*NORMAL POV
Pada waktu pagi yang cerah di kala ramai rakyat Jepun yang sudah mula sibuk berkerja di tempat kerja masing-masing dan yang sedang fokus belajar di dalam semua institusi pelajaran yang ada di seluruh bandaraya Tokyo itu, kelihatan seorang gadis yang memakai kot jubah hitam sedang berdiri di atas menara Skytree sambil memegang sarung pedang katana hitamnya yang disangkutkan di bahagian kiri pinggangnya. Gadis yang berambut pendek dan berwarna putih itu memakai topeng musang yang berwarna putih bagi menyembunyikan wajah dan identitinya. Iris matanya yang berwarna merah ditatap ke arah langit sambil dia memerhatikan suasana di sekelilingnya seperti sedang mencari ataupun memburu sesuatu yang perlu dia hapuskan dengan segera.
''Mekitsunetsuki no Jutsu... (Jurus Mata Musang)'' Bisiknya sendirian sambil mengangkat jari telunjuk dan jari hantu kanannya di hadapan muka lalu iris matanya yang merah itu tadi terus bersinar menjadi merah terang seketika. Dalam pada masa yang sama juga, penglihatannya turut berubah daripada penglihatan yang normal kepada penglihatan inframerah.
''Itu pun kau..." Katanya lagi dengan nada yang perlahan sambil menyahaktifkan semula jurus kuasa penglihatannya itu lalu dia terus mengeluarkan pedang katana hitamnya daripada sarung. Kini pandangannya fokus ke arah seekor makhluk hitam bersayap yang sedang terbang merayau-rayau berdekatan dengan bangunan-bangunan pencakar langit di sekitar Tokyo.
''Hiraijin: Ikazuchi no Tsubasa!''
Zhuff!!!
Dengan sekelip mata sahaja, gadis itu terus terbang memecut laju menuju ke arah makhluk bersayap itu dengan menggunakan kuasa sayap guruhnya yang bercahaya berwarna putih bersama dengan aura percikan petir yang kecil di belakang badannya.
Pada masa yang sama juga, makhluk hitam bersayap itu perasan dengan kehadiran gadis bertopeng musang yang sedang terbang menuju ke arahnya itu. Tanpa melengahkan masa, makhluk itu terus melarikan dirinya sambil dikejar oleh gadis bertopeng musang tersebut.
''Jurus tali pengikat petir.'' Gadis bertopeng musang itu menghasilkan sebuah tali panjang yang diperbuat daripada cahaya petir lalu dia terus melibas tali itu ke arah makhluk tersebut dan sekaligus mengikatnya.
''Argh!!! Lepaskan aku lah, Jin no Ryōshi tak guna!!!'' Jerit makhluk itu dengan nada yang marah apabila gadis itu berjata mengikatnya. Gadis itu tidak membalas rengekan makhluk tersebut malah dia terus melontarkannya ke atas sebuah bumbung bangunan yang berdekatan lalu mendarat di atasnya sambil menyahaktifkan kuasa sayapnya.
''Wahai makhluk Tengu yang jijik... Nama aku adalah Shiroyuki Maijin dan aku adalah Jin no Ryōshi iaitu pemburu jin... Aku akan tamatkan riwayat kau hari ni.'' Kata gadis yang bernama Maijin itu sambil membuka topeng musangnya lalu menyangkutkan ia di belakang lehernya.
''Heh... Maijin... Kau ingat kau dah ikat aku macam ni, aku takkan mampu nak buat apa-apa? Heh... Kau silap, Maijin. Aku ni adalah ketua puak Tengu yang terakhir kat dalam dunia ni. Aku bolah buat apa saja yang aku nak dan selagi pintu alam ghaib tak terbuka pada zaman ni, aku takkan mati di tangan kau yang hina tu!!'' Balas jin Tengu itu dengan nada yang tegas sambil meronta-ronta untuk melepaskan dirinya yang terikat dengan tali Jin no Ryōshi itu. Maijin berjalan menghampirinya sambil membawa pedang katana hitamnya lalu ianya terus diletakkan di atas dada makhluk Tengu tersebut.
''Kau adalah bangsa jin yang jijik yang mengaku diri kau sebagai dewa yang palsu. Dalam keturunan keluarga aku ada satu sumpah keramat di mana kalau aku jumpa banyak makhluk jin yang harus dibunuh, bangsa kau yang aku patut bunuh dulu.'' Kata Maijin dengan panjang lebar sambil mengangkat pedangnya ke atas lalu terus dijatuhkan ke bawah untuk menikam dada Tengu itu.
Puk!!
Belum sempat pedang katana-nya itu terbenam ke dalam Tengu itu, makhluk Tengu itu telahpun melepaskan tangannya daripad ikatan tali petir Jin no Ryoshi itu lalu memegang hujung bilah pedang katana Jin no Ryōshi itu.
YOU ARE READING
Tokyo Hunters | 東京の猟師
Siêu nhiênGenre: 18+, Paranormal, Action, Spiritual, Fiction, Fantasy, Horror, Mystery, Thriller _________________________________________ Synopsis is a secret. Just read it and you will know the story about it... [ON GOING] 18+ content story: • Goar • Extrem...