"Mama ! Tolong jangan tinggalkan Alex ! Alex perlukan mama !"
"Mama !"
Alex mengejar ibunya itu dengan air mata yg tak berhenti mengalir.Wanita di depannya itu tersenyum sebelum membongkok di hadapan Alex.Dia mengelus rambut Alex dengan senyuman
"Maafkan mama,Alex.Mama tak perlukan Alex lagi."
"H-Huh ?"
Wanita itu pergi meninggalkan Alex membuat Alex tersungkur di lantai.Dia terus memanggil wanita itu yg sudah jauh pergi meninggalkan dirinya.
"Mama ! Baliklah ! Alex janji Alex jadi budak yang baik ! Mama !"
"Mama !"
"Mama !"
"Ugh !"
Alex terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi kilat.Dia memegang dahinya dan mengusap rambutnya ke atas.Air mata yg jatuh dikesat dengan kasar
"Mimpi ngeri lagi."-gumam Alex.Terus dia tercari-cari sesuatu yg hilang.Dilihat sekeliling sebelum pandangan akhirnya pada katil sebelahnya.Dia bernafas lega melihat Misha yg masih tidur di sebelahnya itu.Terus dia memeluk tubuh kecil Misha dengan erat seperti tidak mahu melepaskan wanita itu pergi.Dia mencium dahi Misha dengan lembut sambil terus memeluk Misha.Riak wajahnya berubah serius melihat pantulan dirinya dari cermin yg tidak jauh darinya itu.
"Menyedihkan."
Alex tertawa kecil sebelum kembali memandang Misha.Pipi wanita itu diusap dengan lembut dan pandangan hangat diberikan pada wanita itu.
"Aku menyedihkan...sayang..."
"Tapi walaupun mcm tu,kau takkan tinggalkan aku kan sayang ?"-tanya Alex sendirian.Dia memeluk Misha dengan erat sebelum berbisik di telinga wanita itu
"Ya.Kau takkan pernah tinggalkan aku,Misha.Misha aku..."
🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️🕊️
Tok..tok..
"Masuk."
"Selamat pagi tuan !"-sapa Han tersenyum manis
"Hm.Kau nak apa ?"-tanya Alex dingin
"Saya dah bawakan salinan yg tuan minta !"-kata Han lembut
"Oh.Letak situ."-kata Alex menunjuk jarinya tepat di atas meja.Han mengangguk dan melangkah meletakkan salinan kertas yg dibawanya di atas meja.Dia memandang Alex dengan kerutan melihat wajah lelaki itu yg sangat berbeza
"Tuan.. ?"
Alex memandang Han dengan dingin tapi tidak langsung mengeluarkan suara.
"Tuan sakit ke ? Maksud saya selalunya hari cuti ni tuan akan pilih untuk ke rumah cik Misha dan membawanya keluar date tapi kenapa tuan berkurung dalam pejabat rumah tuan ni ?"-tanya Han dengan kerutan
"Buat apa ?"-tanya Alex dingin
Lagi tambah kerutan di dahi Han mendengar apa yg lelaki di depannya ini katakan.
"Ka-Kan tuan selalu pergi ke rumah cik Misha ! Tuan sakit ke ?!"-tanya Han dengan risau dia terus memegang dahi Alex.
"Aku tak sakitlah.Aku cuma pening kepala"-kata Alex menepis tangan Han
"Pening ? Tuan nak ubat ?"-tanya Han
"Tak..."
Alex mengusut rambutnya ke belakang dengan tatapan kosong.
YOU ARE READING
She is Mine ! 2 (Fight for His Love){On Going}
Romansa🔊Kembali lagi bersama She is Mine ! 2 (Fight for His Love)🕊️❤️Siapa yg tak tengok She is Mine ! 1 (Highschool Love)🍁akan susah nk faham cerita kali ni😊so author cadangkan bacalah buku pertama tu❤️sambil tu support² tapi author tak paksa pun♥️aut...