''Laporan awak tak lengkap, kamera awak dah rosak, bukti awak dah tak ada, lepas tu awak nak kata dekat saya yang rumah usang tu tak berhantu. Macam tu?'' Soal bos Sasaki kepadanya dengan nada yang serius. Sasaki yang berpakaian kemeja putih yang sedang berdiri di hadapan meja pejabat bosnya itu hanya sekadar mampu menganggukkan kepalanya sahaja sambil menundukkan sedikit kepalanya ke bawah.
''Haih... Awak tahu kan, kesalahan awak ni terlalu berat? Kalau tak ada bukti, pihak polis tak boleh nak buat pengesahan untuk kes kita ni.'' Kata bosnya itu lagi dengan nada yang masih sama sepertu tadi.
''Tapi, saya boleh bagi laporan penuh saya dekat mereka dan-''
''Nak bagi laporan penuh dekat mereka tu lagi? Heh... Tak payahlah, Sasaki... Kalau tak ada bukti, tak ada guna juga.'' Bosnya itu dengan memotong kata-kata Sasaki dengan nada serius dan sinis. Mendengarkan kata-kata bosnya itu, Sasaki terus terdiam lalu menundukkan kepalanya dengan rasa serba salah.
''Nah... Ambil duit gaji ni, pergi kemas semua barang-barang awak yang ada dekat meja awak tu dan awak boleh dah pergi balik sekarang. Jangan datang ke sini lagi lepas ni.'' Kata bosnya itu sambil melemparkan satu sampul coklat yang terkandung beberapa duit kertas di dalamnya kepada Sasaki. Sasaki menyambut sampul duit tersebut lalu memandang ke arah bosnya itu dengan pandangan sayu.
''Baiklah... Sebelum saya pergi, saya nak minta maaf dengan bos di atas kesalahan saya dekat bos selama ni dan saya minta maaf sebab dah merosakkan reputasi agensi bos ni. Jadi untuk itu, saya minta diri dulu ya...'' Kata Sasaki sambil memberikan tunduk hormat lalu dia terus berlalu pergi daripada bilik pejabat bosnya itu.
______________________________________Sasaki berjalan pulang menuju ke rumahnya sambil membawa beberapa kotak yang penuh dengan barang-barang kerjanya itu. Dia berjalan dengan reaksi muka yang sungguh sayu. Mujurlah jarak tempat kerja dengan rumahnya itu tidak jauh. Kalau tidak, sudah pasti jadi satu masalah yang besar bagi Sasaki untuk bawa semua barang-barangnya itu pulang ke rumahnya.
''Haih... Apalah nasib aku ni... Dah lah semalam kena jilat dengan hantu, kamera rosak disebabkan hantu, lepas tu kena buang kerja juga disebabkan hantu. Ni mesti kesan jilatan daripada hantu semalam tu, tu yang aku kena nasib malang tu. Hanat punya hantu...'' Ngomel Sasaki sendirian. Beberapa orang yang sedang memerhati gelagatnya itu langsung tidak diendahkannya, seolah-olah tidak wujud di sekelilingnya.
Sedang dia berjalan sambil sibuk melayan perasaannya itu, tiba-tiba dia ternampak seekor anak kucing hitam sedang tertidur di tepi jalan di dalam keadaan yang lemah.
''Eh anak kucinglah, comelnya!!'' Kata Sasaki sambil menghampiri kucing tersebut.
''Anak kucing ni nampak macam lemah je. Hmm kesiannya... Ni mesti dia tengah dahaga dan kelaparan ni. Aku nak bela anak kucing ni lah.'' Kata Sasaki sambil meletakkan kotak barang-batangnya itu ke tepi lalu dia mengangkat anak kucing hitam tersebut dengan menggunakan tangan kanannya. Apabila Sasaki melihat anak kucing itu, tiba-tiba Sasaki teringatkan tentang kata-kata lelaki misteri yang telah menyelamatkan dia pada malam semalam itu.
''Nama aku Rei Kajima. Aku adalah Yurei no Ryōshi, pemburu hantu kat dalam bandar ni.''
''Hmm... Mulai hari ni, aku akan jaga dan bela kau, ya anak kucing. Dan nama kau pula, aku nak namakan kau... Rei!!'' Kata Sasaki sambil menjulang anak kucing hitam itu ke atas dan anak kucing hitam itu pun terus terjaga daripada tidurnya lalu mengiau sambil meronta-ronta.
''Ops, gome-gome!! Maaf sebab buat kau terbangun. Alolo, kesian... Mesti kau tengah rasa lapar kan, Rei? Jom aku pergi belikan air susu untuk kau dulu. Lepas tu nanti aku bagi kau makan, okey?'' Kata Sasaki dengan nada yang manja sambil meletakkan anak kucing itu di atas kotak barang-barangnya itu tadi lalu dia terus mengangkatnya sambil berjalan menuju ke arah satu kedai runcit yang bernama 7E.
YOU ARE READING
Tokyo Hunters | 東京の猟師
ÜbernatürlichesGenre: 18+, Paranormal, Action, Spiritual, Fiction, Fantasy, Horror, Mystery, Thriller _________________________________________ Synopsis is a secret. Just read it and you will know the story about it... [ON GOING] 18+ content story: • Goar • Extrem...