Gruff!!
Bunyi guruh dan sambaran kilat menghiasi langit pada malam yang basah dengan air hujan yang lebat ini. Pada masa yang sama juga, di atas sebuah bangunan pasaraya yang sudah tutup, kelihatan seorang lelaki yang memakai kot hitam dengan bertopengkan tengkorak yang berwarna hitam sedang berdiri tegak memerhatikan seorang gadis yang memakai sweater hitam sedang masuk ke dalam sebuah rumah usang yang terletak jauh berdekatan dengan pasaraya tersebut.
Lelaki tersebut menyelak sedikit kotnya ketepi dan menampakkan sebatang pedang katana hitam yang bersarung disangkutkan di bahagian kiri pinggangnya. Dia mengeluarkan pedang hitamnya itu daripada sarungnya lalu terus menghalakannya ke arah rumah usang yang dimasuki oleh gadis yang memakai sweater hitam itu.
Zhuff!!
Satu cahaya kilat terpancar di atas langit lalu menghilang dalam sekelip mata dan lelaki yang bertopeng tengkorak itu tadi pun terus lesap bersama dengan pancaran cahaya kilat itu tadi.
__________________________________Sasaki yang berada di dalam rumah usang itu masih lagi berdiri di hadapan pintu bilik yang ketiga itu dengan reaksi muka yang kebingungan.
''Hmm... Kamera aku ni rosak ke apa?'' Soalnya sendirian sambil memeriksa kanta kameranya itu lalu mengelapnya sedikit dengan menggunakan lengan baju sweaternya. Setelah itu, dia kembali memeriksa skrin kameranya itu untuk memastikan samada ianya ada perubahan ataupun tidak.
''Hmm... Macam sama je. Haih lantaklah... Rekod je lah.'' Katanya dengan nada yang mendatar sambil terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu dan apa yang dia lihat hanyalah... Kosong.
''Okey... Bilik ni kosong and luas... Mungkin ni bilik tidur yang kedua ataupun mungkin bilik tamu. Entahlah, tak tahu aku. Bukannya rumah aku lol. Dah lah, jomlah kita tengok apa ada kat bawah pula.'' Kata Sasaki sambil merekod suasana di dalam bilik yang kosong itu lalu terus bertindak untuk melangkah keluar daripada bilik tersebut dan apabila dia mahu menoleh ke belakang, dia ternampak satu kelibat bayang hitam sedang melintasi di hadapannya.
''Oh shit! Apa benda tadi tu?'' Soal Sasaki dengan nada separa terkejut lalu terus berlari ke arah luar bilik tersebut untuk melihat apakah 'benda' yang sedang melintasi di hadapannya itu.
''Dah tak ada. Hmm... Aku rasa 'benda' tu mesti ada pergi ke dapur. Tak boleh jadi, kena kejar ni!'' Kata Sasaki sambil bergegas menuruni tangga tersebut lalu terus berlari menuju ke arah dapur rumah usang tersebut. Sebaik sahaja dia tiba di situ, langkahnya terus terhenti.
''Urp... Bau apa ni? Busuknya!! Macam bangkai.' Kata Sasaki sambil menekup hidung dan mulutnya dengan tangan kirinya. Bau bangkai yang hanyir mula memenuhi suasana di dalam dapur tersebut namun tiada satu pun bangkai haiwan yang kelihatan di dalam dapur tersebut dan apa yang ada di dalam dapur tersebut hanyalah beberapa perkakas dapur yang buruk dan juga beberapa serpihan kayu kabinet yang sudah mereput.
''Ish!! Tak tahanlah bau dia ni, aku nak keluar daripada sinilah.'' Kata Sasaki dengan tekaknya yang mula terasa loya lalu dia terus berganjak ke belakang.
Bup!!
Sasaki terlanggar sesuatu yang sedang berada di belakangnya. Dia menoleh ke belakang sambil menghalakan lampu suluhnya ke arah belakangnya itu dan apa yang dia lihat adalah...
''Ha... Ha... Hantu!!!'' Jerit Sasaki dengan nada yang ketakutan apabila dia melihat ada satu sosok hantu yang tingginya hampir mencecah paras siling dapur tersebut sedang berdiri di belakangnya. Hantu itu berbadan tegap, berbulu lebat berwarna hitam, bertanduk tajam dan giginya pula tajam berkilat dan meruncing ke bawah.
''HUAARRRGHHH!!!!'' Hantu itu menjerit dengan nada suara yang nyaring lalu terus mencekik leher Sasaki dan kemudian mengangkatnya ke atas. Kamera dan lampu suluh yang dipegang oleh Sasaki tadi terjatuh ke atas lantai dan kedua-duanya terus hancur berkecai.
YOU ARE READING
Tokyo Hunters | 東京の猟師
ParanormalGenre: 18+, Paranormal, Action, Spiritual, Fiction, Fantasy, Horror, Mystery, Thriller _________________________________________ Synopsis is a secret. Just read it and you will know the story about it... [ON GOING] 18+ content story: • Goar • Extrem...