06

135 31 21
                                    

"nah."

yangyang menarik kerusi dimeja hadapan aku. dia meletak bekas earbuds milik aku diatas meja.

"memang nak kena tunggu seminggu dulu ke baru nak pulangkan?" soalku, lebih kepada memerli yangyang. dia tersengih.

dengan tak tahu malunya, tangan dia mengambil satu onigiri daging aku.

"datang tak dijemput. tangan pun tak reti diam. baik kau rehat dengan kawan-kawan kau je." kataku sambil mendengus geram. lagi-lagi yangyang tersengih.

tak penat ke sengih je? aku penat nak cair.

lah tiber

tiba-tiba kelibat jeno muncul. dia meletak dua kotak susu di atas mejanya. macam biasa ah, muka dia mana nak senyum.

"untuk aku ke? terima kasih la-"

baru saja tangan yangyang nak ambil susu kotak di atas meja jeno, tangan jeno terlebih dahulu memukul tangan yangyang.

"nak, beli sendiri. ni untuk areum."

aku mengerutkan dahi. bila masanya aku suruh jeno belikan susu kotak ni?

"kau ada pesan kat dia ke areum?"

aku menggeleng dengan ragu.

"dia tak order pun, aku sengaja nak beli." jeno kembali bersuara. yangyang mengangkat satu keningnya.

"untuk?"

"aku suka dia. kenapa?"

mata aku terus menoleh ke arah yangyang. jelas mukanya terkejut. paling takleh blah, dia mula-mula paling bising terus jadi diam.

"aku balik kelas dulu. loceng dah nak bunyi. areum, ikhlaskan onigiri kau. bye." tak memakan masa yang lama, kelibat yangyang terus hilang dari pandangan.

kini aku menoleh ke arah jeno. amboi, tenang betul makan.

"lembik. aku baru cakap yang aku suka kau."

aku mengerutkan dahi.

"maksud kau?"

"dia suka kau. takkan tak faham lagi?"

makin berkerut dahi aku selepas mendengar jawapan jeno.

"kau... betul-betul sukakan aku ke jeno?" soalku bagi mendapatkan kepastian.

"lupakan pasal tu. makan cepat, loceng nak bunyi." 

crush on you.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang