*SASAKI RYUKA POV
Aku menukar pakaian aku daripada kemeja putih kepada t-shirt biasa dan kemudian, aku terus menuju ke dapur untuk memasakkan makanan tengah hari. Aku mengeluarkan semua bahan makanan yang boleh dibuat lauk daripada dalam peti sejuk dan kemudian terus meletakkannya di atas kaunter dapur dan setelah itu, aku pun terus memulakan masakan. Sementara aku sedang memasak itu, Rei pula hanya duduk termenung di sisi Maijin yang sedang tertidur di ruang tamu itu sambil memerhatikan aku yang sedang memasak ini.
''Wow... Macam banyak je lauk yang kau keluarkan daripada peti sejuk tu. Kau nak masak semua lauk tu untuk hari ni ke?'' Tegur Rei kepada aku dengan nada yang selamba. Aku sedikit terkejut apabila ditegur olehnya sebegitu namun aku masih lagi mampu mengawalnya dengan reaksi yang tenang.
''Haah... Disebabkan kau kata kau nak tanggung semua pembelanjaan kat dalam rumah ni, jadi aku pun nak habiskanlah semua bahan-bahan lauk ni sebagai tanda terima kasih kepada kau.'' Balas aku dengan panjang lebar dan bernada selamba.
''Dan lepas tu, kau nak ambil kesempatan daripada aku supaya aku boleh belikan barang-barang dapur untuk kau lepas ni kan?'' Soal Rei dengan nada yang serius dan sinis. Aku tersengih seketika.
''Ehehe... Nampaknya kau memang pandai juga baca isi hati aku ni, kan?'' Balas aku dengan soalan yang bernada sinis sambil membuat reaksi muka yang sinis dengan mata yang berkilauan.
''Heh... Kalau nak baca isi hati orang ni, bagi aku senang sangatlah.'' Kata Rei sambil bangkit berdiri lalu dia terus berjalan menghampiri aku dan kemudian berdiri di tepi dinding dapur sambil memeluk tubuhnya.
''Tapi aku bukannya nak ambil kesempatan daripada kau sebab kau sendiri yang cakap tadi yang kau akan tanggung semua perbelanjaan seharian kita kat dalam rumah ni kan? Jadi, kau tak boleh lah nak anggap aku sebagai orang yang nak ambil kesempatan daripada kau.'' Balas aku dengan panjang lebar.
''Hmm... Yelah, apa-apa je lah. Ni nak aku tolong kau tak?'' Balas Rei dengan nada selamba lalu menyoal kepada aku.
''Nak. Nah... Tolong potongkan sayur-sayur ni.'' Balas aku sambil memberikannya sebilah pisau pemotong dengan sebuah papan pemotong. Tanpa sepatah kata, dia terus mengambil pisau dan papan pemotong tersebut lalu dia terus menjalankan tugasnya dengan memotong sayur-sayuran.
''Kau nak masak apa hari ni?'' Soalnya kepada aku sambil memotong sayur-sayuran dengan begitu fokus.
''Aku nak masak nasi, lepas tu aku nak buat Sushi, Sashimi, Takoyaki, Tempura, sup Miso, Yakitori, Sukiyaki, dan Okonomiyaki.'' Balas aku dengan nada yang tenang dan panjang lebar tanpa menoleh ke arahnya.
''Ouh... Banyaknya kau nak masak. Boleh habis ke semua tu nanti?'' Soalnya lagi dengan nada yang selamba.
''Alah... Kalau aku tak habis pun, kau dengan kawan kau tu kan ada.'' Balas aku dengan nada yang sinis sambil mencuci semua sayuran di dalam singki.
''Tapi...'' Rei berhenti memotong sayur seketika lalu dia menoleh ke arah aku dengan wajah yang sedikit berkerut.
''Aku tak makan sayur dan Maijin pula tak makan daging.'' Katanya lagi dengan nada yang mendatar. Aku terus berhenti mencuci udang seketika. Aku menoleh ke arahnya dengan kerutan dahi bersama dengan wajah yang terkejut.
''HAH?!!''
______________________________________[Skip Time]
"Ittadaikimassu..." Kata aku dengan nada yang perlahan lalu terus menjamah makanan-makanan yang telah dimasak oleh aku itu tadi bersama dengan Rei.
"Hmm... Oishi." Kata Rei dengan nada yang perlahan sebaik sahaja dia menyuap sebiji sushi ikan tuna ke dalam mulutnya. Aku menjeling ke arahnya dengan perasaan yang sakit hati. Kenapalah mamat yang bernama Rei ni boleh terjebak ke dalam hidup aku? Walaupun dia dah selamatkan aku semalam, tetapi perangai peliknya ni buatkan aku tak senang hati langsung. Dah lah dia tiba-tiba nak jadikan aku isteri dia dengan perjanjian dia yang merepek tu, lepas tu dia tak makan sayur pula tu. Kenapa... Kenapa dia tak makan sayur?! Aaaaargh!! Disebabkan dia tak makan sayurlah, aku terpaksa masak semua makanan pada hari ini tanpa menggunakan sebarang jenis sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Huhuhu...
YOU ARE READING
Tokyo Hunters | 東京の猟師
خارق للطبيعةGenre: 18+, Paranormal, Action, Spiritual, Fiction, Fantasy, Horror, Mystery, Thriller _________________________________________ Synopsis is a secret. Just read it and you will know the story about it... [ON GOING] 18+ content story: • Goar • Extrem...