Empat belas🕊️

560 85 25
                                    

Misha menunduk

"Tak nak jemput aku masuk ?"

Misha tersentak dan cepat-cepat mengangguk

"Si-Silakan masuk.."-kata Misha perlahan.Lelaki itu berjalan melepasi Misha dan mula mengambil tempat duduk di atas sofa.Misha hanya melihat sahaja tingkah laku lelaki itu sambil menutup pintu rumah

"En-Encik nak minum ?"-tanya Misha

"Encik ?"

Misha berkerut.Kenapa ? Betullah encik takkan dia nak panggil puan pula

"Apa ? Kenapa pandang aku mcm tu ? Kau dh lupa nama aku ?"

"Eh..tu.."

Misha menunduk.Betul apa yg lelaki itu kata.Dia sudah lupa nama lelaki di depannya itu tapi wajah menakutkan lelaki itu masih dia ingat

"Aku Travis.Aku nk kau ingat tu."-kata Travis dingin

"Saya...maaf Alex kata ja-jangan"

"Jangan bercakap dengan aku ? Heh kau ni perempuan yg akur ya.Kau dengar je cakap adik aku."-kata Travis memandang Misha dengan sinis

"Buatkan aku teh !"-arah Travis

"Baiklah..."

Misha hanya akur sahaja tapi dalam hatinya dia sudah menyumpah serakah lelaki di depannya ini.Sudahlah datang ke rumahnya lepastu buat mcm rumah sendiri huh ! Tak tahu malu betul nasib baik dia abg Alex kalau tak dah lama dia halau pakai batang penyapu.

Misha bergerak ke dapur dengan kesalnya.Travis hanya melihat sahaja wanita itu membuat kerja.Dia tahu wanita itu kesal dengannya.Dia tersenyum manis.Terhibur dirinya melihat Misha yg kesal itu

"Kau memang sama mcm dia."-gumam Travis

....

"Ni teh encik Travis..."-kata Misha

"Hm terima kasih"-kata Travis mengambil air teh yg dibuat oleh Misha itu.Tanpa menunggu lama dia mula meneguk air itu sampai habis.Misha hanya melihat sahaja lelaki itu.Dia perlu berjaga-jaga takut kalau lelaki itu membuat sesuatu yg pelik dan buruk padanya.Sudahlah dia takut lelaki ini tiba-tiba datang ke sini.Dia pelik mcm mana lelaki ini boleh tahu rumahnya dimana ?

Misha hanya mampu berharap supaya lelaki itu cepat-cepat pergi dari sini.Dia takut untuk bersama lelaki ini dalam masa yg lama.Dia risau lelaki itu akan bertindak pelik

"Hey..."

Misha tersentak dari lamunannya.Dia memandang Travis yg sedang mengangkat kening

"Oh y-ya encik ?"

"Kau mengelamun apa ?"-tanya Travis dingin.Misha menggeleng membuat Travis hanya terdiam.Dia menunduk dengan muka yg ketat

"Apa kau..."

"Ya ?"

Misha memandang Travis dengan pelik.Apa dia ?

"Mempunyai seorang ahli keluarga bernama Mina... ?"-tanya Travis mengangkat kepalanya memandang Misha.Misha pula sudah terkejut habis.Mina ? Siapa Mina ? Tidak pernah dia dengar nama itu kecuali semasa dia kecil dahulu.Nama Mina tu...nama neneknya ?

"Mina ?"

Travis mengangguk

"Ya,Mina"

She is Mine ! 2 (Fight for His Love){On Going}Where stories live. Discover now