08

127 31 3
                                    

yangyang.

aku tenung satu sosok tubuh yang sedang duduk membungkuk. kepulan asap mula berkeliaran diudara.  

aik bro ni. dah tengah malam pun smoking ke?

aku datang mendekat ke arah dia, berniat untuk berborak dan suruh dia balik.

"bro- areum?" mata aku melebar setelah cam 'seseorang' tersebut.

nampak gaya macam lelaki dari belakang sebab dia pakai hoodie.

jelas muka areum terkejut, tapi dia cepat-cepat mengawal reaksi dia.

"kau... smoking?"

areum mengangguk. dapat aku dengar keluhan dia.

"kau tahu yang smoking ni tak baik, apatah lagi kau ni perempuan."

areum menekan hujung rokoknya untuk mematikan api rokok tersebut. dia mencampak puntung rokok tersebut ke dalam tong sampah apabila api rokok itu dah betul-betul terpadam.

"tu je cara aku release tension." jawab areum ringkas. dia kembali termenung ke arah bulan yang kian menggelap.

"berhenti merokok. boleh tak?"

areum menoleh ke arah aku. dia memandang aku atas bawah dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"kita cuma kawan. jangan nak control aku lebih-lebih."

aku tersentak selepas mendengar ayat areum. tipulah kalau aku tak sakit hati.

"aku suka kau. tak, aku cinta kau. kau ingat aku main-main ke time first day kita jumpa tu?"

areum bangun dari duduknya. dia memandang aku sambil tersenyum nipis.

"jangan selesa dengan aku sangat, boleh? aku bukan jenis perempuan yang cepat jatuh cinta."

dia terus meninggalkan aku sendiri.

crush on you.Where stories live. Discover now