✍🏻²³

4 3 0
                                    


Baru aku nak melangkah masuk dalam kelas, mata aku bertembung dengan mata Hairi yang kebetulan lalu dihadapan kelas aku.

Aku buat dek dan terus ke tempat duduk aku. Tangan aku masih berpeluh. Sebab satu eye contact je dia dah boleh buat aku macam ni.

"Eh, Nani. Awal gila kau masuk kelas." Tegur Laila di sebelah. Selepas itu Wan pula menanyakan soalan sama dari tempat duduknya di hadapan Laila.

"Aku ingat teacher dah masuk. Tu yang aku Cepat-cepat ni. Lupa lak teacher memang tak masuk." Jawapan aku di balas dengan anggukkan mereka.

Aku keluarkan buku diary pink aku dan buka halaman baru.

"Guys, macam mana nak move on?" Soal aku. Laila buat muka seperti tak percaya. Wan pula dah ternganga.

"Move on? Dari Hairi?"

"Yup." Balas aku sepatah. "Kau ingat senang ke? Lagilah kau dah suka dia sejak form 2" Ucap Laila.

Aku terdiam. Keadaan sunyi untuk beberapa saat sebelum Wan membuka mulut.

"Don't worry lah... Kiteorang expert bab-bab heart broken... Move on semua ni..." Keningnya diangkat sambil memandang aku.

"Senang cam ni lah... Nak move on, kau kena lupakan dia." Kali ni Laila pula memandang aku dengan hidung kembang kempis.

"De heck, Laila. Dia suka Hairi tu dekat 3 tahun kot! Ingat senang nak lupakan dia?"

"Eleh, at least, aku bagi cadangan. Kau?" Balas Laila tak mahu kalah.

"Nak bagilah ni..." Tangannya mengambil stickynote dalam kotak penselnya dan menulis sesuatu.

"Cadangan aku banyak... Tapi yang first tu macam susah sikit." Dia hulurkan sticky note tu kepada aku.

Aku dan Laila sama-sama tengok cadangan move on daripada Wan.

1. Cari lelaki lain untuk lupakan crush lama kau.

"Wan, aku tak tahu lah nak panggil kau bangang ke bongok ke... Buat-buat bodoh ke..." Kata Laila sambil mengurut dahinya. Wan pulak buat muka mintak kena sepak dia.

Aku cuma tergelak. Ada korang ni, hilang masalah aku.

[C] Laura's DiaryWhere stories live. Discover now