"soal Boboiboy, tiba-tiba menjadi bimbang.
"Aish!! Bukanlah!!"balas tok Abah ringkas menjadikan Boboiboy menghembuskan nafas lega.
"Habis tu, atuk nak buat apa masukkan baju-baju atuk dalam luggage tu??"tanya Boboiboy lagi. Tok Abah berdiri.
"Heh, itulah kau tak tahu ... Atuk ni ... Nak pergi honeymoon!!"jawab Tok Abah dengan bangganya. Boboiboy yang mendengar perkataan 'honeymoon' langsung terlopong.
Boboiboy (inside): Hush, hebat atuk ni, dah tua² pun laku hekk!! 😀
"Wahh!! Tak sangka atuk dah ada isteri baru!! Tapi ... Kenapa--"
"Haaa?? Apa kau merepek ni?? Sejak bila atuk kahwin lagi??"tanya tok Abah, memotong kata-kata Boboiboy.
Boboiboy krikk krikk seketika.
"La, dah tadi atuk kata nak pergi honeymoon, jadi Boboiboy ingat--"
"Apa kena mengena honeymoon dengan kahwin lagi ni??"
Lagi sekali, tok Abah mengajukan soalan pada Boboiboy sebelum sempat Boboiboy menghabiskan soalannya.
Boboiboy (inside): Eii ... Sabar itu separuh daripada iman ... 😌💢
"Aduyaii atuk ni ... Dah kalau bukan dengan isteri baru atuk, atuk sebenarnya nak pergi 'honeymoon' dengan siapa ni??"tanya Boboiboy, bengang.
"Isteri amendenya. Atuk nak pergi dengan pak cik Matlah!! Kawan baik atuk tu ..."jawab tok Abah.
Boboiboy: *terlopong* Atuk aku kunyit ke??
"A-atuk ... Sebenarnya atuk ni ... Nak pergi travel ke honeymoon??"tanya Boboiboy, tanpa sedar memperlahankan suaranya.
"Aik?? Travel dengan honeymoon tu bukan benda sama ke??"
Boboiboy menepuk dahi.
"Mana sama. Travel tu makan angin. Kalau honeymoon tu berbulan madu, biasanya untuk orang baru-- Eh??"
Boboiboy terpaksa menghentikan bebelannya apabila mendapati tok Abah sudah tiada di tempatnya tadi.
"Aik?? Mana atuk??"soal Boboiboy hairan. Pelik kerana atuknya tiba-tiba saja menghilang. Guna kuasa teleport agaknya.
Tiba-tiba ...
(TING!!)
"Aik?? Sejak bila atuk ada Whatsapp??"soal Boboiboy pada dirinya sendiri setelah melihat notification.
------
Boboiboy, atuk gerak dulu.
Boboiboy tolong jaga rumah
tau!! 💀✨ √√
YOU ARE READING
ʙᴏʙᴏɪʙᴏʏ ᴀɴᴅ ᴇᴊᴇɴ ᴀʟɪ sʜᴏʀᴛ sᴛᴏʀʏ
FanficWarning⚠⚠⚠ Kemungkinan ada (memang ada) unsur-unsur boy x boy ( ͡° ͜ʖ ͡°)⚠ Sinopsis⤵⤵⤵ Hanya kompilasi cerita² pendek (yang pelik) tentang Boboiboy dan Ejen Ali. Berkemungkinan setiap cerita pendek akan mengandungi 3-4 chapter, boleh juga jadi lagi...