"Oh Abg Alex ?"
Alex mengangkat kening hairan sebelum memandang suara yg memanggil dirinya itu.Misha juga turut memandang ke arah orang itu yg tak lain adiknya
"Albern ?"
"Ya Abg Alex ni Albern"-kata Albern mula turun dari tangga.Dia berjalan mendekati kedua orang manusia itu dengan senyuman
"Abg Alex nak makan ? Marilah kakak ada buat makanan sedap untuk Abg Alex"-kata Albern
Alex menangguk tapi pandangannya beralih pada Travis yg masih tidak sedarkan diri itu
"Lelaki tu pengsan depan rumah.Albern jumpa tadi depan rumah jadi Abg janganlah marah kakak.Dia tak salah pun"-kata Albern mengetahui situasi yg terjadi itu kerana melihat riak wajah kakaknya itu yg pucat sahaja sudah tahu
"Pengsan ? Mcm mana ?"-tanya Alex
"Entahlah abg.Albern jumpa dah pengsan lelaki ni.Mabuk kot"-kata Albern
"Oh mcm tu"
Alex tersenyum.Misha pula bernafas lega.Dia selamatkan ? Nasibnya sungguh baik kerana adiknya turun tepat pada masanya
"Jo-Jom lah makan"-ajak Misha
"Baiklah sayang"
Alex menggengam tangan Misha lembut sebelum mereka mula berjalan ke arah meja makan.Albern hanya mampu tersenyum sahaja melihat kedua pasangan itu.Dia tumpang gembira untuk kakaknya dan Abg Alex.Dia memandang Travis yg masih terbaring di sofa itu sekilas sebelum berjalan mengikut langkah kedua org pasangan itu
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
"Kakak tolong ambilkan kain.Adik rasa lelaki dekat atas sofa tu sejuklah"-kata Albern menunjuk ke arah Travis yg terlihat menggeletar itu.Misha memandang Travis dengan prihatin.Dia mengangguk sebelum mula naik ke atas mencari selimut
Albern dan Alex hanya memandang sahaja Misha yg sudah naik ke atas itu.Albern tersenyum tipis manakala Alex pula sudah memasang muka tidak puas hati
"Biarlah dia sejuk.Nanti dia dah bangun dia ambillah selimut sendiri tak pun lagi bagus keluar terus dari sini"-kata Alex dingin
"Kenapa Abg Alex cakap mcm tu ?"
"Sebab aku..."
Kata-kata Alex terpotong apabila Misha mula turun dari tangga.Kedua orang lelaki itu memandang Misha yg sedang berjalan ke arah Travis.Selimut mula di buka dan baru sahaja Misha hendak menyelimuti tubuh Travis,Alex sudah terlebih dahulu merampas selimut itu dari tangan Misha membuat Misha dan juga Albern terkejut
"Tak payah bagi selimut bagai."-kata Alex dingin
"Eh ?"
Alex mencampak selimut yg ada di tangannya itu.Dia menyeluk poketnya dan mula mengeluarkan telefonnya
'Hello ?'
"Han dalam masa tiga minit kau dah ada depan rumah bakal isteri aku."
'Eh tuan kenapa saya kena ada depan rumah cik Misha ?'
"Dua puluh saat"
'Tuan ?!'
"Aku cakap tiga minit kau depan rumah kalau tak aku potong gaji kau."
'Ha ?!'
"Dah satu minit."
'Ta-Tapi tuan saya depan kedai runcit ni !'
YOU ARE READING
She is Mine ! 2 (Fight for His Love){On Going}
Romance🔊Kembali lagi bersama She is Mine ! 2 (Fight for His Love)🕊️❤️Siapa yg tak tengok She is Mine ! 1 (Highschool Love)🍁akan susah nk faham cerita kali ni😊so author cadangkan bacalah buku pertama tu❤️sambil tu support² tapi author tak paksa pun♥️aut...