Cuaca hujan yang lebat bersama dengan beberapa pancaran kilat di langit mula membasahi sekitar bandaraya Tokyo pada malam itu dan angin bayu yang dibawa oleh langit juga telahpun mendinginkan keadaan di sekitar bandaraya tersebut sehingga mencecah ke paras 15° darjah celcius.
Di dalam sebuah rumah apartmen kelabu yang terletak di dalam daerah Shibuya, kelihatan seorang gadis yang berambut pendek berwarna perang kemerahan sedang bangkit daripada katilnya dengan mimik muka yang masih lagi mengantuk lalu dia terus berjalan masuk ke dalam bilik air yang berdekatan dengan biliknya dan kemudian dia mencuci muka di dalam singki. Setelah mencuci muka, dia memandang seketika ke arah pantulan wajahnya di hadapan cermin singki tersebut dan sambil-sambil itu, dia mula teringat tentang kata-kata bosnya pada waktu tengah hari tadi.
''Sasaki... Hari ini, saya ada satu misi khas untuk kamu. Baru-baru ni kita dah dapat satu laporan daripada orang awam. Katanya ada satu rumah usang ni, rumahnya sangat berhantu dan ada juga beberapa kejadian kes kehilangan budak-budak kecil kat dalam rumah tu yang masih lagi belum terungkai sampai sekarang. Jadi untuk itu, saya nak awak pergi ke rumah tu dan siasat tentang punca-punca kes kehilangan tu berlaku dan juga, saya nak awak pastikan samada rumah itu adalah rumah yang memang betul-betul berhantu ataupun tidak. Nanti saya bagi alamat rumah tu dekat awak. Bila awak dah dapat semua maklumat nanti, serahkan dekat pada pukul 9 pagi esok. Faham?'' Kata-kata bosnya itu mula bermain di dalam fikirannya. Sasaki Ryuka yang berkerja sebagai seorang tukang penyiasat tentang kes-kes paranormal ini terpaksa menurut arahan bosnya itu dan segala maklumat yang dimahukannya itu mesti dikumpulkan olehnya sebelum pukul 9 pagi pada hari esok.
Sasaki mengeluh seketika lalu dia terus masuk semula ke dalam bilik tidurnya dan kemudian terus bersiap untuk pergi menjalankan tugasnya itu. Setelah dia selesai bersiap dengan hanya memakai sweater hitam bersama dengan beg galas yang mengandungi pelbagai barang-barang kerja miliknya, Sasaki terus keluar daripada rumah apartmennya itu dengan memakai helmet lalu terus bergerak menuju ke destinasinya dengan menaiki motor Kawasaki RXZ miliknya.
Sebaik sahaja dia tiba di destinasinya iaitu di sebuah rumah usang yang jaraknya hanya 10km daripada rumah apartmennya itu, benda yang pertama yang dia lakukan adalah turun daripada motornya itu sambil menanggalkan helmet yang menutup kepalanya itu. Kemudian, dia terus mengeluarkan satu lampu suluh kecil daripada poket sweaternya lalu dia menyuluh ke arah sekitar kawasan rumah usang yang dikatakan oleh bosnya itu untuk memperhatikan keadaannya sebelum dia melangkah masuk ke dalamnya.
''Hmm... Boleh tahan seram juga tempat ni...'' Katanya dengan nada perlahan lalu terus melangkah masuk ke dalam rumah usang tersebut.
Kreeekkk...
Pintu rumah usang yang sudah lusuh itu berbunyi nyaring apabila Sasaki menolaknya ke dalam. Sasaki melangkah masuk lalu menyuluh ke arah sekeliling di dalam kawasan rumah tersebut.
''Hmph... Hmph... Busuknya...'' Katanya dengan nada yang perlahan sambil menekup hidung dengan tangan. Di dalam rumah usang tersebut, ianya penuh dengan habuk-habuk dan juga beberapa perabot kayu yang sudah lusuh dan rosak. Kesan-kesan bangkai cicak dan juga bangkai kucing juga bersepah di merata tempat membuatkan tekak Sasaki mula berasa loya namun ditahan olehnya dan dia masih lagi meneruskan langkahnya untuk meneroka lebih dalam lagi di dalam kawasan rumah tersebut untuk membongkar segala misterinya.
''Oh shit... Aku kena rekod ni... Macam manalah aku boleh terlupa nak rekod ni...'' Kata Sasaki sendirian dengan nada perlahan sambil mengeluarkan sebuah kamera kecil daripada begnya itu lalu dia terus merakam suasana di sekitar dalaman rumah usang tersebut.
''Okey, dah rekod... Okey... Saya adalah Sasaki Ryuka daripada Agensi Penyiasatan Paranormal Tokyo. Kini saya berada di dalam bahagian ruang tamu di dalam sebuah rumah usang yang terletak di salah sebuah daerah Shibuya yang saya terpaksa rahsiakan atas sebab-sebab yang tertentu.'' Kata Sasaki sambil merakam setiap sudut ruangan bilik ruang tamu rumah usang tersebut.
''Okey... Rumah usang ni dikatakan ada banyak kes kehilangan budak-budak kecil yang kesnya masih lagi belum terungkai sampailah sekarang. Ramai orang-orang awam yang duduk disekitar kawasan perumahan ni melaporkan bahawa di dalam rumah ni ada seekor hantu yang suka menculik dan memakan budak-budak kecil. Tetapi itu hanyalah sekadar borak kosong sahaja kerana pada masa kini, tak ada sesiapapun yang dapat membuktikan bahawa rumah ini adalah rumah yang berhantu.'' Katanya lagi dengan panjang lebar sambil melangkah menuju ke arah tangga untuk pergi ke tingkat atas.
''Jadi saya di sini untuk menyiasat dan juga mencari bukti untuk menentukan samada rumah usang ni memang berhantu ataupun tidak. Jadi untuk itu, mari kita saksikannya bersama-sama...'' Katanya lagi dengan senyuman sinis sambil melangkah naik ke tingkat atas. Sampai sahaja dia di tingkat atas rumah usang tersebut, dia memeriksa keadaan di sekitar bahagian tingkat atas rumah usang tersebut. Di dalam bahagian ini, terdapat 3 bilik yang pintunya tertutup rapat dan ianya juga disusun dengan satu di bahagian kiri, satu di bahagian kanan dan satu lagi di bahagian tengah. Sasaki menuju ke arah pintu bilik yang terletak di bahagian kiri lalu membuka pintunya.
''Wow, ni master bedroom. Agak luas biliknya dan ianya... Buruk.'' Kata Sasaki dengan muka yang berkerut apabila dia melihat bilik tidur yang luas itu penuh dengan sarang labah-labah yang memenuhi sekitarnya.
''Okey disebabkan bilik ni terlalu banyak sarang labah-labah, kita tak boleh masuk. So... Jom kita pergi ke bilik yang sebelah pula.'' Kata Sasaki sambil melangkah keluar daripada bilik master bedroom itu lalu pergi ke bilik di bahagian tengah pula.
Kreekk...!!
''Ouh, ni bilik air...'' Katanya dengan ringkas sambil melangkah masuk ke dalam lalu memeriksa keadaan sekeliling di dalam tandas tersebut sambil merakamnya. Sekali-sekala dia periksa juga dengan keadaan singki dan juga jamban di dalam bilik air tersebut. Singki tak boleh digunakan kepala paipnya dan jamban pula, flushnya dah tak boleh digunakan juga.
''Fuh... Bau... Kalah ketiak aku.'' Kata Sasaki sambil menekup hidung apabila segala najis-najis bekas pemilik rumah tersebut masih lagi terkumpul di dalamnya. Tanpa melengahkan masa, dia terus menutup semula jamban tersebut lalu terus keluar daripada bilik air tersebut.
''Okey, ni bilik yang terakhir. Jom kita masuk...'' Kata Sasaki sambil melangkah masuk ke dalam bilik yang terletak di bahagian kanan itu lalu terus membukanya.
''Gelapnya...'' Kata Sasaki dengan kerutan dahi apabila dia membuka pintu bilik tersebut dan apa yang dia lihat di dalamnya itu hanyalah... Kegelapan. Sasaki menyuluh lampunya ke depan dan apa yang dia lihat masih sama, gelap. Seolah-olah seperti cahaya lampu suluhnya itu tidak mampu menembusi 'kegelapan' itu.
Sasaki berdiri tergamam seketika lalu cuba memikirkan tentang sesuatu yang logik untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku di depan matanya ini dan fikirannya itu terhenti apabila dia terperasan akan sesuatu yang pelik pada skrin kameranya itu.
''Kenapa kat dalam kamera ni... Macam ada kain warna hitam?'' Soal Sasaki sendirian sambil mendekatkan mukanya kepada skrin kamera tersebut. Sekali-sekala dia menoleh ke arah pintu bilik tersebut lalu dia menoleh kembali ke arah skrin kameranya itu. Daripada mata kasarnya, dia hanya melibat sesuatu yang sangat gelap seperti bayang. Daripada skrin kameranya itu pula, ianya melihat ada sesuatu seperti kain hitam yang koyak rabak sedang terapung menutupi keseluruhan pintu masuk ke bilik tersebut.
Persoalannya sekarang ni adalah...
Apakah yang sedang berada di hadapan Sasaki ini?
[Bersambung]
YOU ARE READING
Tokyo Hunters | 東京の猟師
ParanormalGenre: 18+, Paranormal, Action, Spiritual, Fiction, Fantasy, Horror, Mystery, Thriller _________________________________________ Synopsis is a secret. Just read it and you will know the story about it... [ON GOING] 18+ content story: • Goar • Extrem...